SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Jan 31, 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 2016

31 JANUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Majlis penyampaian watikah perlantikan pemimpin kecil SKKK1 bagi sesi 2016 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Tinggi SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh SUPT Azli b. Md Noor Ketua Jabatan Ketenteraman Awan/Ketua Trafik Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG Tn. Mohd Yunus@Halim b. Tahir.  Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohammad b. Che Noh, mengalu-alukan kedatangan SUPT. Azli b. Md Noor serta rombongan ke sekoloh dan sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua guru serta warga sekolah kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis pada hari ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin majlis seumpama ini dapat diadakan dengan jayanya.

Sejurus selepas majlis penyampaian watikah perlantikan semua pemimpin kecil sekolah mengikuti kem Motivasi Kepimpinan. Antara Objektif program ini diadakan ialah :- 

1. Melahirkan Pengawas, Pengawas PSS, Briget ICT, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang bertanggungjawab pada diri, rakan-rakan, ibu bapa, masyarakat dan negara. 
2. Membentuk identiti Pengawas, Pengawas PSS, Briget ICT, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang berpandangan jauh dan berfikiran positif dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
3. Memupuk semangat kerjasama, toleransi, berdikari dan berkeyakinan diri dalam kalangan pelajar. 
4. Meningkatkan motivasi kendiri pelajar. 
5. Melahirkan pemimpin pelajar yang kental dan berdaya saing bagi merialisasikan Visi dan Misi sekolah. 
6.Menyediakan pelbagai program bagi meningkatkankepimpinan pelajar.

Jan 30, 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36

30 JANUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1








Mesyuarat agung PIBG kali ke 36 dan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan murid SKKK1 tahun 2015 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1.Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Hj Anuar b. Hj Safian, Timbalan Umno Bahagian Kubang Kerian. Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar , Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Datuk Hj. Anuar b. Hj. Safian kerana sudi mewakili Datuk Muhammad b. Abdul Ghani, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian yang tidak dapat hadir pada pagi ini. Seterusnya beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Datuk Hj Anuar b. Hj Safian kerana telah dianugerahkan gelaran Datuk baru-baru ini. Ucapan terima kasih juga turut ditujukan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama pada pagi ini, seterusnya tahniah dan syabas kepada semua penerima hadiah pada petang ini, terima kasih kepada para penderma yang sudi menderma hadiah cabutan bertuah pada hari ini.

Sekalung ucapan tahniah juga ditujukan kepada AJK PIBG yang baru dipilih dan dilantik pada pagi ini. Kesempatan yang ada pada hari ini, beliau turut memaklumkan pembinaan surau Al-Fateh SKKK1 telah mencapai 80% siap. Lebih kurang RM 50 000 lagi diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya pembinaan surau tersebut. Oleh itu pohon sumbangan kewangan daripada semua ibu bapa agar dapat menyiapkannya dalam masa terdekat. 

Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menghantar usul mesyuarat agung PIBG pada pagi ini. Semua usul yang dikemukakan akan dibincangkan dan akan diambil tindakan dalam mesyuarat AJK PIBG dalam masa terdekat. Tn.Guru Besar juga turut memaklumkan pihak sekolah ada menyediakan kotak simpanan barang-barang yang boleh disewakan oleh semua murid dengan sewaan RM10 sebulan atau RM70 setahun. Kepada ibu bapa yang berminat diminta berhubung dengan pihak sekolah dalam masa terdekat. 

Beliau turut berpesan kepada semua ibu bapaanak-anak tahun 5 agar hadir ke kelas KAFA diwaktu petang kerana murid-murid tahun 5 akan menduduki peperiksaan UBKK di akhir tahun 2016 nanti sebagai salah satu kelayakan utama untuk memasuki sekolah aliran agama di tingkatan 1 nanti.

Jan 25, 2016

MAJLIS TAKLIMAT IBU BAPA DAN AKU JANJI 2016

25 JANUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1



Majlis taklimat ibu bapa dan akujanji murid tahun tahun 6 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 24 Januari, 2016 bertempat di Anjung Bestari. Dalam taklimat ringkas bersama ibu bapa, Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh memaklumkan program-program yang telah disusun atur untuk meningkatkan kecemerlangan murid tahun 6 pada tahun ini dan akan bermula dalam masa terdekat ini. Beliau berharap semoga semua ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang itu. Beliau turut mengajak semua ibu bapa agar sentiasa bersama sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang Akademik mahupun Kokurikulum. Insyallah.

Jan 22, 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2016

 21 JANUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Kejohanan merentas desa peringkat SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada 21 Januari 2016. Semua murid tahap 1 dan 2 serta murid-murid PPKI turut terlibat dalam kejohanan ini. Kejohanan ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tgh diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta yang berjaya mendapat tempat 1 hingga 10 pertama mengikut kategori yang telah ditetapkan.










Jan 17, 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERHATI MINGGU ORIENTASI

17 JANUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1



Majlis penyampaian cenderahati sempena minggu Orientasi murid-murid tahun 1 SKKK1 telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Abd Razak b. Adahan semasa perhimpunan mingguan hari ini. Selamat belajar dan selamat menimba ilmu baru buat murid-murid tahun 1, 2016. Semoga sentiasa berjaya dengan cemerlang dalamua semua aspek pembelajaran. Insyallah.

MAJLIS SOLAT HAJAT 2016

17 JANUARI - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis solat hajat perdana awal tahun persekolahan 2016 bagi semua ibu bapa dan guru serta PIBG SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada Khamis 14 Januari, 2016 bertempat di Masjid Solihin Kubang Kerian. Aktiviti dimulakan pada jam 6.30 petang hingga jam 9 malam. Solat hajat awal tahun merupakan salah satu aktiviti wajib yang diadakan setiap awal tahun persekolahan.



Jan 8, 2016

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

8 JANUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Aktiviti pertama sekolah pada tahun ini telah dimulakan dengan majlis sambutan Maulidurrasul. Pelbagai aitiviti menarik telah diadakan dengan penuh meriah sepanjang hari ini.

 






PERHIMPUNAN PERTAMA 2016

8 JANUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





Perhimpunan pertama bagi sesi persekolahan 2016 telah di adakan pada hari Selasa 6 Januari 2016. Pelbagai amanat dan nasihat telah disampaikan oleh Tn Guru Besar SKKK1 untuk  memastikan semua anak-anak SKKK1 mendapat kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek pembelajaran di tahun 2016. Insyallah.

Jan 3, 2016

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016

3 JANUARI, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1


Sesi persekolahan 2016 telah bermula pada hari ini. Kelihatan semua murid, ibu bapa dan guru begitu bersemangat sekali memulakan sesi persekolahan 2016.Semoga semangat yang ditunjukkan akan terus berkekalan sehingga berakhirnya sesi persekolahan 2016 nanti. Harapan dan doa pihak sekolah agar kecemerlangan dalam semua aspek dapat dicapai oleh semua murid-murid SKKK1 pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Insyallah.






 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.