SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Dec 31, 2009

**SATU KERIAN-SATU CITA**

30 Disember 2010-Guru-guru Skkk1 sudah memenuhi Bilik Wawasan seawal jam 9.00 pagi bagi mengikuti sesi mesyuarat pertama bagi sesi 2010.semua guru kelihatan ceria menunggu ketibaan guru besar,Tn.Hj.Mohamed b. Che Noh.Mesyuarat dimulakan tepat jam 9.30 pagi....Sama-sama nyalakan obor cita dengan slogan: "Satu Kerian Satu Cita".Nyalakan obor citamu wahai para pendidik Skkk1 kerana....tugasan mendidik adalah suatu tugasan yang mulia...Sama-sama gemilangkan akademik Skkk1...

Satu Kerian-Satu Cita....YES!!!Kami yakin kami boleh!!


Dec 30, 2009

**Sekitar Mesyuarat Pertama Bagi Sesi 2010**

30 Disember 2009 -Sk.kubang Kerian 1 telah mengadakan satu mesyuarat pertama bagi  sesi persekolahan 2010.Seramai 91 guru telah menghadiri mesyuarat  tersebut,termasuklah para pentadbir.




Dec 15, 2009

**SALAM MAAL HIJRAH**

Salam maaal hijrah buat semua umat Islam walau di mana anda berada.....Dengan penuh takzim,kami warga Skkk1 ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah ( 1431 )".Marilah sama-sama kita berhijrah dalam ertikata yang sebenar-benarnya.....Mudah-mudahan segala amal solleh kita akan mendapat keredhaanNya dan akan lebih baik dari masa-masa silam....


"Memantap Ukhuwah
Memperkasa Ummah"

Dec 14, 2009

**JADUAL MESYUARAT JAWATANKUASA**

1.Mesy Perancang Sekolah -14 Dec 2009 -Bilik Wawasan -jam 9.30 pagi
2.Mesy Kurikulum   - 15 dec 2009 - Bilik Wawasan - jam 9.30 pagi
3.Mesy Panitia - 16 & 17 Dec 2009 - Bilik Wawasan -jam 9.00 pagi
4.Mesy AJK PIBG - 18 Dec 2009 - Bilik Wawasan - jam 9.00 malam
5.Mesy Kakitangan - 14 dec 2009  - Bilik Wawasan - jam 9.30 pagi
6.Mesy kakitangan Swasta -17 Dec 2009- Bilik Wawasan-jam 9.30 pagi
7.Mesyuarat JAGA  - 16 Dec 2009 -Bilik Wawasan - jam 9.30 pagi
8.Mesyuarat Guru  - 30 Dec 2009 - Bilik Wawasan

**Semua personal yang terlibat dimestikan hadir dan jika ada sebarang masalah, sila hubungi Puan Hjh Wan Rosnani Bt.Wan Hamat( PK 1 )dengan kadar yang segera...terima kasih.

Dec 2, 2009

**GOLDEN HOLIDAY MASIH DITERUSKAN WALAUPUN AIR MELIMPAH**

2 Dec 2009-Murid-murid dari tahun 3,4 dan 5, 2009 yang bakal menduduki tahun 4,5 dan 6 bagi sesi 2010 tetap meneruskan program "Golden Holiday"yang telah disusun dengan begitu rapi oleh pihak Kecemerlangan Akademik Skkk1 yang diketuai oleh Puan Pk1-Puan Hjh wan Rosnani meskipun banjir mula melanda bumi Kerian yang damai ini.Golden Holiday ini diisi dengan kelas tambahan bagi 4 subjek utama.Tidak ketinggalan juga murid tahun 1 yang mengiuti program KIA2M dan kelas Pemulihan Khas ( Sinar Harapan )Jelas terpancar kegembiraan  di wajah anak-anak yang sememangnya tidak pernah kenal erti kesedihan ini.Sekalung tahniah daripada pihak pentadbir sekolah kepada para pelajar yang sentiasa bersemangat ini....." Sama-sama Gemilangkan Akademik Skkk1"

Di sekitar Dewan terbuka MCN



Seronok mengharungi air yang melimpah....



Suasana di belakang blok Tahun 2

**AYUH SELAMATKAN HARTA BENDA SEKOLAH**

"Selamatkan Hartabenda Sekolah Tanggungjawab Kita Bersama"Itulah slogan yang selalu dipraktikakan di Skkk1.Seperti biasa menjelangnya musim tengkujuh,terutamanya masuknya bulan Disember maka bilik-ilik khas akan diperkemaskan lagi dari segi penyusunan barang-barang yang berharga.Hari ini tanggal 2 Dis 2009,semua guru yang ditugaskan menjga bilik-bilik khas seperti makmal komputer,pusat akses,makmal sains,buku teks,prasekolah,praintegrasi dan Pendidikan Khas telah bertungkus lumus untuk menyusun semula barangan di bawah jagaan mereka buat kali kedua.penyimpanan pertama sebenarnya telah dibuat sebelum cuti penggal bermula.memandangkan limpahan air yang agak membimbangkan di persekitaran sekolah,maka Tuan Guru Besar dan Puan PKP telah mengambil langkah yang drastik untuk memanggil semua guru yang bertugas di bilik-bilik khas untuk membuat penyusunan semula barang-barabg yang berharga.Di makmal komputer,semua CPU telah diangkat ke atas meja untuk mengelakkan daripada ditenggelami oleh air.Penyelaras ICT bersama juruteknik,dibantu oleh murid-murid yang kebetulan baru selesai sesi "Golden Holiday"  sama-sama bergotong-royong untuk menyelamatkan harta benda sekolah.Suasana gotong-royong bertambah ceria dengan kehadiran para pelajar yang sememangnya tidak pernah kenal erti kesedihan ini......Sempat juga mereka mengharungi air banjir di sebelah makmal komputer,prasekolah dan juga pendidikan khas yang airnya agak dalam.Mereka mengharungi banjir dalam keadaan yang terkawal.....

Murid-murid Tahun 4 sedang menolong guru penyelaras ict dan juruteknik mengangkat cpu ke atas meja .


Di hadapan praintegrasi Skkk1



Di bangunan tahun 1 yang berhampiran dengan Makmal Komputer Skkk1



Di hadapan prasekolah



Suasana di hadapan bangunan utama

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.