GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 31, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


Mar 16, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1


TAHNIAH PPKI SKKK1

16 MAC 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Sekalung penghargaan tahniah dan syabas di ucapkan kepada murid-murid PPKI dan guru-guru terlibat yang telah merangkul Johan dan naik Johan dalam Pertandingan Tarian dan Memasak Tanpa Api sempena Hari Terbuka PPKI SK Seri Kota. Tahniah dan syabas juga buat mereka kerana berani mencuba dan bersemangat menyertai pertandingan tersebut. Aktiviti telah diadakan pada 15 Mac 2018 bertempat di SK Seri Kota, Kota Bharu. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menjemput PPKI SKKK1 menyertai pertandingan tersebut. 









Mar 12, 2018

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PPKI

12 MAC 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

AKTIVITI :

Lawatan Sambil Belajar Murid PPKI SKKK1 Ke Menara Kawalan Jabatan Penerbangan Awam Negeri Kelantan Dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Chepa.


Tarikh : 12 Mac 2018
Masa : 8.30 pagi - 1.15 tgh


 












Mar 10, 2018

PROGRAM KESIHATAN DAN SAMBUTAN HARI WARGA EMAS

10 MAC 2018 - SK KUBANG KERIAN 1









Program kesihatan dan Sambutan Hari Warga Emas Anjuran Klinik Kesihatan Kubang Kerian telah diadakan pada hari ini bertempat di SKKK1. Program di mulakan dengan aktiviti senamrobik seawal jam 8.30 pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program yang berakhir 1.00 tgh.  Dalam ucapan alu-aluan Tn Guru Besar, Tn Hj Mohamed bin Che Noh mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Klinik Kesihatan Kubang Kerian di atas kesudian memilih SKKK1 sebagai tuan rumah menjayakan program sepanjang hari ini.

Mar 8, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


PROGRAM TERAPI MURID PPKI

8 MAC 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Sekitar program terapi murid-murid PPKI ke Kidzoonia Aeon Mall pada 7 Mac 2018. Seramai 40 orang murid PPKI tahap 1, 6 orang guru dan 3 orang PPM terlibat dalam program tersebut.
Klik link dibawah untuk melihat lebih banyak gambar.

TERAPI PPKI @ KIDZOONIA AEON MALL








PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU PPKI

8 MAC 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Sekitar majlis perjumpaan ibu bapa serta penjaga murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI) bersama guru PPKI dan semua pentadbir SKKK1 pada 6 Mac 2018. Majlis telah diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 11.30 pagi. Pelbagai pekara telah diputuskan dalam perjumpaan tersebut demi untuk kepentingan dan kecemerlangan anak-anak PPKI. 

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"






Mar 2, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2018

1 MAC 2018 - SK KUBANG KERIAN 1












Temasya sukan tahunan SKKK1 bagi tahun 2018 telah diadakan dengan jayanya bermula 27 Februari hingga 1 Mac 2018. Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan sepanjang temasya sukan tahunan tersebut. Pada hari ini acara dimulakan dengan perarakan masuk kontigen perbarisan setiap rumah sukan, bacaan ikrar dan pelbagai acara balapan. 
 
Dalam ucapan ringkas Tn. Guru Besar SKKK1, Tn Hj Mohamed bin Che Noh mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang begitu padu dalam menjayakan temasya sukan tahunan pada kali ini. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak adalah amat sukar untuk menjayakan temasya sukan yang gilang gemilang ini. Kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam temasya sukan pada tahun ini, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga semua murid SKKK1 terus cemerlang pada masa akan datang. Insyallah

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.