GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 30, 2017

KARNIVAL YOKUK 2017

30 JULAI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Tahniah diucapkan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SKKK1 kerana telah menyertai perbarisan dan menyertai pertandingan sukaneka di Karnival Orang Kelainan Upaya bertempat di Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) pada hari Sabtu, 29 Julai 2017. Karnival YOKUK merupakan aktiviti wajib setiap tahun dan setiap tahun juga murid-murid PPKI SKKK1 turut menyertai semua aktiviti yang diadakan sepanjang karnival tersebut. Murid-murid PPKI SKKK1 juga turut menyertai beberapa pertandingan sukaneka seperti meniup dan memecahkan belon, membawa bola dengan gelung rotan, memasukkan air dalam botol menggunakan span dan beberapa acara lagi. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian diatas keberanian mereka menyertai aktiviti tersebut. Seterusnya warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang  dapat meluangkan masa bersama-sama menyertai aktiviti dalam karnival tersebut dari awal pagi. Insyallah panjang umur, berjumpa lagi tahun hadapan.

 





Jul 24, 2017

MUKHAYYAM PERDANA PPIM 2017

24 JULAI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Tahniah diucapkan kepada 2 orang murid SKKK1 (Puteri Aiena Sofea bt Mansor dan Siti Zulaikha bt Saaudi) yang telah mewakili sekolah ke perkhemahan perdana Pergerakan Puteri Islam Malaysia peringkat Negeri Kelantan 2017 yang telah diadakan pada 20 - 23 Julai 2017 berempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Tangok.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut. Antaranya pertolongan cemas, orientaring, ikatan, restas halangan, ice breaking, pertandingan kebudayaan, aktiviti air, ikhtiar hidup dan sebagainya.

Antara objektif perkhemahan ini ialah :

1. Membina generasi yang bersemangat patriotik , cintakan agama , bangsa dan Negara.
2.  Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan , memiliki keterampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
3. Membina dan memupuk pemimpin dikalangan pelajar yang sentiasa mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan kokurikulum.
4. Menanam sikap bertolenransi, kerjasama, tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan dengki, memetingkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain.
5.  Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka secara proaktif dalam menghadapi cabaran hidup.  








Jul 23, 2017

PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM

23 JULAI 2007 - SK KUBANG KERIAN 1

Pelbagai hadiah dan cenderahati telah disampaikan kepada semua murid-murid yang telah berjaya merangkul kecemerlangan dalam beberapa acara yang telah disertai sebelum ini. Antaranya penyampian hadiah serta sijil kecemerlangan dalam Kejohanan Tenis, Kejohanan Bola Sepak dan pertandingan memanah. Seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan semoga sentiasa cemerlang dalam semua aktiviti yang di sertai .

 KOJOHANAN TENIS MSSK BAWAH 12 TAHUN 15 - 18 JULAI 2017

NAJMATUL TAHIRAH BT AHMAD IMRAN 
Acara perseorangan bawah 12 tahun perempuan - EMAS 
Acara bergu bawah 12 tahun perempuan  - PERAK

FARID WILDAN AFZAN BIN AHAMD IMRAN
Acara perseorangan bawah 12 tahun lelaki - GANGSA
Acara bergu bawah 12 tahun lelaki  - EMAS

Kedua-dua pasangan adik beradik ini telah terpilihmewakili Negeri Kelantan ke Kejohanan Tenis MSSM yang akan diadakan pada bulan Ogos ini di Johor Bharu. Tahniah diucapkan dan kami warga SKKK1 mendoakan agar kedua-duanya memperolehi kecemerlangan  dan pertandingan tersebut itu nanti.

 KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSK KELANTAN 
5  7 JULAI 2017 bertempat di SK Pahi, Kuala Krai Kelantan.

MUHAMMAD ALIF AKRAM BIN MOHD AZMI
NIK MUHAMMAD ERMAN NASRULLAH BIN KAMARULZAMAN
FARID AIMAN BIN ANUAR


 KEJOHANAN MEMANAH MSSK 
8 - 11 JULAI 2017 Bertempat di SMK Dato' Perdana Bachok

AHMAD AFIQ DANIAL BIN AHMAD EZZRIMAN
Jarak 30M Pusingan 1 - Perak
Jarak 30M Pusingan 2 - Perak
Keseluruhan individu lelaki bawah 12 tahun - Perak
Pusingan Olimpik Individu lelaki bawah 12 tahun - Gangsa

WARDINA 'AISYAH BT AHMAD EZZRIMAN
Jarak 30M Pusingan 1 - Gangsa
Jarak 30M Pusingan 2 - Gangsa
Keseluruhan individu perempuan bawah 12 tahun - Gangsa
Pusingan Olimpik Individu lelaki bawah 12 tahun - Gangsa




Jul 10, 2017

PROGRAM BICARA KESEF 2017

10 JULAI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1





Program Bicara KESEF 2017 telah diadakan di SKKK1 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tgh. Program ini melibatkan murid tahun 3 hingga  tahun 5. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang hari ini. Antaranya mencetak gambar sendiri di setem, pameran pelbagai setem mengikut peristiwa dan tarikh. Program telah disempurnakan oleh          Pn. Hadzarah bt. Md Sood, Ketua Unit Setem dan Filateri, Pos Malaysia Bhd. 

Jul 3, 2017

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

3 JULAI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1




 





Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini dengan meriah sekali. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan semua warga sekolah di tapak perhimpunan pagi. Seterusnya Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyampaikan ucapan ringkas tentang kebesaran sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam setelah dapat melaksanakan kewajipan berpuasa selama satu bulan. Pada bulan yang mulia ini umat islam dituntut untuk bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Beliau berharap agar majlis yang diadakan pada pagi ini akan memberi peluang kepada semua warga SKKK 1 untuk merapatkan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung majlis ini juga dapat mewujudkan semangat kekeluargaan, perpaduan, bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Dalam ucapannya, Tn Guru Besar berharap walaupun semangat kekeluargaan ditempat kerja tidak setebal pertalian keluarga sendiri namun ianya tidak kurang penting dalam menentukan keharmonian sesebuah organisasi. Diakhir ucapannya beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SKKK 1 dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada hari ini.

PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KEJOHANAN BADMINTON

3 JULAI 2017 - SK KUBANG KERRIAN 1

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada 3 orang pasangan adik beradik kerana telah berjaya mewakili SKKK1 dan juga mewakili Negeri Kelantan dalam Kepong Badminton Club (KBC) Wilson  Vision Network Junior Badminton Championships 2017 yang telah diadakan pada 3 hingga 6 Jun 2017. Kejohanan ini disertai oleh pemain seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapore. Pasangan adik beradik ini juga telah mewakili Negeri Kelantan dalam Sirkit Remaja Kebangsaan Zon C - Pusingan kedua pada 17 - 20 Mei 2017 yang lalu di Kota Bharu.

Tahniah sekali lagi dari semua warga SKKK1 dan semoga permata SKKK1 ini akan terus menyinar pada masa akan datang. Insyallah.
1. Firnas b Khairul Azhar
2. Khashah b. Khairul Azhar
3. Khairina bt. Khairul Azhar

 

 Penyampaian hadiah pertandingan mewarna sempena aktiviti Ihya Ramadhan yang lalu. Tahniah kepada semua pemenang.

 
 




PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.