GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 28, 2013

KARNIVAL SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

27 JUN 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1




Seramai 10 orang murid, 4 orang guru dan seorang PPM Program Pendidikan Khas Integrasi SK. Kubang Kerian 1, telah turut serta mengambil bahagian dalam Karnival Sukaneka Pendidikan Khas Peringkat SMK Ketereh 2013. Karnival tersebut telah diadakan pada 26 Jun, 2013 bertempat di Hidayah Futsal Kok Lanas. 
Acara menarik yang telah diadakan sepanjang karnival tersebut ialah :-
  
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
  • Memukul bola menggunakan kayu hoki
  • Membawa bola ping pong menggunakan sudu
  • Membaling gelung rotan memasuki kon
  • Melengkapkan PUZZLE
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
  • Futsal
  • Bola Jaring
  • Musical Chair  
 Objektif Utama Penyertaan Aktiviti ini ialah: - 
  • Memberi peluang dan ruang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan olahraga, seperti murid biasa
  • Mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid melalui aktiviti sukan dan permainan.
  • Membina keyakinan diri dan self esteem murid pendidikan khas
  • Memberi peluang murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam acara sukan, permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
     Melalui aktiviti seperti ini juga, murid-murid PPKI diharapkan dapat memenuhi kehendak dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas (FPK) iaitu :
     “ Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat”

Jun 27, 2013

SEHARI BERSAMA UNIT KAUNSELING

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

27 JUN 2013  - UNIT KAUNSELING SK KUBANG KERIAN 1

PN. WAN ROSNANI BT. WAN HAMAT
PK PENTADBIRAN
Sedang memberi ceramah "PENGHAYATAN DISIPLIN"




PN. KHUZAIMAH BT. SULAIMAN
GURU KAUNSELING SKKK1
Unit Kaunseling Sk Kubang Kerian 1 telah menganjurkan program/aktiviti 'SEHARI BERSAMA UNIT KAUNSELING ' dengan pelajar tahun 4 dan 5. Aktiviti yang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh telah diadakan di Anjung MCN. 
Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh Guru Kaunseling SKKK1 iaitu Pn. Khuzaimah dan beberapa orang guru di bawah AJK Unit Kaunseling SKKK1 ialah :-
  • Ceramah Penghayatan Disiplin telah disampaikan oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat
  • Kuiz
  • Pertandingan Buku Skrap
Antara Objektif Utama Unit Kaunseling SKKK1 ialah :-
  • Membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah, kepimpinan, kokurikulum dan pembangunan diri murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek selaras dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 
  • Mempertingkatkan sahsiah murid melalui program psikososial dan program kesejahteraan mental.
  • Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui mengenal diri dan potensi diri, kemahiran kepimpinan, kehidupan bermasyarakat dan penyelesaian masalah.

PROGRAM KESIHATAN DAN SARAPAN SEIMBANG BERSAMA KNORR

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

27 JUN 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



 
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) di bawah Unit Kesihatan telah mengadakan satu program kesihatan pemakanan seimbang dengan kerjasama dari Syarikat Knorr yang melibatkan semua murid tahun 2, 3 dan 4 (Cakna, Cekal dan Cekap) SK Kubang Kerian 1. 

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung ialah :

  • Ceramah sarapan berkhasiat dan seimbang dalam usaha membentuk para pelajar yang sihat dan cerdas.
  • Kuiz
  • Rasa bubur Ayam Knorr
  • Hadiah dan cenderahati kepada semua murid yang terlibat. 

Antara Objektif Utama Program Kesihatan Pemakanan Seimbang ialah :- 

  • Meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan makanan seimbang. 
  • Membantu membentuk pertumbuhan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 
  • Membantu pelajar memilih pemakanan yang seimbang dalam diet harian.
  • Membentuk pelajar yang cergas dan cerdas.

Jun 20, 2013

KARNIVAL KERAJAAN ELEKTRONIK INOVASI KELANTAN 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

20 JUN 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat,  Pn. Penolong Kanan 1 SKKK1, En. Che Hamdan b. Hamid dan Pn. Salwa bt. Husin (Guru ICT SKKK1) bergambar bersama 2 orang murid yang menyertai Pertandingan Mewarna sempena Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan 2013





Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat,  Pn. Penolong Kanan 1 SKKK1, En. Che Hamdan b. Hamid dan Pn. Salwa bt. Husin (Guru ICT SKKK1) bergambar bersama 4 orang murid yang menyertai Pertandingan Experimental Project sempena Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan 2013

Pertandingan Experimental Project (4  orang) dan pertandingan mewarna (2 orang) sempena Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan telah diadakan pada 19 Jun, 2013 bertempat di ICT Incubator KB Cyber Plaza Kota Bharu (KB Mall) Kelantan. Seramai 6 orang murid tahun 6 SK Kubang Kerian 1 telah turut sama menyertai 2 pertandingan tersebut yang telah dibimbing oleh guru ICT SKKK1 iaitu En. Che Hamdan b. Hamid dan Pn. Salwa bt. Husin.

Pn. Penolong Kanan 1, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah menyertainya kerana mereka berani mencuba sesuatu yang baru dan semoga pengalaman yang diperolehi ini akan menjadi pengalaman yang amat bermakna pada masa akan datang. Wakil dari SKKK1 mendapat tempat ke 5 daripada 8 buah sekolah yang bertanding, membawa hadiah saguhati RM 100, Hamper dan sijil penyertaan.

