GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 26, 2012

SALAM TAKZIAH

"Menggemilangkan Akademik"

Seluruh warga SKKK 1 mengucapkan salam takziah kepada keluarga Cikgu Rosliza bt. Mohd Ja'far (Guru PPKI SKKK 1) di atas pemergian bapanya pada 15 Ogos, 2012 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. DariNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.....

TAHNIAH DAN SYABAS

"Menggemilangkan Akademik"



26 OGOS, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 2 orang murid SKKK 1 iaitu adik Mohd Fahimuddin Mardi dan adik Nasriq Hakimi Khairuddin kerana berjaya untuk menjalani latihan pusat pasukan bawah 10 tahun (projek 2019), di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Latihan tersebut akan diadakan pada 27 Ogos, 2012 - 2 September, 2012 bertempat di CASA 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah memberi sedikit sumbangan berupa wang tunai sebagai menampung perbelanjaan ketika berada di sana. Seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah , semoga mereka berdua berjaya dalam pemilihan tersebut.  

Aug 25, 2012

SELAMAT HARI LAHIR

"Menggemilangkan Akademik"



15 OGOS, 2012 - SELAMAT HARI LAHIR....ditujukan kepada semua guru dan juga kakitangan SKKK 1 yang menyambut hari ulang tahun kelahiran pada bulan Ogos. Pada hari ini majlis penyampaian cenderahati  daripada Kelab Guru dan Kakitangan SKKK 1 kepada semua guru dan kakitangan yang menyambut hari kelahiran pada bulan Ogos telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKKK 1, Pn. Hj. Wan Rosnani bt. Wan Hamat. Tn. Guru Besar merupakan salah seorang penerima cenderhati pada hari ini dan tarikh lahirnya juga pada hari ini 15 Ogos. Oleh itu semua warga sekolah mengucapkan selamat menyambut  hari kelahiran kepada semua yang terlibat dan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan berpanjangan hendaknya.Insyallah.



Pada majlis yang sama juga turut disampaikan pemberian duit wang zakat kepada semua murid SKKK 1 yang layak seramai 62 orang. Pemberian duit zakat ini adalah hasil daripada sumbangan derma warga sekolah sepanjang bulan Ramadhan dan sumbangan daripada orang perseorangan. Semoga dengan pemberian duit zakat ini sedikit sebanyak dapat meringgankan beban keluarga masing-masing.  Insyallah.

MAJLIS PENYERAHAN BUKU REKOD PENCAPAIAN AKADEMIK TAHUN 6

"Menggemilangkan Akademik"


15 OGOS, 2012 - Majlis penyerahan buku rekod pencapaian akademik (slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun - 47 orang telah mendapat 5A daripada 228 orang calon UPSR 2012) bagi murid-murid tahun 6 SKKK 1 telah dadakan pada 15 Ogos, 2012 bertempat di Anjung Bestari SKKK 1. Majlis yang dinamakan sebagai majlis runding cara ibu bapa tahun 6 ini dihadiri oleh semua ibu bapa murid-murid tahun 6 SKKK 1.Dalam majlis tersebut para pentadbir dan guru-guru tahun 6 sama-sama berbincang mengambil kata sepakat untuk meningkatkan lagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula tidak lama lagi. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya mengajak semua ibu bapa yang hadir agar sama-sama berganding bahu membimbing, membantu serta memberi dorongan dan motivasi kepada anak masing-masing sebagai usaha terakhir sebelum peperiksaan UPSR. Persediaan pada hari-hari terakhir sebelum peperiksaan bermula tidak  boleh di ambil mudah oleh semua ibu bapa. Harapan beliau agar semua murid SKKK 1 berjaya memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam UPSR 2012. Insyallah.

