SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

May 23, 2013

BERAKHIR SUDAH PENGGAL 1....SELAMAT BERCUTI.....

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"


Seluruh warga SK Kubang Kerian 1 mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua guru dan murid SKKK1 yang bermula 24 Mei, 2013 - 8 Jun 2013....Insyallah panjang umur dan dimurahkan rezeki berjumpa lagi di penggal 2/2013.....kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun dan UPSR....Selamat Mengulangkaji Pelajaran.....

PEMUAFAKATAN GURU DAN KAKITANGAN PPKI SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

23 MEI, 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1

Badan Kebajikan dan Pemuafakatan guru-guru dan kakitangan Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran, SKKK1 telah mengambil kata sepakat menyumbangkan hadiah tanda penghargaan kepada semua guru dan kakitangan yang telah menimbang cahaya mata dalam tahun 2013 dan akhir 2012. Sumbangan penghargaan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail sebagai penutup penggal 1 persekolahan 2013. Tahniah diucapkan kepada semua.....



SAMBUTAN HARI GURU PENUTUP PENGGAL 1/ 2013


SELAMAT HARI GURU....
GURU MALAYSIA, SATU ASPIRASI, 1 NEGARA....
TERIMA KASIH CIKGU

23 Mei, 2013 - SK Kubang Kerian 1

Majlis sambutan Hari Guru 2013* telah di adakan pada hari ini dengan penuh meriah dan jayanya sebagai penutup persekoLahan penggal 1/2013. Pelbagai acara menarik telah dirancang dan dilaksanakan dengan meriahnya bermula seawal jam 7.45 pagi di mulai dengan acara 1Senamrobik 1Sekolah...SKKK1, di susuli dengan acara bola sepak guru lelaki dengan kakitangan sekolah, berpakaian kain pelekat. Turut serta dalam pertandingan ini ialah Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Pendidikan Khas. Acara di teruskan lagi dengan Pertandingan Futsal oleh guru-guru perempuan dan disusuli dengan beberapa acara dewan seperti persembahan  nyanyian oleh guru dan murid-murid SKKK1. Majlis sambutan di akhiri dengan jamuan makan tengahari di kantin sekolah.....Panjang umur insyallah berjumpa lagi di acara sambutan tahun hadapan......Gambar yang sempat di rakam menceritakan kemeriahan sambutan.....


 Pasukan Futsal Guru Perempuan SKKK1 bergambar sebelum pertandingan bermula.....

Antara Pemain Futsal Sempat bergambar bersama Tn. Guru Besar SKKK1...

 
 Kumpulan HKL 3 Menghiburkan Persembahan Nyanyian Kepada Para Penonton....Mendendangkan Lagu Cikgu Ayu.......


 Persembahan Persandingan Melayu...Dipersembahkan oleh Guru dan Murid PPKI SKKK1

 Pertandingan Bola Sepak Antara Kakitangan dan Guru Lelaki SKKK1 - Berkain Pelekat

 Senamronik Yang Telah Disertai Oleh Seluruh Warga Sekolah...SKKK1



SELAMAT HARI GURU....
GURU MALAYSIA, SATU ASPIRASI, 1 NEGARA....
TERIMA KASIH CIKGU 
 
* Guru yang berminat untuk mendapatkan keseluruhan gambar dan video sepanjang sambutan boleh berhubung dengan Cikgu NorShamis. Terima Kasih.

May 13, 2013

TAHNIAH....WAKIL MURID SKKK1 BERJAYA MEWAKILI KELANTAN KE KEJOHANAN TENPIN MSSM 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

12 MEI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik NIK MUHAMMAD MUMTAZI B. AHMAD KAMEL (tahun 6) kerana berjaya mewakili Negeri Kelantan Ke Kejohanan Tenpin MSSM 2013 yang akan diadakan pada bulan Jun 2013 bertempat di Negeri Johor. Sijil dan cenderahati daripada pihak sekolah telah disampaikan kepada beliau di tapak perhimpunan pagi di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah sepanjang tahun 2012 dan 2013.Antara kejohanan yang  telah disertai sepanjang tahun 2013 ialah :
  • Sirkit Boling Tenpin Pahang
  • Sirkit Boling Tenpin Melaka
  • Sirkit Boling Tenpin Pulau Pinang 
  • Mewakili Negeri Kelantan Ke Kejohanan Tenpin MSSM 2012
 Manakala kejohanan yang  telah disertai sepanjang tahun 2013 ialah :-
  • Sirkit Boling Tenpin Di Kuantan
  • Sirkit Boling Tenpin Di Kuala Lumpur - tempat ke 4 kebangsaan
  • Johan Kejuaraan Boling Tenpin MSSK
  • Mewakili Negeri Kelantan Ke Kejohanan Tenpin MSSM 2013 yang akan diadakan pada bulan Jun 2013 bertempat di Negeri Johor
 Tahniah dan syabas diucapkan, semoga beliau akan sentiasa berjaya dari semasa ke semasa di dalam bidang yang diceburi ini. Insyallah.

May 12, 2013

TAHNIAH ....SKKK1 JOHAN DALAM PERTANDINGAN ACTION SONG PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

12 MEI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



 Majlis penyampaian Sijil, hadiah dan cenderahati kepada semua murid yang telah menyertai pertandingan ACTION SONG peringkat QIT Kota Jembal telah diadakan pada pagi ini di Tapak Perhimpunan Pagi Ahad. Pertandingan yang disertai tersebut telah mendapat tempat pertama yang telah diadakan pada 29 Apri, 2013 yang lalu bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Selain itu cenderahati juga turut diberikan kepada semua murid yang berjaya menyertai pertandingan English Language Story Telling, Action Song and Public Speaking Competition Primary School peringkat sekolah. Penghargaan ini diberikan kepada semua murid sebagai galakan dan dorongan kepada mereka untuk menyertai semua pertandingan yang diadakan samada di peringkat sekolah atau pun peringkat yang lebih tinggi. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas buat mereka. Semoga kejayaan demi kejayaan akan diperolehi dari semasa ke semasa pada masa yang akan datang.Insyallah.

