GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 24, 2011

MAJLIS TAKLIMAT IBUBAPA DAN AKU JANJI MURID TAHUN 6

"Menggemilangkan Akademik"





 KUBANG KERIAN 24HB. JANUARI 2011 - Satu Majlis Taklimat Bersama Ibubapa dan Akujanji murid tahun 6 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SK. Kubang Kerian 1. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG SKKK 1, Tn. Hj. Mohd Yunus @ Ab. Halim b. Tahir. Majlis yang diadakan pada hari ini adalah sebagai akujanji murid tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk belajar  sedaya upaya  memenuhi hasrat dan cita-cita di hadapan ibubapa serta guru-guru yang mengajar mereka. Dalam majlis ini murid tahun 6 membaca ikrar untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR 2011.
Dalam majlis ini juga guru besar dalam ucapannya telah memperkenalkan guru-guru tahun 6 yang merupakan tenaga penggerak utama dalam menentukan kejayaan anak-anak tahun 6 dalam UPSR 2011. Turut di maklumkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2011 yang menjurus kepada peningkatan pencapaian  cemerlang UPSR 2011. Antara aktviti yang akan dijalankan ialah kelas serambi , motivasi kecemerlangan UPSR, pembelajaraan secara On-Line Zoom A dan lain-lain aktiviti yang akan di maklumkan selepas ini. Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar SKKK 1. Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap agar usaha yang berterusan yang akan dijalakan dapat meningkatkan lagi keputusan cemerlang dalam keputusan UPSR pada tahun ini. Beliau juga turut mengalu-alukan dan memberi peluang kepada semua ibubapa agar sentiasa berjumpa dan berbincang dengan guru-guru tahun 6 atau dengan beliau sendiri bagi meningkatkan lagi pencapaian cemerlang anak masing-masing.

Jan 19, 2011

MESYUARAT QIT KOTA JEMBAL 1/2011

"Menggemilangkan Akademik"




18 JANUARI, 2011 - Satu mesyuarat QIT Kota Jembal kali 1/2011 telah diadakan di bilik mesyuarat SK. Kubang Kerian 1 pada jam 11.00 pagi - 1.30 tgh dipengerusikan oleh Pengerusi QIT Kota Jembal iaitu Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh (Sk. Kubang Kerian 1). Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh semua guru besar atau wakilnya sebanyak 12 buah sekolah. Terdapat 3 buah sekolah yang diwakili oleh Penolong Kanan iaitu SK. Kubang Kerian 3 (guru besarnya hadir mesyuarat lain), SK. Mentuan (guru besarnya cuti sakit) dan SK. Chicha Menyabong (guru besarnya ada urusan kecemasan). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu iaitu Tn. Hj. Che Abd. Aziz b. Hj. Daud. Mesyuarat pada kali ini membincangkan tentang perancangan aktiviti tahunan dalam QIT pada tahun 2011 yang melibatkan aktiviti kokurikulum, peningkatan kurikulum serta menetapkan pembahagian tugas setiap sekolah dalam aktiviti yang dirancang. Antaranya  Ko-kurikulum dipengerusikan oleh SK. Mentera, Ko-Akademik - SK. Chicha Menyabong, Bahasa Melayu - Sk. Gong Dermin, Bahasa Inggeris - Sk. Kubang Kerian 1, Perkembangan Staf dan kecemerlangan UPSR- Sk. Kubang Kerian 3, Agama/Bina Insan - Sk. Raja Bahar, Sains - Sk. Sultan Ismail 4, Peperiksaan - Sk. Sering, Matematik - Sk. Wakaf Stan, ICT - Sk. Mentuan, Kebudayaan - Sk. Kota Jembal dan Kebajikan & Sosial Sk. Banggu. Dalam mesyuarat kali ini pengerusi QIT Kota Jembal Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap agar setiap aktiviti yang dirancang diperingkat QIT pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan bertambah kecemerlangannya insyallah.

Jan 18, 2011

KELAB PENABUNG MUDA BSN




18 JULAI 2011 - Selasa. Pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN), En Mohd Nasir b. Mohd (Ketua Zon BSN Lundang), En. Mohd Di b. Latiff (Unit Deposit Kota Bharu) dan Pn. Norliati Farizan bt. Idris (Deposit Konsumer Cawangan Utama Negeri, BSN) telah hadir memberi taklimat dan penerangan kepada semua murid tahap 2 SKKK 1 untuk menyertai Kelab Penabung Muda (KPM) yang dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional. KPM ditubuhkan untuk menggalakkan generasi muda menabung yang pasti membawa keriangan melalui pelbagai program dan kemudahan.Di samping itu, ahli boleh mempelajari dan menerokai sesuatu yang baru samada melalui aktiviti dalaman atau luaran seperti seminar pendidikan, kem motivasi, aktiviti sukan lasak dan lain-lain. Aktiviti KPM ini di anjurkan bersama oleh Program Galakan Menabung Unit HEM SKKK 1.Lawatan berkala akan disusuli selepas ini untuk memudahkan murid-murid menabung dan menyimpan dalam akaun masing-masing.

