SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Jul 31, 2010

::SELAMAT PENGANTIN BARU::

Sk.Kubang Kerian 1-29 Julai 2010-Satu jamuan ringkas bagi meraikan sepasang mempelai yang bertemu jodoh mereka di Skkk1 telah diadakan di kantin sekolah.Majlis ini diadakan khas oleh kedua pengantin itu bagi menyatakan tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan jodoh di sini.Pasangan tersebut ialah Ustaz Noor Iman B.Ayub dan pasangannya Cikgu Rosliza Bt.Mohd Jaafar yang merupakan guru Pendidikan khas Skkk1.Kedua mempelai telah melangsungkan perkahwinan mereka  pada 22 Julai 2010 baru-baru ini."Selamat Pengantin Baru buatkedua mempelai.....Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat,dan yang penting dari dunia hingga akhirat.
Pasangan pengantin sedang menerima hadiah drp guru-guru Skkk1 yang diwakilkan kepada Tuan Guru Besar Skkk1

Jul 28, 2010

::Perkhemahan Unit Beruniform::

Sk.Kubang Kerian 1 telah berjaya mengadakan satu Perkhemahan Unit Beruniform di bawah kendalian Unit Ko kurikulum Skkk1.Aktiviti perkhemahan dimulakan pada 15 Julai 2010..Hari pertama dimulakan dengan pendaftaran peserta mengikut Unit masing-masing,menyiapkan kawasan perkhemahan dan mendengar taklimat perkhemahan daripada ketua komanden,En.Razani Bin Idris.Aktiviti  diteruskan pada  sebelah malam  dengan solat magrib dan isyak berjemaah,bacaan yasin dan kuliah maghrib.
        Aktiviti perkhemahan diteruskan dengan kuliah subuh dan senaman pagi serta aktiviti-aktiviti base.Aktiviti perkhemahan berjalan dalam suasana yang sangat meriah di mana pertandingan memasak juga telah diadakan mengikut unit.Di sebelah petangnya pula,pertandingan kawad kaki diadakan.aktiviti-aktiviti seperti permainan bergayut,melompat tayar,merangkak dan meniti titian juga turut diadakan.Di sebelah malamnya pula selepas solat magrib dan isyak berjemaah,diadakan pula  aktiviti kebudayaan.Setiap unit mempersembahkan dua aktiviti.
         Perkhemahan berakhir pada hari sabtu jam 12.30 tengah hari dengan majlis penutup perkhemahan oleh YDP PIBG Tuan Hj.Abdul Halim@Yunus B. Tahir.Semoga aktiviti-aktiviti sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan kerana di samping memperolihi pengalaman yang berguana,murid-murid juga dapat meluaskan minda dan melakukan aktiviti relax minda.....
 Ustaz harizan sedang menunjukkan cara-cara membuat ikatan kepada peserta perkhemahan...
Pertandingan masakan....PK1 dan PK Pen.khas sedang mencuba menu PBSM...
Suasana semasa perkhemahan...
 Tuan Guru Besar sedang memerhati penasihat unit berunioform melakukan kerja-kerja pemasangan khemah...
Salah satu persembahan yang dipertandingkan pada malam kebudayaan...

Jul 27, 2010

::PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE PRASEKOLAH BAGI PERSEKOLAHAN SESI 2011::

Perhatian kepada semua ibu bapa/penjaga:
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah Jabatan Pelajaran Kelantan telah menyeragamkan tarikh mengeluarkan iklan permohonan ke Prasekolah bermula 15 Julai hingga 15 Ogos 2010.

Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2005 hingga 1.1.2006 dan 2.1.2006 hingga 1.1.2007 layak memohon. Borang Permohonan kelas Prasekolah boleh diperolehi di sekolah seperti berikut;

Tarikh: 15 Julai - 15 Ogos 2010
Hari:     Hari Bekerja.
Masa:  Waktu Pejabat.

