SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Feb 24, 2013

MODUL LITERASI DAN NUMERASI TAHUN 3

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

Bersama-sama ini dikongsi link MODUL TAHUN 3  untuk rujukan bersama

1. Modul Guru Literasi Tahun 3
http://www.mediafire.com/?yp1uhivbmuy787r
2. Modul Guru Numerasi Tahun 3
http://www.mediafire.com/?b8gr74ft9cxpftu
3. Modul Murid Numerasi Jilid 1
http://www.mediafire.com/?2dgnlic571jcp5d
4. Modul Murid Numerasi Jilid 2
http://www.mediafire.com/?ikip90rdyv2wyey

Maklumat diperolehi daripada :- http://fasilinusppdbp.blogspot.
Terima kasih.


Feb 21, 2013

AKTIVITI AMAL DAN MENGUNTING RAMBUT

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

21 FEBRUARI 2013  - SK KUBANG KERIAN 1




Seramai 12 orang tukang gunting dari Pusat Giat Mara Kota Bharu yang menjalani latihan praktikum telah bermurah hati mengunting rambut murid-murid SKKK1 seramai lebih kurang 100 orang. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid miskin dan murid-murid yang berambut panjang dari tahun 1 hingga tahun 6.

MAJLIS MENANDATANGANI AKTIVITI TERAPI BERSAMA YOKUK

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

KHAMIS 21 FEBRUARI 2013
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU.



 Aktiviti Terapi Renang 2012

Majlis menandatangani menjalankan aktiviti terapi murid-murid PPKI SKKK1 bersama YOKUK tahun 2013 telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan. Majlis ini telah dihadiri oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas SKKK1, En. Che Azhar b. Che Ismail. Antara aktiviti terapi yang akan di jalankan pada tahun ini ialah terapi berkuda, terapi air atau renang dan terapi pasir. Semua murid-murid PPKI SKKK1 akan terlibat dengan aktiviti terapi yang telah dirancang bersama YOKUK. Semua guru, PPM serta pakar terapi YOKUK akan berkerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang ini setiap hari Selasa sepanjang tahun 2013. Terapi renang pertama tahun 2013 akan diadakan pada 26 Februari 2013 (Selasa) bertempat di Kolam Renang Perdana Resort PCB Kelantan.

Feb 17, 2013

KEJOHANAN TENIS REMAJA MONTHLY MEDAL 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

17 FEBRUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1




Kejohanan Tenis Remaja Monthly Medal 2013, anjuran PTK, MSSD Kuala Krai dan MSSK telah diadakan pada 1 - 2 Februari 2013. Salah seorang murid SKKK1, iaitu adik Ahmad Najmi Imran telah mewakili SKKK1 untuk menyertai pertandingan tersebut dan beliau telah di nobatkan sebagai Johan dalam kategori Bawah umur 10 tahun. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah di atas pencapaian beliau dan semoga beliau akan terus mencatat kejayaan dari semasa ke semasa. Penolong Kanan Kokurikulum, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail, menyampaikan sijil penghargaan dan madle kepada beliau di medan perhimpunan pagi Ahad.

Feb 7, 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

7 FEBRUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis sambutan Maulidur Rasul 1434H (2013) peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada hari ini dengan Tema ' WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH' bermula jam 7.30 pagi. Semua guru dan murid SKKK1 telah berarak mengelilingi  kawasan sekitar kampung yang berhampiran dengan sekolah sejauh lebih kurang 2KM. Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang majlis pada hari ini ialah :

  • Ceramah dan Tayangan Video Maulidur Rasul
  • Persembahan bercerita kisah-kisah Nabi
  • Selawat beramai-ramai
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan melukis poster
  • Pertandingan buku skrap



Sehubungan dengan itu dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada tahun ini. 

Feb 2, 2013

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

2 FEBRUARI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Kem Bestari Solat Tahap 2 bagi murid-murid SK Kubang Kerian 1 telah diadakan dengan jayanya pada dua hari berturut-turut Jumaat dan Sabtu, 1 Feb - 2 Feb 2013. Semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6 di wajibkan hadir untuk mengikuti kem tersebut. Kem Bestari Solat yang di adakan ini merupakan salah satu program anjuran Panitia Agama Islam dan j-Qaf SKKK1 yang diadakan beberapa kali dalam setahun. Secara amnya Kem Bestari Solat merupakan aktiviti yang dilaksanakan dalam memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan.  






Antara objektif lain Kem Bestari solat ini diadakan adalah untuk:-
  • Menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah. 
  • Menyatakan antara muafik dan masbuk. 
  • Membaca dan menghafaz surah al-qariah, al-adiat dan al-zalzalah dengan betul dan lancar. 
  • Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan wudu dan solat. 
  • Mendirikan solat dengan sempurna
  • Melafazkan azan dan iqomah
Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh semasa memantau perjalanan program ini selama 2 hari, beliau berharap program yang diadakan ini memberi kesan positif dan  berkesan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam melaksanakan tanggungjawab fardu ain yang diperintahkan Allah. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Kem Bestari Solat pada kali ini. Insyallah program seperti ini akan diadakan lagi pada masa-masa yang akan datang. Insyallah

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.