GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 21, 2009

**SELAMAT HARI LAHIR BOS**




Pada 20 Ogos 2009, guru-guru dan kakitangan SKKK1 telah mengadakan sambutan hari lahir guru besar, Haji Muhammad Bin Che Noh. Semua warga SKKK1 sama-sama menyanyikan lagu 'Selamat Hari Lahir'. Warga SKKK1 sentiasa mendoakan supaya Guru Besar dipanjangkan umur serta dimurahkan rezekinya serta sentiasa beroleh kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.Semoga bos akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas seharian dan menempuh hari-hari mendatang dengan penuh keceriaan.Selepas upacara memotong kek, warga SKKK1 telah dihidangkan dengan juadah yang istimewa pada hari ini."Happy Birth Day Boss"Teruskan perjuangan sebagai peneraju SKKK1.Kami para guru SKKK1 akan sentiasa memberi sokongan yang padu kepada bos dalam usaha memartabatkan anak bangsa kita di bumi kerian yang bertuah ini...

**LATIHAN KEBAKARAN**




Pada 20 OGOS 2009, satu latihan simulasi kebakaran anjuran Unit Rescue S3K1 yang diketuai oleh cikgu Nik Abdul Aziz Bin Ismail telah diadakan.Unit Rescue SKKK 1 telah mendapat kerjasama yang padu daripada pihak bomba Kota Bharu.Pada awalnya suasana kelihatan kelam-kabut apabila loceng kecemasan dibunyikan secara "loceng gila ".Semua warga SKKK 1 telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan dan berkumpul di padang sekolah melalui laluan keselamatn yang sedia dimaklumi oleh warga SKKK1.Murid-murid SKKK1 terutamanya murid tahap satu agak terkejut juga memandangkan program ini telah dilaksanakan secara rahsia,lantaran pihak sekolah mahu menggambarkan suasana sebenar kebakaran. Tidak ketinggalan murid-murid pendidikan khas,pra integrasi dan pra sekolah juga turut terlibat dalam simulasi ini. Sejurus kemudian, sepasukan bomba dan penyelamat Kota Bharu datang dan menunjukkan simulasi kebakaran dengan menyalakan api.Seterusnya pihak bomba telah memadamkan kebakaran itu dengan menggunakan segala kelengkapan yang dibawanya.Selepas simulasi ini,pasukan bomba dan penyelamat telah memberi sedikit taklimat ringkas tentang cara-cara untuk memadamkan api dengan menggunkan alat pemadam api.Beberapa orang guru termasuklah guru besar dan penolong kanan kokurikulum telah melakukan demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran. Simulasi sebegini amat bermakna dan cukup menarik perhatian murid.Adalah diharapkan dengan aktiviti sebegini akan memberi pengalaman dan pengetahuan kepada semua warga SKKK 1 agar dapat mengambil tindakan yang segera dan efektif sekiranya berlaku kebakaran yang sebenar.Tuan Guru Besar Haji Mohamed Che Noh berkenan menyampaikan cendera hati kepada semua ahli pasukan bomba dan penyelamat serta jawatankuasa Rescue S3K1 yang terlibat dengan simulasi pada hari ini." Sama-sama gemilangkan Akademik dan Kecemerlangan SKKK1"

Aug 17, 2009

**SELAMAT DATANG KE SKKK1**


Tanggal 17 Ogos 2009 Skkk1 telah menerima seramai 20 orang guru PBS ( Penilian Berasaskan sekolah ) yang terdiri dari Institut Perguruan Malaysia dari beberapa cawangan seperti IP Raja Melewar,IP Darul Aman,IP Sultan Abdul Halim dan IP Kota Bharu dan IP Perempuan Melayu Melaka.Mereka di sini selama dua minggu.Guru Besar Skkk1 Tuan Hj.Mohamed B. Che Noh dan Puan Wan Rosnani selaku PK Pentadbiran Skkk1 serta barisan pentadbir dan seluruh warga SKKK1 mengucapkan selamat datang kepada para guru PBS ini.Semoga dapat menjalankan kajian dan pemerhatian seperti yang diarahkan oleh pihak IPG mengikut kampus masing-masing....Jadikan Skkk1 ini sebagai wadah anda untuk terus menimba pelbagai pengalaman yang berkaitan dengan bidang keguruan...

Aug 15, 2009

**PENYELARAS PUSAT AKSES BARU**


Pusat Akses Excellent Skkk1 telah bertukar penyelaras lantaran penyelaras lamanya En.Al Baqir Solleh B.Mohd Yusof telah ditugaskan ke Unit Media ( Pusat Sumber Skkk1).Tugasan beliau telah digantikan oleh En.Abdul Razak secara rasminya pada 11 Ogos 2009.En.Al Baqir memegang jawatan Guru Media menggantikan Pn.Sarina Bt.Yusof yang meminta mengundur diri daripada terlibat dengan Pusat Sumber Sekolah lantaran menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan.Pertukaran ini telah disusun dengan begitu baik oleh Puan PK Pentadbiran SKKK1 Puan Wan Rosnani Bt.Wan Hamat dengan restu daripada guru besar Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Kelihatan En.Al Baqir sedang menyerahkan kunci bilik akses dan note book kepada En.Abdul Razak sebagai tanda penyerahan tugas secara rasmi.Semoga mereka berdua dapat menjalankan tugas-tugas yang diserahkan dengan penuh dedikasi dan tanggung jawab.Tahniah buat En.Al Baqir Solleh dan En.Abdul Razak...."Sama-sama gemilangkan akademik Skkk1 dan budayakan ict di SKKK1 tercinta..."