Aug 14, 2012

SALAM AIDILFITRI

"Menggemilangkan Akademik"



14 OGOS, 2012 - PPKI SK. KUBANG KERIAN 1

Sesi penyampaian cenderahati sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 2012 daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK. Kubang Kerian 1 telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail kepada semua guru dan PPM Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SKKK 1. Sehubungan dengan itu beliau mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN,  dengan harapan semua warga PPKI SKKK 1 dapat meraikan Hari Raya pada tahun ini dengan lebih meriah lagi bersama kaluarga masing-masing dan selamat bercuti. 

Aug 7, 2012

SELAMAT HARI LAHIR

"Menggemilangkan Akademik"




Seluruh warga sekolah mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR dan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan berpanjangan buat semua guru dan kakitangan SKKK 1 yang telah menyambut hari kelahiran pada bulan Julai. Majlis penyampaian cenderahati daripada Kelab Guru dan Kakitangan SKKK 1 telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar pada hari Ahad baru-baru ini di majlis perhimpunan pagi Ahad....

Aug 5, 2012

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2012

"Menggemilangkan Akademik"



5 OGOS, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1 KOTA BHARU KELANTAN.

Bacaan Surah Yassin dan ayat-ayat Al-Quran oleh semua warga SKKK 1 sempena mengisi aktiviti Ihya' Ramadhan pada tahun ini telah diadakan pada pagi ini bermula jam 7.45 pagi - 8.15 pagi (waktu perhimpunan pagi Ahad). Semua guru dan murid bersama-sama membaca Surah Yassin  yang dipimpin oleh PK. Kokurikulum. Bacaan surah Yassin ini di baca setiap pagi Ahad bagi menggantikan perhimpunan pagi. Bagi hari-hari lain di adakan tazkirah pagi pada jam 7.30 pagi - 7.40 pagi dan tazkirah untuk guru-guru pula di adakan pada waktu  rehat murid jam 10.15 pagi bertempat di bilik guru. Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap semoga  aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan disertai oleh semua warga sekolah, mendapat kebaikan dan keberkatan bersama. Insyallah.

Aug 1, 2012

MESYUARAT GURU-GURU DAN PPM PPKI SKKK 1 BERSAMA GURU BESAR

"Menggemilangkan Akademik"



1 OGOS, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Mesyuarat guru-guru dan PPM Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI) SKKK 1 bersama Tn. Guru Besar SKKK 1 telah diadakan pada tengahari ini di bilik guru besar. Dalam ucapan ringkasnya Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengalu-alukan kedatangan Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baru iaitu En. Che Azhar b. Che Ismail dengan harapan semoga semua guru dan juga PPM PPKI dapat bekerjasama dengan beliau dalam menjayakan pelbagai aktiviti program PPKI SKKK 1. Seterusnya beliau berharap agar PK Pend. Khas dapat memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam apa jua aktiviti yang diadakan di peringkat sekolah bagi sama-sama meningkatkan kecemerlangan sekolah amnya. Beliau juga mengingatkan, sesuatu aktiviti tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna sekiranya tidak ada kerjasama antara satu sama lain dan beliau percaya dengan jumlah keramaian guru serta PPM seramai 18 orang mampu mengerakkan aktiviti PPKI dengan lebih cemerlang lagi.

Manakala PK Pend. Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail dalam ucapan sulungnya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah amnya dan terima kasih juga kepada semua guru serta PPM PPKI khasnya kerana sudi menerima beliau untuk sama-sama menjalankan aktiviti/ program PPKI SKKK 1. Beliau  berharap agar semua kakitangan dapat memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan sebarang aktiviti yang melibatkan kelas PPKI dan juga aktiviti di peringkat sekolah. Beliau juga percaya sebarang program atau aktiviti yang hendak dijalankan tidak akan berjaya dengan sempurnanya sekiranya tidak ada komitmen dan kerjasama antara satu sama lain. Sesungguhnya kerjasama atau kerja secara berpasukan amat penting dalam sesebuah organisasi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti/program dengan lebih cemerlang lagi.

Mesyuarat di tangguhnya pada jam 1.30 tgh.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.