Ibu bapa/Penjaga perlu membawa Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan bagi mendapatkan Borang Permohonan. Kerjasama dan keprihatinan tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

Jul 20, 2010

::Mesyuarat/Taklimat Pemantapan Pengurus Bestari Bagi Pentadbir::


Satu mesyuarat /Taklimat pemantapan Pengurus Bestari Bagi Pentadbir telah diadakan di Ridel Hotel pada 19 hingga 21 julai 2010.Guru Besar Skkk1,Tuan Hj.Mohamed b Che Noh telah hadir ke kursus tersebut dan dalam satu slot,Tuan Hj.Mohamed telah diminta untuk berkongsi dengan para peserta lain yang terdiri daripada guru-guru besar dan Pengetua Zon Pantai Timur mengenai "Amalan Terbaik" yang telah dilaksanakan di sekolah.Skkk1 telah diminta untuk mengadakan suatu slide show untuk dikongsi bersama guru-guru besar dan pengetua lain mengenai pembudayaan ICT di sekolah.Tuan Guru Besar juga diminta untuk melakarkan apa jua amalan terbaik yang bisa melonjakkan Skkk1 mencapai lima bintang dalam Penarafan SSQS (SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS)sepanjang tahun 2009 yang lepas.Beliau juga diminta untuk berkongsi amalan terbaik dengan para peserta mengenai segala perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan di sekolah.Skop perbincangan adalah mengenai:
1) Menyediakan Khidmat Bantu ICT.
2) Membuat servis inisiatif ICTS.
3) Peraduan Multimedia peringkat sekolah dan kejayaan yg dicapai
4) Penambahbaikkan semula Blog Rasmi Sekolah.
5) Mengadakan Kursus Latihan Portal Eduweb TV KPM.
6) Mengadakan Kursus Asas Komputer kepada Ahli Kelab Komputer.
7) Kelas ICTL kepada pelajar Tahun 1,2 & 3
8) Mengadakan Kursus IES .

Pembentangan ini telah mendapat perhatian dan sambutan yang hangat daripada para peserta yang terdiri daripada Guru-guru Besar dan Pengetua Zon Timur,BTP dan BTPN Zon Timur.
 GPB sedang memberikan kerjasama kepada Tuan guru Besar dalam sesi pembentangan....
Para peserta sedang memberi perhatian ....
Pen.Peny Bestari ,En.Hamdan Hamid sedang membuat persiapan untuk sesi pembentangan

::MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UBB3 TAHUN 6::

Sk.Kubang Kerian 1-20 Julai 2010, Satu majlis penyampaian keputusan UBB 3 bagi murid tahun 6 telah disampaikan kepada semua pelajar tahun 6 yang dihadiri oleh ibubapa atau penjaga mereka.
    Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar dan YDP PIBG serta Puan Penolong Kanan Pentadbiran.Tuan Guru Besar telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada ibu bapa agar terus berusaha memberi bimbingan dan galakan kepada anak-anak agar terus berjaya dalam UPSR nanti.
          Para ibubapa yang hadir telah menerima keputusan ujian anak mereka daripada guru kelas masing-masing.Kebanyakan daripada mereka melahirkan rasa puas hati terhadap perjalanan majlis yang ringkas, tetapi penuh makna ini .Semoga calon-calon UPSR akan lebih bersemangat dan akan sentiasa bersemangat dalam mengejar impian mereka......Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat 5A,4A,3A.Kepada mereka yang belum mencapainya.....Teruskan usaha anda.....Semoga semua calon UPSR 2010 akan memperolihi kejayaan yang cemaelang....
"Sama-sama Gemilangkan Akademik Skkk1"
 Para ibubapa kelihatan begitu sibuk sekali....bersedia untuk menerima keputusan UBB3
Ibubapa bersama anak mereka...menunggu giliran...

Jul 15, 2010

::Jemputan Ke Perkhemahan Agung Unit uniform ::

15 Julai 2010-Satu perkhemahan unit beruniform akan diadakan di skkk1 pada 15 hgga 17 Julai 2010.
Semua murid tahap 2 dijemput hadir dan dimestikan untuk menyertainya.Acara pendaftaran bermula pd 15 Julai: jam 3.00 ptg.
Hari ini murid-murid dibenarkan pulang jam 12 tgh hari....

Jul 11, 2010

:: Hadiah Kecemerlangan Pelajar::

11 Jun 2010-Kubang kerian 1-Seramai 33 orang  murid  tahun 6 telah menerima hadiah kecemerlangan akademik daripada Unit kecemerlangan akademik Skkk1.30 daripada mereka telah berjaya memperolihi 5a dalam UBB 3,manakala 3 orang lagi menerima hadiah khas kecemerlangan.Hadiah yang berupa sijil penghargaan dan wang tunai telah disampaikan oleh Puan PK1 Skkk1,Puan hjh Wan Rosnani Wan Hamat.Tahniah kepada mereka yang berjaya.
Tahniah.....kekalkan kecemerlangan!!!

Belajar rajin-rajin tau!!!

Inilah pelajar terbaik keseluruhan kita....

Pelajar-pelajar cemerlang bergambar kenangan...

Jul 7, 2010

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.