GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 28, 2018

GURU BERTUGAS MINGGU INI


MAJLIS PERSARAAN GURU

28 JUN 2018 - SK KUBANG KERIAN 1









Jasamu Dikenang... hari ini SKKK1 kehilangan seorang lagi guru yang sangat dedikasi dan komited. Beliau yang dimaksudkan ialahYM Tn Mohd Zani b. Tn Soh. Majlis telah diadakan di Anjung MCN pada jam 10 pagi yang telah disaksikan oleh semua warga SKKK1. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sanusi dan diikuti oleh ucapan Tn.Guru Besar,Naib YDP PIBG dan disusuli dengan ucapan yang diraikan. Majlis diselitkan dengan persembahan nyanyian oleh adik Shasha dan Cikgu Tn Mohd Zani sendiri. Majlis berlangsung cukup meriah dengan semua guru dan kakitangan berpakaian tema English oldies. Acara kemuncak dalam majlis tersebut iailah acara menyarung jam tangan oleh Tn Guru Besar dan jamuan makan tengaharo. Selamat Menempuh Alam Persaraan. Seluruh warga SKKK1 mendoakan agar Cikgu Tn Mohd Zani  dapat menempuh hari-hari seterusnya dengan bahagia di samping keluarga tersayang.

Jun 25, 2018

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2018

25 JUN 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

MAJLIS SAMBUTAN  HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018
TEMPAT : DEWAN MCN, DEWAN BESTARI, DEWAN TRW SK KUBANG KERIAN 1
TARIKH : 25 JUN 2018
MASA : 9.00 PAGI - 12.00TGH










PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN LK2

25 JUN 2018 - SK KUBANG KERIAN 1





Penyampaian Sijil penghargaan dan hadiah galakan kepada murid-murid tahun 6 yang memperolehi keputusan cemerlang 6A dalam LK 2, telah disampaikan oleh Guru Besar, Tn Hj. Mohamed bin Che Noh dalam perhimpunan mingguan. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya memperolehi 6A dala, LK2 pada kali ini. Teruskan usaha untuk terus cemerlang pada masa hadapan.

GURU BERTUGAS MINGGU INI


Jun 8, 2018

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2018

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID 

 

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN

7 JUN 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADHAN 2018
TARIKH : 7 JUN 2018
MASA : 8.00 PAGI - 12.45 TGH
TEMPAT : ANJUNG MCN



Majlis penutup Ihya Ramadhan 2018 peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh, Guru Besar SKKK1. Dalam ucapan perasmiannya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan serta warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan setiap program atau aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga segala penat lelah serta pengorbanan yang telah dicurahkan seanjang melakasanakan aktiviti akan mendapat balasan keberkatan yang setimpal dari Allah SWT. Insyallah.

Sejurus selepas ucapan perasmian, tuan guru besar menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam setiap aktiviti yang telah diadakan sepanjang program Ihya Ramadhan. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan majlis penyampaian Zakat kepada semua murid yang berkelayakan. Majlis berakhir jam 12.45 tgh.

Jun 6, 2018

UCAPAN TAHNIAH MENTERI PENDIDIKAN BAHARU

6 JUN 2018 - SK KUBANG KERIAN 1



Guru-guru SK Kubang Kerian 1
 
Seluruh warga SK Kubang Kerian 1 merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Y.B Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang baharu. Y.B Dr. Maszlee Malik telah mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli jemaah menteri pada 21 Mei 2018 di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara. Beliau merupakan mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ahli Parlimen Simpang Renggam selepas memenangi PRU 14 yang lalu.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.