GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 31, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


HARI KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN PPKI

30 OGOS, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Sekitar Program Hari ini di perkarangan Anjung MCN
Hari Kemahiran dan Keusahawanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kubang Kerian 1

Tarikh : 30 Ogos, 2018
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat : Anjung MCN SKKK1 
Aktiviti  : Pameran "BigBooks" cara-cara menyediakan Kek Coklat dan jualan pelbagai makanan serta minuman
Jualan : Kek Coklat, Kuih Tradisional Onde-onde, Aiskrim Malaysia, Sate Ikan, pelbagai minuman 

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru besar serta pentadbir SKKK1, semua warga kerja PPKI dan seluruh warga sekolah di atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung dari awal hingga akhir.















 

Aug 29, 2018

HARI KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN PPKI SKKK1



TARIKH : 30 OGOS, 2018
MASA : 9.00 PAGI - 1.00 TGH
TEMPAT : ANJUNG MCN SKKK1 
ANJURAN : PPKI SKKK1

PERLUMBAAN BASIKAL CIMB

29 OGOS, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1


Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Mohd Shariff Farhan bin Saiful Adli dari Kelas A6 Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI) SKKK1 kerana telah menjuarai Lumba basikal lebuhraya peringkat kebangsaan Anjuran CIMB di Ipoh, Perak pada 16 - 20 Ogos, 2018. Warga sekolah mendoakan semoga beliau terus cemerlang di masa hadapan dalam bidang yang di minati.

MTQ PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN

29 OGOS, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1





Tahniah kepada Muhammad Aiman Alif dari Kelas A6 Program Pendidikan Khas Interasi Masalah Pembelajaran SKKK1 kerana telah mengharumkan nama PPKISKKK1, mewakili PPDKB ke peringkat negeri dalam kategori Hafazan. Walaupun beliau tidak berjaya ke MTQ peringkat kebangsaan namun usaha gigih beliau amat dikagumi dan terpuji. Semoga beliau akan terus mengukir kecemerlangan semasa di sekolah menengah nanti. Tahniah juga kepada guru-guru PPKISKKK1 yang terlibat dan berjaya menguruskan pentas untuk pertandingan Hafazan MTQ Pendidikan Khas peringkat Negeri Kelantan.

AKTIVITI BERSAMA MAJALAH KUNTUM

29 OGOS, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1




 
Aktiviti murid-murid tahap 2 bersama Majalah Kuntum dan Maskot telah diadakan di Anjung MCN SKKK1 pada 27 Ogos, 2018. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang program berlansung. Kuntum adalah sebuah majalah pendidikan kanak-kanak yang diterbitkan dalam dwibahasa, sesuai sebagai bahan bacaan untuk pelajar sekolah rendah. Majalah ini pertama kali dilancarkan pada bulan Februari 1980 dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak Malaysia dalam pelbagai bidang, serta ia juga untuk menggalakkan minat membaca.

SELAMAT DATANG GURU BESAR SKKK1

29 OGOS, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Selamat datang Guru Besar, En. Mohd Zaidi bin Yusof (Guru Besar dari SK Kota, Kota Bharu) ke SKKK1 secara rasmi pada 26 Ogos, 2018 sebagai Guru Besar SKKK1 mengantikan Tn Hj Mohamed bin Che Noh yang telah bersara pada 25 Ogos, 2018 yang lalu. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan mengalu-alukan kedatangan Tn Guru Besar untuk mengetuai petadbiran pengurusan SK Kubang Kerian 1 yang baru.






Aug 15, 2018

MAJLIS LAMBAIAN KASIH JASAMU DI KENANG

15 OGOS, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1









 
 








Majlis Lambaian Kasih Jasamu Di Kenang sempena Persaraan Tn Guru Besar SKKK1, Tn Hj Mohamed bin Che Noh telah diadakan dengan penuh meriah. Majlis makan malam bersama Tn Guru Besar dan warga SKKK1 telah di adakan di Hotel Perdana Kota Bharu pada 13 Ogos, 2018 dan majlis lambaian kasih telah di adakan pada 14 Ogos, 2018 bertempat di SKKK1 dengan bertemakan Kesultanan Melayu @ Songket. 

Penyampaian surat perlantikan guru besar SKKK1 yang baharu En Mohd Zaidi dari SK Kota, Kota Bharu turut di adakan pada majlis makan malam tersebut. Surat perlantikan telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu Tn Hj Mohd Ezani bin Awang.
 
Sedikit Latar Belakang  dan perjalanan sebagai pendidik selama 37 tahun :-
  • Dilahirkan pada 15 Ogos, 1958 di Kg Kenali Kubang Kerian.
  • Mendapat pendidikan awal di SK Kubang Kerian 1 (Tahun 1- Tahun 6)
  • Meneruskan pendidikan menengah di SMK KUbang Kerian 1 (Ting 1 - Ting 5). SM Sultan Ismail Petra tahun 1976 - 1977 (Ting 6 bawah dan atas)
  • Meneruskan pengajian ke IPGM Kota Bharu 1979 - 1980.
  • Memperolehi Ijazah Pengurusan Pendidikan (UPSI 2005).
  • Memulakan tugas sebagai pendidik pada tahun 1981 SK Bertam.
  • SK Sultan Ismail 1 - 1984 - 1985.
  • SK Sultan Ismail 3 - 1989 sebagai PK Kokurikulum
  • SK Sultan Ismail 4 - 1994
  • SK Mentuan - 1995 sebagai PK Pentadbiran
  • SK Mentera - 1996 - 1997 sebagai Guru Besar
  • Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan - 1997 - 2003
  • SK Kubang Kerian 1 - 16 Mac 2003 hingga bersara 15 Ogos, 2018
Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bersara dan selamat berehat kepada Tn Guru Besar. Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan pada hari-hari seterusnya. Insyallah...


PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.