Jan 17, 2011

SELAMAT DATANG WARGA BARU SKKK 1

 Cikgu Rushdan b. Mustapha

 Cikgu Suhaimi b. Yusof

Selamat datang dan selamat bertugas buat 2 orang guru yang baru menjadi warga SKKK 1 bermula minggu ini. Cikgu Mohd Rushdan b. Mustapha dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3, Kota Bharu yang mengajar di Kelas Pra Sekolah SKKK 1, manakala Cikgu Suhaimi b. Yusof dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4, Kota Bharu. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat betugas kepada dua-dua orang guru tersebut..........

Jan 16, 2011

SEKALUNG UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Selamat bertamu buat tetamu yang dirahmati. Rasanya masih belum terlewat seluruh warga SKKK 1 untuk mengucapkan tahniah dan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada Pn. Wan Ramlah bt. Daud di atas  jasa bakti dan khidmat beliau selama lebih kurang 10 tahun berkhidmat di SKKK 1. Beliau telah bertukar ke sekolah SKKK 2 bermula hujung minggu lepas. Salam terima kasih tidak terhingga dari kami seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 dan didoakan agar beliau sentiasa dirahmati untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa ..........amin.......


MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM SK. KUBANG KERIAN 1

 Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh bersama Saudara Anuar b. Hj. Safian 
(Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan)

 Para ibu/bapa/penjaga yang hadir

 Penyerahan Buku Akaun Tabung Haji oleh Pengerusi TOMBAK dengan diiringi oleh Pegawai Lembaga Tabung Haji Kelantan kepada para ibu/bapa/penjaga anak masing-masing
"Menggemilangkan Akademik"

16HB. JANUARI 2011 - Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (TOMBAK) kepada anak-anak yatim SK. Kubang Kerian 1 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat SK. Kubang Kerian 1 pada jam 10.00 pagi. Saudara Anuar bin Haji Safian (Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan) merangkak pengerusi TOMBAK, wakil Tabung  Haji Kelantan serta para wartawan telah hadir dalam majlis tersebut. Seramai 33 orang daripada 37 orang  ibu/bapa/penjaga hadir  untuk menerima sumbangan.Dalam ucapan ringkasnya, saudara Anuar b. Hj. Safian memaklumkan objektif utama sumbangan tersebut adalah untuk membantu anak-anak yatim piatu yang belajar di SKKK 1 agar dapat meringgankan beban keluarga dalam urusan persekolahan mereka. Secara amnya TOMBAK telah ditubuhkan pada tahun 2010 yang diilhamkan oleh saudara Anuar b. Hj. Safian sendiri dengan objektif utama untuk membantu anak-anak yatim di Negeri Kelantan. Murid yang terpilih untuk menerima sumbangan ini akan menerima sebanyak RM 30.00 sebulan selama 10 bulan iaitu sejumlah RM 300.00, yang mana telah dibuka akaun Tabung Haji. Pada majlis ini para ibu/bapa/penjaga akan menerima buku akaun tabung haji anak masing-masing.

::Perhimpunan Pagi Kali Pertama 2011

Setelah dua minggu tertangguh akibat cuaca yang tidak menizinkan, akhirya perhimpunan pagi sesi persekolahan 2011 dapat juga diadakan pada pagi ini.semua murid dan guru-guru kelihatan ceria dan bersemangat untuk menjadikan SKKK1 sentiasa NO 1..

Jan 13, 2011

Salam Perpisahan

Selamat Menjalankan Tugas di sekolah baru kpd Puan Wan Ramlah Bt.Daud.Semoga dapat menjalankan tugas di sana dengan penuh dedekasi........
penyerahan tugas-rugas briged ICT/Bestari.....Cg Ruiz
Briged ICT Skkk1....

