GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 20, 2018

MAJLIS PERASMAN DAN PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN

20 MEI, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1


MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Tarikh :  20 MEI, 2018
Masa: 7.45 pagi
Tempat : Anjung MCN
Perasmian dan Pelancaran oleh : Tn Hj Mohamed bin Che Noh (Guru Besar SKKK1)
Anjuran Bersama : Panitia Pendidikan Islam & Unit Dakwah Sekolah

 
 
 
 
 
 

Program Ihya' Ramadhan merupakan aktiviti yang disusun khas sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pada pagi ini telah diadakan majlis perasmian dan pelancaran program Ihya Ramadhan untuk tahun 2018. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan majlis pelancaran tabung masih ada yang sayang. Tabung ini diwujudkan adalah untuk memunggut sumbangan derma daripada seluruh warga SKKK1 untuk agihan kepada anak-anak yatim murid miskin di akhir bulan Ramadhan nanti. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh. Dalam ucapan ringkas beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SKKK1 amnya dan Panitia Pendidikan Agama Islam Khasnya kerana telah bekerjasama menganjurkan program pada pagi ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, tidak mungkin majlis seumpama ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. 

Matlamat utama program Ihya' Ramadhan diadakan sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun adalah untuk menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar oenghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

Antara aktiviti keagamaan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ialah :-
  • Tadarus Al-Quran murid Tahap 2
  • Pertandingan mewarna Tahap 1
  • Tabung masih ada yang sayang
  • Kuiz Tahap 2
  • Pertandingan membuat buku skrap murid tahun 6
  • Edaran risalah dan buletin Ramadhan
  • Tazkirah Ramadhan.
 

GURU BERTUGAS MINGGUAN


May 16, 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2018

16 MEI, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2018 

"BACK TO SCHOOL"







 

PROGRAM PENDIDIKAN DAN REKREASI LUAR

16 MEI 2018 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1

PROGRAM PENDIDIKAN DAN REKREASI LUAR PPKI
TARIKH : 14 MEI, 2018
TEMPAT : D' GETING RESORT TUMPAT
MASA : 8.00 PAGI - 5.30 PETANG
PENYERTAAN : SEMUA GURU, PPM DAN MURID PPKI SKKK1








May 8, 2018

MAJLIS CAKNA RAKYAT BERSAMA SEKOLAH

8 MEI, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1






Majlis Cakna Rakyat bersama sekolah anjuran PIBG SKKK1 telah diadakan pada Isnin 7 Mei, 2018 bertempat di Anjung MCN SKKK1. Ceramah keibubapaan "Peranan Ibu Bapa Dalam Pendidikan " telah disampaikan oleh Ustz Mohd A'zizi b. Nik Muhammad, Pen PPD Peng. Pendidikan Islam dan Moral PPD KOTA BHARU. Turut hadir dalam majlis tersebut YDP PIBG Tn Hj Mohd Yunus @ Abd Halim b Tahir.

Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn Guru Besar, Tn. Hj. Muhammad b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir dalam majlis yang diadakan pada hari ini serta semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini.

May 2, 2018

MAJLIS PERSARAAN 2 ORANG WARGA SKKK1

1 MEI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1



 
 


Majlis Persaraan 2 orang warga SKKK1 yang di sayangi telah diadakan pada 30 April, 2018 bertempat di Anjung MCN dengan penuh meriah dan ceria sekali. Ustazah Norizam Abdullah (Guru) & En. Che Yazid Zakaria (Pembantu Tadbir) menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam dengan rasminya pada hari ini 30 April, 2018. Oleh itu seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat berehat.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.