GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 29, 2016

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN 1437H

RABU 29 JUN 2016 - SK KUBANG KERIAN 1


 



Majlis penutup Ihya Ramadhan 1437H peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini. Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ridzuan, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Azman selaku penyelaras program atau aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini. Seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh, Guru Besar SKKK1. Dalam ucapan perasmiannya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan serta warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan setiap program atau aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga segala penat lelah serta pengorbanan yang telah dicurahkan seanjang melakasanakan aktiviti akan mendapat balasan keberkatan yang setimpal dari Allah SWT. Insyallah.

Sejurus selepas ucapan perasmian, tuan guru besar menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam setiap aktiviti yang telah diadakankan. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam setiap program atau acara yang dipertandingkan. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Insyallah.

MAJLIS PEMBAHAGIAN WANG ZAKAT 2016






Majlis pembahagian wang zakat daripada Bank Rakyat Cawangan Kubang Kerian telah diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Bilik Gerakan SKKK1 melibatkan 100 orang murid dari keluarga miskin yang layak. Pembahagian wang zakat ini telah disempurnakan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kubang Kerian. 

Dalam majlis yang sama juga turut disampaikan sumbangan pakaian daripada seorang penderma dan sumbangan wang tunai hasil daripada pungutan derma dari warga SKKK1 turut diagihkan kepada keluarga yang layak. Dalam majlis tersebut Tn. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sumbangan dan menjayakan majlis pada hari ini. Ucapan terima kasih ini mewakili pihak keluarga murid-murid yang terlibat hari ini.

Jun 19, 2016

AKTIVITI PERHIMPUNAN PAGI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

19 JUN 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





Perhimpunan pagi kali ke 2 di bulan Ramadhan ini di telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid dalam yang  telah berjaya dalam beberapa kategori. Antaranya penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid yang telah mewakili SKKK1 dalam pertandingan bola sepak bawah 12 tahun  yang telah diadakan sebelum Ramadhan baru-baru ini.

Seterusnya penyampaian wang zakat daripada  Syarikat Jakel kepada anal-anak yatim dan murid-murid miskin SKKK1 yang layak. 

Dalam majlis yang sama juga turut di sampaikan sijil penghargaan dan sedikit cenderahati kepada murid-murid tahun 6 yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas pencapaian yang cemerlang dan semoga dapat mengekalkan kecemerlangan sehingga peperiksaan UPSR akhir tahun nanti.Insyallah

Jun 13, 2016

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1437H

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"




Majlis pelancaran Ihya Ramadhan 1437H telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh  Guru Besar SK Kubang Kerian 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. 

Matlamat utama program atau aktiviti yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadhan ini ialah untuk menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapat.

Objektif Program :-
  • Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al-Mubarak.
  • Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukurawi.
  • Melahirkan rasa syukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta bersimpati memberi sumbangan untuk  mereka yang kurang bernasib baik.
  • Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan. 

Aktiviti Ihya'
  • Halaqah
  • Masih ada yang sayang
  • Ar-risalah
  • Kuiz
  • Huffaz muda
  • Scrap book
  • Da'ie cilik
  • Fazakkir
  • Ibrah Nuzul Al-Quran
  • Diorama eid fitri
  • Tanyalah ustaz
  • Majlis perasmian musolla Al-Fateh

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.