"Menggemilangkan Akademik"

Jan 6, 2011

::Hujan ...oh Hujan ::

suasana seawal pagi.....
Sk.Kubang Kerian 1-05 Januari ,Hujan yang turun mencurah-curah bumi Kerian yang damai,nampaknya begitu kasar butirannya.Bermula seawal pagi ,masih belum berhenti....menyeabkan berlaku limpahan air pada tempat-tempat yang agak rendah di sekitar Skkk1 ini.Pergerakan murid agak terbatas,ada yang basah kuyup,tak kurang pula yang menangis kerana sindrom menngis ini masih belum tamat.Biasanya senerio menangis ini berlaku pada murid-murid tahun 1,2,prasekolah,pra integrasi dan juga kelas pen.khas bermasalah pembelajaran.Meskipun dalam suaca yang mendung dan curahan air hujan dari langit,ditambahkan dengan curahan butir-butir hujan dari kolam mata kanak-kanak,namun proses pengajaran dan pembelajaran masih berlaku dalam suasana yang kondusif,ceria dan penuh semangat.Guru-guru di sini yang sentiasa berganding bahu,menangani apa jua masalah,sedikit sebanyak bisa meniupkan semangat juang di kalangan para pelajar.Semoga para guru di sini dapat memberi dorongan dan bisa menjadi obor kepada murid-murid Skkk1 dengan pimpinan barisan pentadbir yang mantap.
sudah dinaiki air.....


                                                               "Menggemilangkan Akademik"

Jan 3, 2011

::Senario Hari Pertama Persekolahan Sesi 2011::

Sk.Kubang kerian 1- 03 Januari 2011,merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2011.Begiitu teruja melihatkan gelagak murid yang datang ke sekolah dengan pelbagai ragam,terutamanya murid-murid Tahun1,prasekolah,pra integrasi,pendidikan khas.Ada yang menangis,ada yang masih tak mahu melepaskan pegangan tangan dengan ibubapa,dan tak kurang juga yang berpelukan dengan para ibubapa.Bagi murid-murid yang baru menjejakkan kaki k alam persekolahan,senerio sebegini sudah menjadi lumrah.Di sana-sini kelihatan ibubapa murid-murid cilik ini menemani anak-anak mereka.pihak pengurusan terpaksa membenarkan para ibubapa berada di kawasan sekolah dan berada berdekatan dengan kelas-kelas murid-murid cilik ini memandangkan masih ada yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran baru di sini.
       Bagi murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 pula,hari pertama di sekolah merupakan smangat baru bagi mereka.kebanyakannya dalam keadaan yang cergas,ceria dan gembira,ditambah pula dengan uniform sekolah yang serba baru.Puan PKP,PK HEm merupakan personal yang paling sibuk menjelang sesi awal persekolahan ini.Apapun semuanya kami lalui dengan penuh kegembiraan...Semoga anak-anak didik kami bakal lahir sebagai insan yang cemerlang dan berminda kelas pertama.....
suasana di kelas pendidikan khas...aktiviti di kantin...
suasana di tahun Satu......sukar berpisah dari keluarga!!!!
Seorang ibu sedang cuba mententeramkan anakanya .......
guru pra sedang mententeramkan salah seorang muridnya...dengan penuh sabar!!!
Puan PKP bersama murid-murid prasekolah...

"Menggemilangkan Akademik"

Jan 1, 2011

::Pendaftaran Murid Tahun Satu Bagi Sesi 2011::

Sk.kubang kerian 1- Tanggal 01 januari 2011,satu majlis taklimat untuk para ibubapa murid Tahun satu  diadakan di anjung Bestari.Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh selaku Guru Besar Skkk1.Turut hadir adalah Yang Dipertua PIBG Tuan Hj.Halim@Yunus B. Tahir.Para ibubapa telah didedahkan dengan program-program yang perlu diikuti oleh murid-murid tahun satu,keperluan-keperluan,masalah-masalah yang biasa melanda mereka,jua sukatan pelajaran baru,Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR )telah diberi penerangan oleh Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Para ibubapa diminta memberi kerjasama yang padu ke arah kecemerlangan pelajaran anak-anak,bermula dari tahun satu.Cabaran dunia globalisasi tanpa sempadan ini perlu dilalui dan ditangani dengan baik oleh para ibubapa dan guru-gurubagi melahirkan generasi cemerlang,gemilang dan terbilang serta modal insan berminda kelas pertama.Untuk itu,para ibubapa perlulah mengambil cakna dalam perubahan kurikulum yang berlaku dalam era teknologi maklumat ini.....demikian antara lain ucapan Tuan Guru Besar Skkk1 dalam majlis ini.
      Seterusnya,para ibubapa beredar ke kelas anak-anak mereka mengikut senarai yang telah ditetapkan bagi urusan bayaran yuran dan pendaftaran.Seramai 206 orang pelajar tahun satu telah didaftarkan pada hari ini.Tuan haji Mohamed  berharap agar murid-murids tahun satu ini akan memulakan sesi pengajian dengan penuh semangat dan bakal lahir sebagai murid-murid cerdas pintar dan cemerlang rohani,jasmani,emosi,intelek dan sosial( JERIS ).Para ibubapa juga diminta agar sentiasa memberi kerjasama yang padu ke arah kejayaan ini.


"Menggemilangkan Akademik"

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.