GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 22, 2015

MAJLIS PERPISAHAN PN. NIK MASLIZA

22 JANUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1









Satu majlis perpisahan yang penuh meriah, sayu dan terharu telah berlangsung pada hari ini di Anjung Bestari SKKK1. Majlis yang penuh dengan air mata kesayuan ini di adakan khas sempena meraikan Cikgu Nik Masliza bt. Nik Muhammad yang menjawat jawatan baru dan akan bertugas di tempat baru sebagai Pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya. Jasa serta pengorbanan beliau selama lebih kurang 13 tahun mendidik anak-anak di SKKK1 akan sentiasa kekal di ingatan seluruh warga sekolah. Sehubungan dengan itu, seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah serta selamat bertugas di tempat baru dan usah sekali melupakan kami warga SKKK1. Dalam majlis ini juga ketua setiap panitia telah menyampaikan cenderahati senagai tanda kenang kenangan dan Pn. PK Hem telah menyarungkan sebentuk cincin sebagai tanda ingatan tulus ikhlas warga SKKK1 buat guru yang disayangi selalu.

Dalam majlis yang sama juga, Pn Nik Masliza sempat lagi menghadiahkan sebiji kek sempena hari ulang tahun kelahiran Cg. Mohd Izani. Tn. Guru Besar telah memotong kek dan menyuapkan ke Cg Izani sebagai tanda simbolik Selamat Hari Lahir. Kesempatan yang ada ini seluruh warga sekolah mengucapkan selamat hari lahir, moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmatNYA. Insyallah.

Majlis di akhiri dengan bacaan selawat secara beramai-ramai sempena bulan Maulidur Rasul.
Maulidul Rasul

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Maulidul Rasul

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.