GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 31, 2019

MAJLIS JASAMU DI KENANG

31 JANUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Persaraan En Wan Ab. Hafiz bin Wan Zakaria
Tarikh : 30 Januari 2019
Tempat : Restoran Teguh Kota Bharu Kelantan
Masa : 1.15 tgh - 2.30 ptg

Semua guru dan kakitangan sekolah hadir memeriahkan majlis Jasamu Di Kenang. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bersara dan semoga diberi kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga hendaknya.








Jan 29, 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

29 JANUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1









Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan bagi tahun 2019 telah diadakan dengan jayanya pada Isnin 28 Januari 2019 melibatkan 657 orang murid. Majlis telah dirasmikan oleh En Che Basri bin Mohamad Nor Penyelia Pendidikan Pengurusan Peperiksaan PPD KB.

Jan 23, 2019

GURU BERTUGAS MINGGUAN


KEJOHANAN MERENTAS DESA 2019

23 JANUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2019

Tarikh : 23 Januari 2019
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh
Semua murid SKKK1 terlibat dalam kejohanan ini.
Tahniah kepada semua pemenang serta sekalung penghargaan tahniah juga buat semua murid yang mengambil bahagian pada hari ini.

 



 
 








 
 

Jan 20, 2019

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6

20 JANUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1







 
Majlis perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun 6 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh. Dalam majlis tersebut turut diadakan ceramah motivasi untuk murid-murid serta majlis aku janji dengan disaksikan oleh semua ibubapa yang hadir pada hari ini. Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan dapat meluangkan masa bersama-sama pada hari ini dalam majlis yang penting untuk kecermelangan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada akhir tahun ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru SKKK1 yang sentiasa memberi komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam mendidik anak-anak SKKK1. Beliau berharap semoga kecemerlangan anak-anak SKKK1 dalam bidang Akademik dan juga Kokurikulum akan terus berkekalan untuk tahun ini juga tahun-tahun seterusnya. Insyallah.

Jan 17, 2019

GURU BERTUGAS MINGGUAN


MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG 2019

17 JANUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1






Majlis Penutup Program Transisi dan Guru PenyayangTahun 1 2019 telah diadakan dengan meriahnya pada hari ini bertempat di Anjung MCN. majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof. Majlis diserikan dengan beberapa persembahan dari murid-murid tahun 1 dan penyampaian hadiah bagi acara-acara yang telah dijalankan sepanjang minggu transisi 2019.

Jan 12, 2019

GURU BERTUGAS MINGGUAN


SOLAT HAJAT AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

12 JANUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1






Majlis Solat Hajat Awal Tahun Persekolahan 2019 telah diadakan dengan jayanya pada 10 Januari 2019 bertempat di Musalla SKKK1. 

SELAMAT DATANG

12 JANUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1






Seluruh warga sekolah mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang serta selamat bertugas kepada Penolong Kanan Pentadbiran baru En Maliki bin Muhammad ke SKKK1, bersama-sama bekerjasama, mengembelingkan tenaga untuk kejayaan anak-anak didik SKKK1. Insyallah.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.