SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Jul 12, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA PELAJAR TAHUN 6

"Menggemilangkan Akademik"



KUBANG KERIAN - 12 Julai 2011. Satu majlis perjumpaan Ibubapa pelajar tahun 6 SKKK 1 2011 telah diadakan pada pagi ini. Perjumpaan yang diadakan pada hari ini merupakan perjumpaan kali ke 2 untuk tahun 2011. Turut hadir dlam majlis tersebut ialah YDP PIBG SKKK 1, Tn. Hj. Abd. Halim @Yunus b. Tahir. Taklimat bersama ibubapa disampaikan oleh Tn. Guru Besar SKKK 1 sendiri, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapannya, beliau benar-benar berharap agar ibubapa memberi perhatian kepada anak masing-masing menjelang peperiksaan  tidak lama lagi. Sokongan morol dan dorongan daripada semua ibubapa amat perlu bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian kecemerlangan murid-murid SKKK 1. 
Majlis yang diadakan ini adalah untuk mengambil kata sepakat antara ibubapa dan guru  (berpandukan keputusan UBB 3 baru-baru ini), dalam meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik murid-murid SKKK 1 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja. Dalam majlis yang diadakan pada hari ini ibubapa dan guru matapelajaran  berbincang mengenai pencapaian anak masing-masing bagi setiap mata pelajaran serta strategi yang akan diambil oleh pihak sekolah. Oleh itu besarlah harapan sekolah agar para ibubapa sentiasa memastikan anak-anak membuat latihan, kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta hadir kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. 

Jul 10, 2011

PERASMIAN PENUTUPAN BULAN SAINS DAN PERASMIAN BULAN BAHASA MELAYU

"Menggemilangkan Akademik"






10 JULAI 2011-Satu majlis 2 dalam 1 telah diadakan di tapak perhimpunan pagi SKKK 1 hari ini iaitu majlis perasmian penutup bulan Panitia Sains dan perasmian Bulan Panitia Bahasa Melayu SKKK 1 2011.Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh telah memotong Pulut Semangat sebagai simbol perasmian pembukaan bulan Bahasa Melayu. Beberapa persembahan daripada murid-murid tahap 1 dan 2 telah diadakan pada hari ini. Seterusnya pelbagai acara/program/aktiviti menarik akan diadakan sepanjang bulan Julai ini untuk disertai oleh semua murid SKKK 1. Antaranya tayangan perisian BTP untuk tahun 1,2 dan 3. Pertandingan berbalas pantun untuk tahun 4 dan 5. Aktiviti jualan akan turut diadakan untuk menambahkan dana panitia. Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan perasmiannya berharap agar semua murid SKKK 1 mengambil peluang menyertai semua aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan Julai ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta pengalaman yang sedia ada.

Jul 3, 2011

LARIAN 1MURID, 1SUKAN, 1MALAYSIA

"Menggemilangkan Akademik"





KOTA BHARU 2 JULAI 2011- Larian 1Murid, 1sukan, 1Malaysia telah turut disertai oleh seluruh warga SKKK 1 bermula jam 7.45 pagi. Semua warga sekolah telah berhimpun seawal 7.30 pagi untuk memulakan larian dengan melakukan sedikit senaman ringkas memanaskan badan, senamrobik. Larian tersebut diketuai oleh Tn. Guru Besar SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh serta penolong kanan, guru dan murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Semua peserta menamatkan larian sejauh 1.3KM selama lebih kurang 20 minit. Selepas acara larian murid-murid menyertai pertandingan futsal mengikut rumah sukan masing-masing dan seterusnya murid tahap 1 menyertai acara sukaneka. Acara padang di tamatkan lebih kurang jam 12.45 tgh. Sehubungan dengan ini Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan syabas kepada semua peserta yang turut menyertai larian 1Murid, 1Sukan 1 Malaysia yang mana merupakan salah satu aktiviti yang menyihatkan......Semoga larian ini dapat dijadikan slah satu acara tahunan dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.