GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 28, 2015

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH TG HANARIAH BT RAJA HASSAN

SK KUBANG KERIAN 1- 28 MEI 2015

Jasamu Dikenang... hari ini SKKK1 telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi dan komited.Beliau yang dimaksudkan ialah YM TG Hanariah bt Raja Hassan.Majlis Persaraan Ustazah Tengku Hanariah telah diadakan di Anjung Bestari pada jam 10 pagi yang telah disaksikan oleh semua warga SKKK1.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairi dan diikuti oleh ucapan Tn.Guru Besar,YDP PIBG dan disusuli dengan ucapan yang diraikan.Majlis diselitkan dengan acara nyanyian oleh adik Nur Atiqah Filzah.Majlis berlangsung secara sederhana tetapi meriah.Acara kemuncak dalam majlis tersebut iailah acara menyarung cincin dan jamuan makan.Selamat Menempuh Alam Persaraan.Seluruh warga SKKK1 mendoakan agar YM Tengku dapat menempuh hari-hari berikut dengan bahagia di samping keluarga tersayang.















No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.