GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 23, 2014

PENGAGIHAN WANG ZAKAT

23 JULAI 2014 - SK KUBANG KERIAN 1







Syukur pada yang Maha Berkuasa, sempena bulan mulia lagi berkat ini lebih kurang seramai 208 orang murid SKKK1 menerima wang zakat yang telah diagihkan kepada ibu bapa/penjaga murid masing-masing. Majlis penyerahan wang zakat pada tahun ini telah diadakan pada dua sesi dalam minggu ini iaitu pada hari Isnin 21 Julai 2014 telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar sendiri, dan pada pagi ini 23 Julai 2014 telah disampaikan oleh Wakil Pertubuhan Kerabat DiRaja Al-Muhammadi, YAM Tg Latifahanam Sultan Ibrahim dan rombongannya. 

Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohammad b. Che Noh berkata pemberian wang zakat tersebut adalah sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, syarikat-syarikat perniagaan sekitar Negeri Kelantan dan termasuk daripada warga SKKK1. Semoga kita semua mendapat keberkatan berpanjangan.Insyallah.

Jul 22, 2014


TAHNIAH 11 ORANG MURID PEROLEHI 5A DALAM UBB3

22 Julai 2014 - SK KUBANG KERIAN 1





Tahniah diucapkan kepada 11 orang murid tahun 6 yang memperolehi 5A dalam pencapaian UBB3 baru-baru ini. Sijil penghargaan, cenderahati wang tunai serta lencana 5A telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar sendiri pada pagi ini sebagai pendorong dan semangat motivasi kepada semua murid. Dalam ucapan ringkas, Tn. Guru Besar berharap agar semua murid dapat belajar dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar pencapaian cemerlang dapat diperolehi dalam UPSR yang akan diduduki dalam masa lebih kurang 50 hari lagi.

Jul 17, 2014

CERAMAH RAMADHAN 2014

17 JULAI 2014 - SK KUBANG KERIAN 1



Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Panitia Pendidikan Agama Islam dan j-Qaf SKKK1 telah mengadakan beberapa program pada hari ini bagi memenuhi aktiviti ihya' Ramadhan yang telah dirancang pada tahun ini.

Ceramah Ramadhan 2014 telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadlilah b. Hj. Deraman, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Ceramah tersebut disampaikan kepada semua murid tahap 2, tahun 4, 5 dan 6. Turut diadakan pada hari ini ialah pertandingan azan dan pertandingan takbir raya serta penyampaian hadiah bagi pelbagai pertandingan yang telah diadakan sebelum ini.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah :-
  • Tadarus Al-Quran
  • Ceramah Agama
  • Pertandingan Takbir Raya
  • Kuiz
  • Melukis Poster
 Objektif utama program Ihya' Ramadhan ialah :-
  • Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran
  • Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.

Jul 14, 2014

AKTIVITI IHYA' RAMADHAN 2014

14 JULAI 2014 : SK KUBANG KERIAN 1
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Antaranya Tadarus Al-Quran bagi murid tahap 2, iaitu tahun 4, 5 dan 6. Pada hari ini telah diadakan pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap 1, tahun 1 , dan 3 serta murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran. Aktiviti kuiz Ramadhan bagi murid-murid tahun 3, 4, 5, dan 6 bertempat di Anjung Tinggi dan  Anjung Bestari SKKK1. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang dalam buku pengurusan sekolah di bawah Panitia Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan J-qaf SKKK1

Antara Objektif Utama Program Ihya' Ramadhan diadakan ialah :-
  • Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran
  • Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.


Murid-murid Tahap 1

Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 

Murid-murid Tahap 2

Jul 6, 2014

PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHTI KEJOHANAN GIMNASTIK MSSK

6 JULAI 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah  kepada 3 orang murid SKKK1 (pasangan adik beradik) iaitu Mohd Izhar Bukhary b. Izat Bukhari (tahun 5), Mohd Izz Bukhary (tahun 4) dan Moh Izzy Bukhary (tahun 1) yang menjaya merangkul tempat pertama, Johan dalam pertandingan Gimnastik Artistik di peringkat MSSK dan peringkat Kebangsaan. Hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh di tapak perhimpunan pagi.



 

Jul 2, 2014

SUKU KATA KV - SIRI 1

Suku Kata KV untuk dikongsi. Kepada yang berminat bolehlah downloadnya ....semoga ianya memberi manafaat bersama













TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERTUGAS

2 JULAI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1


Tahniah  dan selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada Ustazah Nor Diana, guru j-Qaf SKKK1 yang telah bertukar dan melaporkan diri di sekolah baru iaitu SK PULAU MERANTI, Sepang Kajang Selangor pada Isnin 30 Jun 2014. Oleh itu seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan sepanjang berada di SKKK1 bermula 1 pada 3 Feb. 2009 hingga 29 Jun, 2014.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.