Aug 13, 2009

**KURSUS LDP - LINK AKADEMIK**





Unit LDP Skkk1 dengan kerjasama Unit ICT dan Kecemerlangan Akademik telah menganjurkan satu kursus "Aplikasi Link Akademik Dalam Sistem Pemarkahan"pada 12 & 13 Ogos 2009.Kursus ini telah disempurnakan di Makmal Hotmail.com dan Makmal Yahoo.com.Penceramahnya diundang khas dari Unit Teknologi Maklumat PPD Pasir Mas.Beliau adalah En.Wan Mazlan B.Chik dan En.Noorazman yang merupakan webmaster Link Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.Semua guru SKKK1 yang seramai 93 orang termasuk guru-guru J-QAF telah menjalani kursus ini.Kursus ini dibahagikan kepada dua kumpulan.Fasilitator Makmal Yahoo.com ialah En.Wan mazlan manakala di Makmal Hotmail.com di bawah seliaan En.Norazman.Kedua fasilitator ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha membimbing guru-guru Skkk1 mengaplikasikan link akademik dalam sistem pemarkahan.Guru-guru di SKKK1 juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan belajar dengan penuh semangat.Puan penolong kanan pentadbiran dan Tuan Guru Besar Skkk1 berharap dengan kursus ini,guru-guru SKKK1 akan dapat mengisi sendiri markah setiap subjek yang diajar tanpa meletakkan tugasan ini hanya kepada setiausaha peperiksaan sahaja.ICT untuk semua....Ujar Tuan Guru Besar,Hj.Mohamed b.Che Noh."sama-sama budayakan ict di SKKK1 tercinta...."

Aug 11, 2009

**HILANGNYA SEBUTIR PERMATA- CIKGU HAJAH NIK ASIAH**


Tanggal 11 Ogos 2009 kira-kira jam 7.00 pagi, Puan Hajah Nik Asiah Nik Taib telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di HUSM Kubang Kerian setelah lebih kurang seminggu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) HUSM. Arwah telah mengalami kemalangan jalanraya dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli. Ketika itu arwah bersama anak lelakinya. Arwah mengalami cedera parah manakala anaknya hanya cedera ringan apabila kereta yang dinaiki telah dirampuh oleh sebuah lori.Kami di SKKK1 sentiasa mendoakan semoga roh Puan Hjh Nik Asiah akan sentisa dicucuri rahmat Allah.....Amin!!!Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan.Sama-sama kita hadiahkan surah Al Fatihah kepada arwah Pn.Hjh.Nik Asiah."Apabila matinya anak Adam,akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara:sedekah jariah,ilmu yang memberi munafaat dan anak yang solleh yang sentiasa mendoakannya...."

Aug 9, 2009



Kota Bharu-6 Ogos majlis karnival Sains dan Teknologi telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan Tn.HjNik Abdul Aziz B.Nik Mat bertempat di Balai Islam.Sempena majlis ini satu penyampaian hadiah telah dilaksanakan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi yang dirancang oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. Program Pembangunan Sains dan Teknologi ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya sains dan teknologi dalam proses pembangunan negara. Pelbagai katogeri dipertandingkan termasuklah katogeri sekolah rendah,katogeri sekolah menengah,pengajian tinggi,pejabat-pejabat kerajaan dan sektor awam.Para peserta dari Kelab Komputer Skkk1 terdiri daripada Adik Ariff Rezza B. Ariffendi , Muhammad Husnan B. Anuar Musaddar telah menerima hadiah khas katogeri laman web.Mereka menerima cek sebanyak RM 300 bersama sijil penyertaan dan piala.Katogeri multimedia yang diwakili oleh Adik Nur Fatin Syifaa', Nur Ayuni dan Nur Hamiza Bt. Mohammad Hilmi telah dinobatkan sebagai johan pertandingan multimedia peringkat negeri kelantan Katogeri Sekolah Rendah.Mereka menggondol piala,cek bernilai RM 1000 dan sijil penyertaan. Barisan peserta ini telah bertungkus-lumus bagi menyahut seruan ke arah pembudayaan ICT sekolah seperti yang selalu diwar-warkan oleh Guru Besar Sekolah, Haji Mohamed B. Che Noh. Semoga dengan penyertaan dalam pertandingan yang sihat sebegini SKKK1 akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik ICT sebagaimana seruan kerajaan Malaysia ke arah peluasan sekolah bestari.Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta dan juga guru pembimbing Pn.Wan Ramlah Bt.Daud selaku Guru Penyelaras Bestari sekolah ini bersama juruteknik En.Sharkawi B.Ibrahim dan En.Farid dengan nasihat daripada Tuan Hj.Hilmi Ismail selaku penolong kanan kokurikulum SKKK1.Semoga aktiviti-aktivi sebegini akan diteruskan dan lebih giat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang."SAMA-SAMA BUDAYAKAN ICT SKKK1 & GEMILANGKAN AKADEMIK SKKK1"

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.