Jun 18, 2013

PROGRAM PENJAGAAN GIGI SIHAT

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

18 JUN 2013 - SK KUBANG KERIAN 1









Jabatan Kesihatan, Bahagian Pergigian Hospital Besar Kota Bharu dengan kerjasama dari Syarikat Ubat Gigi Fresh & White telah mengadakan program 30 minit bersama murid-murid SK Kubang Kerian 1 pada pagi ini bermula jam 11.00 pagi. Beberapa acara menarik yang ringkas dan berkesan telah dijalankan bermatlamat untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang penjagaan gigi yang betul dan pemakanan yang sihat. 

Program ini juga bermatlamat untuk berkongsi maklumat dengan murid-murid mengenai kepentingan dan cara penjagaan gigi dan mulut dengan betul. Ianya juga selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan kanak-kanak apatah lagi, kaviti masih menjadi masalah kesihatan gigi dan mulut paling utama di dunia. Selama tempoh 30 minit tersebut, murid-murid di ajar cara memberus gigi dengan betul, penggunaan ubat gigi yang sesuai untuk murid tahap 1 dan tahap 2, pemakanan yang sihat untuk menjaga kesihatan gigi, kuiz mengenai penjagaan gigi dan sebagainya. Semua murid mendapat manafaat yang berguna dengan program ini dan seterusnya terhibur dengan beberapa aktiviti yang dijalankan. 

Jun 17, 2013

AKTIVITI MINGGU SAINS BERMULA HARI INI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

17 JUN 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Setelah selesai upacara perasmian penutup Minggu Panitia Matematik pada pagi ini, aktiviti Minggu Panitia Sains pula muncul mengambil tempat. Pelbagai aktiviti dan pertandingan untuk menjayakan Minggu Panitia Sains telah bermula hari ini. Sebagai permulaan, aktiviti hari ini ialah Kuiz Terokai Dunia Sains untuk murid-murid tahun 1. Semua murid tahun 1 SKKK1 diberi peluang untuk menyertainya.




 Barisan Guru Tahun 1 Yang Terlibat Dalam Aktiviti Pertandingan Kuiz Terokai Dunia Sains Hari ini.

TAHNIAH.......SKKK1 NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN ACTION SONG PERINGKAT PPD KOTA BHARU

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

17 JUN 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis penyampaian Sijil, hadiah dan cenderahati kepada semua murid yang telah menyertai pertandingan ACTION SONG peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu (PPD) telah diadakan pada pagi ini di Tapak Perhimpunan Pagi. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 16 Jun, 2013 dan wakil SKKK1 berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

 
Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas buat mereka. Semoga kejayaan demi kejayaan akan diperolehi dari semasa ke semasa pada masa yang akan datang.Insyallah.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MINGGU MATEMATIK SKKK1 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

17 JUN 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis perasmian penutup Minggu Panitia Matematik SKKK1 2013 telah diadakan pada pagi ini di tapak perhimpunan pagi, dengan Tema "TEROKAI DUNIA MATEMATIK". Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Panitia Matematik SKKK1 iaitu Pn. Hjh. Noor Aida bt. Dato' Hj. Shafii, seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan sepanajang Minggu Panitia Matematik.















Antara aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang minggu tersebut ialah kuiz bertulis tahun 1 dan 2, kuiz terkumpul tahun 3 - 6, kuiz tahun 6 . Dalam majlis yang sama juga turut disampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada semua guru Matematik SKKK1.

Dalam ucapan perasmian penutup, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyatakan antara objektif utama diadakan Minggu Panitia Matematik ialah -
  • Untuk menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa proses pengajaran & pembelajaran Matematik di dalam kelas.
  • Memberi  peluang, sokongan dan dorongan kepada murid untuk meneroka alam Matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan.
  • Menyedarkan murid bahawa Matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan dan mencabar  minda.
  • Mencungkil bakat murid agar cekap dan pantas dalam menyelesaikan masalah semasa pertandingan. 
Sebelum mengakhiri ucapan perasmian penutup, beliau berharap agar semua murid SKKK1 sentiasa mengambil bahagian dan peluang dalam setiap aktiviti yang di anjurkan oleh pihak sekolah.

Jun 10, 2013

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA DAN BERCERITA BAHASA MELAYU PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

10 JUN 2013 - SK KUBANG KERIAN 1




Selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan guru-guru SKKK1. Semoga di penggal yang baru ini akan memberi lebih semangat dan sentiasa berusaha untuk kecemerlangan dalam semua bidang, samada akademik atau Kokurikulum. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat tempat dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja dan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat QIT Kota Jembal 2013 yang telah disetai baru-baru ini. Penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Antara pertandingan yang telah disertai ialah :-

  • Pertandingan Pidato Piala Diraja Bahasa Melayu telah disertai oleh adik Wan Nur Atiqah bt. Wan Rusdi (Tempat ke 4) dengan tajuk pidato "Bahasa Melayu Bahasa Ilmu".

  • Pertandingan Becerita Tahap 1 (Johan) telah disertai oleh adik Nur Syifaa' Nadiah bt. Mohd Mazdi dengan tajuk ceritanya "Sang Rusa Teraniaya".

  • Pertandingan Becerita Tahap 2 (Naib Johan) telah disertai oleh adik Nur Ain Aryssa bt. Hishamuddin dengan tajuk ceritanya "Si Badang".

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi di tahun hadapan.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.