SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Jan 29, 2015

MAJLIS TAKLIMAT IBU BAPA DAN AKU JANJI

29 JANUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1







Majlis taklimat ibu bapa dan aku janji murid tahun 6 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Majlis di adakan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.45 tgh, dimulai dengan ucapan YDP PIBG SKKK1, Tn. Hj. Mohd Yunus @ Ab Halim b. Tahir. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengajak semua ibu bapa yang hadir pada hari ini agar sama-sama mengambil berat dan cakna terhadap perkembangan anak-anak samada dalam bidang akademik atau dari sosial. Cabaran mendidik anak-anak zaman kini jauh berubah jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Beliau juga turut menegaskan agar semua ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan pendidikan agama serta sentiasa mengamalkan bacaan Yassin secara berjemaah dirumah.

Seterusnya, Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya, beliau mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa pada hari ini dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama serta komitmen yang diberikan untuk sama-sama meningkatkan kecemerlangan anak-anak SKKK1. Tn. Guru Besar memaklumkan penyelaras UPSR pada tahun ini ialah Pn. Khuzaimah bt. Sulaiman, Setiausaha, En. Mohd Nazari b. Mohd Ali dan Bendahari, Pn. Ariza bt. Othman. Seterusnya beliau membentangkan program-program peningkatan UPSR yang telah disusun oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2015. 
Antaranya :-
  • Bacaan Al-Quran seawal 7.15 pagi setiap hari
  • Bacaan Yassin dan Solat Hajat pada hari Ahad
  • Majlis dialog ibu bapa dan aku janji
  • Kelas serambik 1.30 - 3.00 ptng (mulai Februari 2015)
  • Bimbingan rakan sebaya
  • Kem/klinik subjek
  • UBB1, UBB2, Percubaan 1, Percubaan 2
  • Program menghintung hari UPSR
  • Program cakna murid
  • Hadiah galakan
  • Majlis percambahan minda
  • Kelas anjal/intensif
  • Latih tub soalan
  • Santapan minda
  • Kem releks minda
  • Soalat hajat murid 41 hari
  • Solat hajat perdana bersama ibu bapa
  • Majlis restu ilmu
  • Kem motivasi pelajar
  • Talian info me
  • Pecutan akhir UPSR
  • Doa dan tawakal

Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi pelajar dan ibu bapa oleh En. Samsi b. Shamsudin dan majlis berakhir pada jam 12.45 tgh.

Jan 22, 2015

MAJLIS PERPISAHAN PN. NIK MASLIZA

22 JANUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1









Satu majlis perpisahan yang penuh meriah, sayu dan terharu telah berlangsung pada hari ini di Anjung Bestari SKKK1. Majlis yang penuh dengan air mata kesayuan ini di adakan khas sempena meraikan Cikgu Nik Masliza bt. Nik Muhammad yang menjawat jawatan baru dan akan bertugas di tempat baru sebagai Pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya. Jasa serta pengorbanan beliau selama lebih kurang 13 tahun mendidik anak-anak di SKKK1 akan sentiasa kekal di ingatan seluruh warga sekolah. Sehubungan dengan itu, seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah serta selamat bertugas di tempat baru dan usah sekali melupakan kami warga SKKK1. Dalam majlis ini juga ketua setiap panitia telah menyampaikan cenderahati senagai tanda kenang kenangan dan Pn. PK Hem telah menyarungkan sebentuk cincin sebagai tanda ingatan tulus ikhlas warga SKKK1 buat guru yang disayangi selalu.

Dalam majlis yang sama juga, Pn Nik Masliza sempat lagi menghadiahkan sebiji kek sempena hari ulang tahun kelahiran Cg. Mohd Izani. Tn. Guru Besar telah memotong kek dan menyuapkan ke Cg Izani sebagai tanda simbolik Selamat Hari Lahir. Kesempatan yang ada ini seluruh warga sekolah mengucapkan selamat hari lahir, moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmatNYA. Insyallah.

