GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 23, 2016

MESYUARAT GURU AKHIR TAHUN SESI 2016

23 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1



Mesyuarat guru akhir tahun untuk sesi persekolahan 2016 telah diadakan pada 22 November, 2016 di bilik mesyuarat SKKK1. Antara intipati dan pesanan yang disampaikan oleh Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan untuk semua guru mengambil tindakan segera sebelum cuti akhir tahun. Ianya merangkumi urusan berkaitan pengurusan am sekolah, bahagian pengurusan akademik, bahagian pengurusan HEM, Kokurikulum dan bahagian Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI). Seterusnya Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh dan semua Guru Penolong Kanan SKKK1 mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru SKKK1 di atas kerjasama, komitmen dan kerja sepasukan semua guru sepanjang 2016 untuk kecemerlangan anak didik SKKK1. Harapan beliau semoga kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua guru SKKK1 dapat diteruskan dan ditingkatkan pada hari-hari seterusnya demi untuk kecemerlangan sekolah dan murid-murid SKKK1 amnya. Mesyuarat awal tahun sesi persekolahan 2017 telah diumumkan oleh Guru Besar pada 26 Disember, 2016 jam 9.00 pagi. 

1 comment:

Unknown said...

Tahniah di atas semua kerja buat tahun 2016 warga skkk1...

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.