GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 28, 2015

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH TG HANARIAH BT RAJA HASSAN

SK KUBANG KERIAN 1- 28 MEI 2015

Jasamu Dikenang... hari ini SKKK1 telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi dan komited.Beliau yang dimaksudkan ialah YM TG Hanariah bt Raja Hassan.Majlis Persaraan Ustazah Tengku Hanariah telah diadakan di Anjung Bestari pada jam 10 pagi yang telah disaksikan oleh semua warga SKKK1.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairi dan diikuti oleh ucapan Tn.Guru Besar,YDP PIBG dan disusuli dengan ucapan yang diraikan.Majlis diselitkan dengan acara nyanyian oleh adik Nur Atiqah Filzah.Majlis berlangsung secara sederhana tetapi meriah.Acara kemuncak dalam majlis tersebut iailah acara menyarung cincin dan jamuan makan.Selamat Menempuh Alam Persaraan.Seluruh warga SKKK1 mendoakan agar YM Tengku dapat menempuh hari-hari berikut dengan bahagia di samping keluarga tersayang.















PERHIMPUNAN MINGGUAN

SK KUBANG KERIAN 1 - 28 MEI 2015

Perhimpunan mingguan pada hari ini dimulai seawal 7.45 pagi di Anjung MCN.Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan ucapan guru besar.Majlis diterukan lagi dengan pelbagai acara penyampaian hadiah yang tertangguh sepanjang bulan Mei ini iaitu hadiah competion Bahasa Inggeris antaranya,choral speaking,story telling,action song dan poetry.SK Kubang Kerian 1 telah mewakili acara poetry story telling dan poetry antara QIT yang telah berlangsung di SK Kampung Sireh pada minggu lepas.

           Dalam kejohanan tenis peringkat MSSM,SK Kubang Kerian 1 amat berbangga dengan kejayaan murid SKKK1 yang telah mendapat tempat ketiga dalam acara tenis peringkat negeri.Tahniah pada adik Najmi dan Widan yang telah memenangi tempat ketiga dalam acara beregu lelaki bawah 12 tahun dan adik Najmatul Thahirah dan Farhatul Wahidah yang turut mendapat tempat ketiga dalam acara beregu perempuan bawah 12 tahun.

              Seterusnya dalam bidang akademik pula seramai 5 orang murid tahun 6 telah berjaya mendapat 5 A dalam peperiksaan pertengahan tahun pada minngu lepas.Hadiah berupa sijil dan bedge turut diberikan pada murid tersebut.






































PROGRAM SINAR HARIAN BERSAMA DUTCH LADY DI SKKK1

SK KUBANG KERIAN 1 - 27 MEI 2015

Syarikat Yeo's bersama Sinar Harian telah menjalan tanggungjawab sosialnya bersama murid-murid SKKK1.Program selama separuh hari ini telah dijalankan dengan jayanya diAnjung Bestari SKKK1.
Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut antaranya kuiz dan jawapan spontan.Peserta yang berjaya akan diberikan hadiah oleh pihak penaja.Diakhir program ini semua murid dibekalkan dengan hadiah percuma iaitu air yogurt Yeo's dan akhbar Sinar Harian.











PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.