Majlis di akhiri dengan bacaan selawat secara beramai-ramai sempena bulan Maulidur Rasul.
Maulidul Rasul

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Maulidul Rasul

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

CERAMAH KESIHATAN SELEPAS BANJIR

21 JANUARI, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1





Satu ceramah kesihatan selepas banjir telah diadakan pada hari ini kepada semua murid tahap 2, tahun 4, 5 dan 6 oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Kubang Kerian. Aktiviti ini diadakan bagi memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khusunya dan warga sekolah amnya terutama dalam menjaga kesihatan selepas banjir.

Objektif Utama Program :-
  • Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling optima melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
  • Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul terutama menjaga kesihatan selepas banjir.
  • Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran kesihatan yang berkesan.
  • Memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah.

Jan 18, 2015

WARNA WARNI PERISTIWA PERHIMPUNAN PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2015

18 JANUARI, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1


 









Perhimpunan pertama sesi persekolahan 2015 telah diadakan pada pagi ini dengan diwarnai oleh pelbagai aktiviti dan peristiwa. Antaranya :-
1. Penyampaian Sijil Penghargaan Kem Penulisan Penulis Tunas Super Peringkat Kebangsaan 2014 kepada 5 orang murid SKKK1 yang telah mewakili sekolah dalam Kem tersebut.
2. Penyampaian Sijil Penghargaan Tokoh Murid Lelaki Penulis Tunas Super Peringkat Kebangsaan 2014 kepada salah seorang murid SKKK1 yang menyertai Kem tersebut pada Disember, baru-baru ini.
3. Penyampaian hadiah dan cendehati kepada semua murid tahun 1 yang telah memenangi beberapa acara yang telah diadakan sepanjang minggu teransisi pada seminggu yang lepas.
4. Penyampaian sumbangan derma kepada semua guru-guru SKKK1 yang telibat dengan banjir baru-baru ini, hasil kutipan derma daripada semua warga sekolah.

Dalam ucapan ringkas perhimpunan pagi ini, Tn Guru Besar telah memperkenalkan dan mengucapkan selamat datang kepada seramai 7 orang guru baru SKKK1 yang mula melaporkan diri pada awal tahun baru-baru ini. Beliau turut memaklumkan beberapa orang guru SKKK1 yang telah berpindah kesekolah lain awal tahun ini. Seterusnya beliau berharap agar semua murid dan guru akan sentiasa bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang dalam semua bidang yang diceburi disekolah . Insyallah.

Jan 14, 2015

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

13 JANUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2015 bagi SKKK1 telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung MCN, SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan. Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan berhemah dan menggunakannya untuk kebajikan pelajaran anak masing-masing. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKKK1, Tn, Hj. Abdul Halim @ Yunus b. Tahir.



Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2014 bagi SKKK1 telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung MCN, SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan. Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan berhemah dan menggunakannya untuk kebajikan pelajaran anak masing-masing. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian Timbalan Ketua UMNO Kubang Kerian.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2014 bagi SKKK1 telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung MCN, SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan. Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan berhemah dan menggunakannya untuk kebajikan pelajaran anak masing-masing. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian Timbalan Ketua UMNO Kubang Kerian.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2014 bagi SKKK1 telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung MCN, SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan. Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan berhemah dan menggunakannya untuk kebajikan pelajaran anak masing-masing. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian Timbalan Ketua UMNO Kubang Kerian.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2014 bagi SKKK1 telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung MCN, SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan. Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan berhemah dan menggunakannya untuk kebajikan pelajaran anak masing-masing. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian Timbalan Ketua UMNO Kubang Kerian.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2014 bagi SKKK1 telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung MCN, SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan. Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan berhemah dan menggunakannya untuk kebajikan pelajaran anak masing-masing. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian Timbalan Ketua UMNO Kubang Kerian.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Jan 12, 2015

SK KUBANG KERIAN 1 DI DADA AKHBAR

3 pasangan kembar teruja ke sekolah - Kelantan - Sinar Harian


KOTA BHARU - Satu sejarah tercipta di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1 apabila menerima tiga pasangan kembar mendaftar di darjah satu pada hari pertama sesi persekolahan 2015, semalam.

