GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 30, 2018

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2018

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2018 - SK KUBANG KERIAN 1


TARIKH : 26 APRIL - 28 APRIL 2018
TEMPAT : MIN HOUSE CAMP, KUBANG KERIAN











GURU BERTUGAS MINGGUAN



Apr 19, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


KAYUHAN EMAS 2018

19 APRIL, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1


Kayuhan Emas SKKK 1 Kali ke 9 - 2018.
SKKK 1 - DGeting beach resort
2 hari 1 malam











Kayuhan Berbasikal atau di kenali dengan Kayuhan Emas 2018 kali ke 9 bagi murid-murid SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada 18 dan 19 April 2018. Kayuhan pada tahun ini melibatkan 38 orang murid dari tahap 2, 19 orang guru pengiring dan turut di sertai oleh Tn Guru Besar sendiri, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Kayuhan bermula dari SKKK1 dan berakhir di D Geting Beach Resort sejauh 33 KM.
 
Sehubungan dengan itu Tn Guru Besar,  yang mengetuai pasukan berbasikal mengucapkan penghargaan terima kasih kepada sekolah terlibat yang telah bermurah hati menerima kunjungan rombongan berbasikal berhenti rehat. Selain itu penghargaan terima kasih juga buat kakitangan unit keselamatan HUSM, pasukan Polis Trafik Kota Bharu, guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini samada secara langsung atau tidak langsung. Harapan beliau semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Insyallah.

Apr 16, 2018

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2018

16 APRIL, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah untuk murid dan warga sekolah telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peristiwa besar dalam Islam. Ianya juga untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj dan mengambil pengajaran daripadanya. Ceramah sempena sambutan Israk Mikrak telah disampaikan oleh Ustz Ahmad Khairi b. Mohammad Hassan. 

Apr 14, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


KEM CEMERLANG JAWI 2018

14 APRIL, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1
PROGRAM : KEM JAWI SIRI 1/2018
TARIKH : 13 APRIL, 2018
TEMPAT : SK KUBANG KERIAN 1












  
Kem Cemerlang Jawi untuk murid-murid tahap 1 dan 2  SKKK1 telah diadakan pada 13 April, 2018 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Matlamat Kem Cemerlang Jawi SKKK1 adalah untuk mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah.

Pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) diharapkan agar mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis jawi dengan sempurna. 


OBJEKTIF 
Semua murid Islam sekolah rendah yang mengikuti Kem Cemerlang Jawi akan dapat:
i. Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung.
ii. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
iii. Membaca dan menulis ayat pendek mengikut kaedah yang betul.
 

Apr 9, 2018

PENYAMPAIAN PELBAGAI HADIAH KECEMERLANGAN

9 APRIL, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Pelbagai hadiah kecemerlangan dalam Kokurikulum telah disampaikan pada perhimpunan pagi Ahad, 8 April, 2018. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada semua murid yang berjaya merangkul pelbagai kejayaan dalam Kokuriukulum.

Khashah  b. Khairul Azlan
Pingat Gangsa
Kejohanan Badminton MSSD KB
Pada 24 - 27 Feb 2018

 Firnas  b. Khairul Azlan
Pingat Gangsa
Kejohanan Badminton MSSD KB
Pada 24 - 27 Feb 2018

 Khairina bt Khairul Azlan - Tahun 5 Cakna
Pingat Perak
Kejohanan Badminton MSSD KB
Pada 24 - 27 Feb 2018


 Nur Shasha Izzati bt Khairul Asyraf - Tahun 4
Johan Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah
Festival Kesenian dan Kebudayaan SM/SR Peringkat Negeri Kelantan 2018

Najmatul Tahirab - Tahun 6 Cakna
Pingat Gangsa
Tenis Terbuka Hat Yai 2018


Nur Iman Emysya bt. Ahmad Zaju - Tahun 5 Cakna
Menyertai Kejohanan Akuatik MSSM Ke 52
Gaya Bebas 4x50M berganti-ganti





Apr 4, 2018

PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2018

4 APRIL, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1







Perasmian KM1M 2018 peringkat SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini dengan beberapa aktiviti menarik. Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M 2018 akan diadakan selama tiga(3) hari bermula pada 03 hingga 05 April 2018 di setiap sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun ini, majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 03 April 2018 bertempat di SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak.

Objektif KM1M :-
  • Mengisi masa lapang murid . 
  • Menggerakkan program / aktiviti galakan membaca. 
  • Memupuk minat membaca secara berterusan. 
  • Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan. 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.