SELAMAT HARI IBU....SETIAP HARI ADALAH HARI IBU

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

12 MEI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1





SELAMAT HARI IBU, SETIAP HARI ADALAH HARI IBU....Beberapa aktiviti ringkas Sambutan dan Penghargaan Untuk Ibu telah diadakan pada pagi ini di tapak perhimpunan pagi Ahad. Antara aktiviti ringkas yang diadakan ialah, murid di perdengarkan Sajak  Pengorbanan Ibu, nyanyian Anak Soleh, bercerita kisah Ketaatan Seorang Anak Terhadap IbuBapa oleh Cikgu Suhaimi dan semua guru perempuan telah menerima cenderahati sebiji epal dengan ucapan Selamat Hari Ibu oleh semua murid SKKK1.Sehubungan dengan itu seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Setiap Hari Adalah Hari Ibu buat semua ibu walau dimana sahaja berada. Semoga semua ibu di anugerahkan kesihatan dan rezeki yang murah dan berkekalan, umur yang panjang lagi barakah dan semoga gembira selalu.

May 9, 2013

TAHNIAH 26 ORANG MURID TAHUN 6 MEMPEROLEHI 5A DALAM UBB2

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

9 MEI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1 






Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 26 orang murid Tahun 6 SKKK1 kerana telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam UBB Bulan April baru-baru ini. Semua murid telah dianugerahkan lencana 5A, sijil kecemerlangan dan sedikit sumbangan cenderahati (duit) dari PIBG sekolah sebagai tanda galakan, sokongan dan dorongan kepada mereka untuk terus mengekalkan kecemerlangan hingga keakhirnya. Majlis penyampaian anugerah telah disampaikan pada pagi ini ditapak perhimpunan pagi oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn Hj. Mohamed b. Che Noh dan Pn. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat. Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang berjaya,  dan beliau berharap agar kecemerlangan ini akan dapat dikekalkan pada masa yang akan datang, tidak hanya ketika di sekolah rendah sahaja. Kepada mereka yang masih belum memperolehi keputusan yang cemerlang 5A, beliau berharap agar sentiasa berusaha dan berusaha untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dan yang penting jangan cepat berputus asa. Beliau juga berharap agar sentiasa ada peningkatan bilangan murid yang memperolehi 5A setiap kali peperiksaan diadakan sehingga ke hari peperiksaan UPSR yang sebenar di akhir tahun nanti. Insyallah.

May 3, 2013

KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING ANTARA RUMAH SUKAN SKKK1 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

2 MEI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara rumah sukan bagi murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SKKK1 telah diadakan sepanjang 3 minggu lepas berakhir pada petang ini. Kejohanan tersebut di anjurkan oleh Unit Kokurikulum SKKK1 sebagai salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar, disamping membina sahsiah bersepadu dari segi  psikomotor, kognitif dan afektif untuk melahirkan insan yang seimbang seperti yang  termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 




Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar SKKK1 telah memaklumkan antara lain objektif kejohanan tersebut diadakan ialah :- 
  • Untuk membolehkan lebih ramai lagi bilangan peserta sekolah mewakili daerah, negeri dan negara dalam gerak kerja kokurikulum. 
  • Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul. 
  • Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan.
  • Memberi kesempatan kepada pelajar"pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari.
  • Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan.
  • Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar melalui kegiatan"kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara.
  • Membantu mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara.
  • Menjadikan pelajar serta individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas.


May 2, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAPM 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

02 MEI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

 Majlis Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) SK Kubang Kerian 1 dan SK Demit telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung Bestari SK Kubang Kerian 1. Seramai lebih kurang 500 orang ibu bapa dari kedua-dua sekolah telah memeriahkan majlis untuk mengambil bantuan tersebut yang dirasmikan oleh Ustaz Mohd Azizi b. Nik Mohamed, Pegawai j-Qaf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu (PPD KB). Dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar sama-sama bersyukur di atas rezeki yang diberikan dan menasihatkan kepada semua hadirin agar menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk perkara berfaedah berkaitan dengan pelajaran anak masing-masing.



Sebelum itu, Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya turut memaklumkan pelbagai kemudahan serta bantuan yang diterima oleh murid-murid khasnya murid-murid SKKK1 sepanjang tahun persekolahan. Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk murid-murid sekolah ialah :-
  1. Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1 bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah Pembelajaran.
  2. Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada 196 orang murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari bermula jam 7.00 pagi
  3. Susu percuma - diberikan kepada 196 orang murid yang menerima RMTS
  4. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
  5. Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang belajar di SKKK1 pada awal tahun 2013 baru-baru ini
  6. Wang Ehsan kepada 204 orang murid
  7. E-Kasih akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 32 orang murid 
  8. Wang Ehsan untuk anak yatim RM200 seorang



Turut hadir dalam majlis tersebut, Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian, Calon Barisan Nasional Parlimen Kubang Kerian. Dalam ucapan ringkasnya, beliau juga menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar sentiasa bersama-sama berganding bahu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran anak masing-masing. Pendidikan yang sempurna, cemerlang dan gemilang hanya dapat di realisasikan dengan adanya sokongan serta kerjasama dari semua pihak, antara pihak sekolah dan para ibu bapa semua. Beliau juga menyeru kepada semua  agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas segala bantuan serta kemudahan yang diberikan kepada semua, khasnya dalam bidang pendidikan dari semasa ke semasa.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.