Lebih menarik, kesemua lapan daripada mereka adalah kembar seiras dan salah satu pasangan pula kembar tiga.

Ibu kepada kembar tiga, Che Ku Fazilah Che Ku Abdullah, 35 yang bertugas sebagai Juru X-Ray Hospital Universiti Sains Malaysia berkata, ketiga-tiga anak kembar perempuannya memeriahkan suasana seawal pagi di rumah.

“Mereka bangun pagi seawal 6 pagi dan seronok memakai seragam sekolah, malah saya sendiri terasa lucu mengingatkan mereka tidur lewat malam tadi kerana terlalu teruja untuk datang ke sekolah pagi ini (semalam)" katanya kepada pemberita, semalam.

Tiga kembar berkenaan, Wan Alya Syafiyah Wan Mohd Nor Azmi, 7, Wan Nisa Imana dan Wan Syasya Nasuha juga kelihatan gembira semasa dihantar bapa mereka, Wan Mohd Nor Azmi Wan Abdullah, 35, seorang pelukis pelan.

Berlainan pula bagi kembar, Asyraf Danial Zaidi, 7, dan adiknya Asyraf Danish Zaidi yang pandai berdikari dan gelagat mereka menjadi perhatian kerana berbadan agak gempal. Kedua-dua mereka sekelas dengan pasangan kembar satu lagi, Muhammad Hakimi Mohamed, 7 dan Muhammad Hakim yang ditempatkan di kelas 1 Cerdas dan pasangan kembar tiga perempuan ditempatkan di kelas 1 Cekap.

 

Jan 11, 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2015

11 JANUARI, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.....buat semua guru, murid serta warga SKKK1. Semoga tahun 2015 ini akan terus memberi kecemerlangan kepada semua murid dalam apa jua bidang yang diceburi seterusnya dapat mengemilangkan nama SKKK1 di puncak kejayaan. Bersama-sama ini dikongsi sedikit warna warni hari pertama persekolahan 2015.






Pasangan Kembar 2

Pasangan Kembar 3

Jan 1, 2015

MESYUARAT GURU SKKK1 2015

1 JANUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1


Mesyuarat guru SKKK1 kali pertama bagi sesi persekolahan 2015 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan SKKK1.Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh Ust Redhuan bin Mohamed memohon agar warga SKKK1 beroleh kesejahteraan sempena sambutan tahun baru 2015.Guru Besar SKKK1 Tn Hj Mohamed bin Che Noh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru  SKKK1 di atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang sesi persekolahan 2014 dalam bidang masing-masing.Tanpa kerjasama yang erat di kalangan warga SKKK1,tidak mungkin semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun ko kurikulum.

Mesyuarat Guru kali ini juga turut diselitkan dengan pelancaran"Tabung Mangsa Banjir" oleh Guru Besar SKKK1.Tabung mangsa banjir ini telah dianjurkan oleh unit kebajikan SKKK1 yang dipengerusikan oleh Cikgu Izani.Semoga tabung ini dapat meringankan beban warga SKKK1 yang terlibat dengan bencana banjir.

Mesyuarat ini ditangguhkan jam 12.45 tengahari dan disusuli dengan jamuan makan tengahari.
















SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015

1 JANUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Selamat menyambut tahun baru 2015 buat semua pengunjung blog SKKK1 yang amat disayangi dan dihormati. Semoga anda semua beroleh kebahagiaan dan keberkatan.Semoga pada tahun 2015 ini akan membawa sinar kebahagiaan dan kejayaan dalam apa jua yang anda lakukan. Segala azam serta impian akan dapat dizahirkan... dan semoga tahun ini semuanya akan lebih baik dari semalam...

"Selamat Menyambut
 Tahun Baru 2015"


PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.