GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 25, 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI 2017 DAN PERASMIAN TAMAN ANUGERAH PPKI

25 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
 
 
 

Majlis sambutan hari lahir murid PPKI untuk tahun 2017 telah diadakan dengan penuh meriah sekali. Majlis sambutan pada kali ini turut di bantu oleh beberapa orang guru praktikum dan guru internship IPG Kota Bharu. Majlis telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn Hj Mohamed bin Che Noh. Dalam majlis yang sama juga Tn guru besar turut merasmikan Taman Anugerah PPKI yang telah disediakan dengan kerjasama guru-guru PPKI dan guru internship IPGKB. 

Dalam ucapan ringkasnya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah diatas kerjasama padu PK Pkhas,  guru-guru PPKI, guru-guru internship dan guru-guru praktikum IPG KB sehingga dapat menjayakan majlis hari jadi untuk murid-murid PPKI yang penuh meriah dan dapat menghasilkan sebuah taman yang cantik, sesuai untuk anak-anak PPKI dan menghasilkan sebuah lanskap yang begitu cantik, berubah wajah dalam jangka waktu yang singkat. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin majlis dan taman dapat dihasilkan dengan begitu baik sekali.

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH

25 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
 
 
 

Sambutan ambang merdeka 2017 telah diadakan dengan meriahnya pada 24 Ogos, 2017 bertempat di Anjung MCN SKKK1. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang sambutan tersebut. Turut hadir dalam  tersebut majlis ialah YDP PIBG SKKK1, Tn Hj. Mohd Yunus @ Abd Halim bin Tahir.

Aug 23, 2017

PROGRAM AMBANG MERDEKA PPKI SKKK1

23 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1










Program Ambang Merdeka peringkat PPKI telah diadakan dengan jayanya pada 22 Ogos, 2017. Program ini tidak dijalankan bersama-sama murid arus perdana kerana pada tarikh yang sama murid-murid arus perdana menduduki ujian bulanan dan masalah kekangan masa kerana beberapa aktiviti PPKI perlu dijalankan segera. Beberapa aktiviti ringkas telah diadakan pada hari tersebut, antaranya :-
1. Nyanyian lagu Negaraku
2. Nyanyian lagu 31 Ogos
3. Nyanyian lagu-lagu patriotik
4. Pertandingan mewarna mengikut tahap (tema kemerdekaan)
5. Pembentangan hasil kerja PASR pelajar-pelajar yang menduduki PASR 2017
6. Tayangan video (tema kemerdekaan)

Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Pn. Hjh. Noraini bt Abdullah dan penyampaian hadiah telah disempurna oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar bin Che Ismail.

Aug 21, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

21 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 


Penyampaian Hadiah dan Sijil Pertandingan Idola Nilam Peringkat PPD Kota Bharu / PKG 2017/2018.
Tarikh berlangsung : 8 Ogos, 2017
Tempat : SMK Tanjung Chat

Murid Terlibat :

Wan Nur Farhanah bt Wan Amir Nizam
Tempat Ke 5 (Bahasa Inggeris)

Vadina bt Abd Halim
Tempat ke 3 (Bahasa Melayu)

Penyampaian  Hadiah dan Sijil Kejohanan Taekwando (WTF)
(Gerak Langkah)
Jemputan Sekolah-sekolah, IPTA Negeri Kelantan Kali 1
Tempat : Dewan Badminton USM
Tarikh : Sabtu (19 Ogos, 2017)

Murid Terlibat:
Wan Ahmad Iqram bin Wan Mohd Nasruddin (Perak)
Muhammad Ammar Safwan bin Mohamad (Gangsa)

Aug 13, 2017

HARI TERBUKA SKKK1 2017

13 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Tarikh : 12 Ogos, 2017 
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Hari terbuka SK Kubang Kerian 1, telah diadakan dengan jaya dan meriahnya bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang karnival. Antaranya permainan soopa Doopa, bola gergasi, rumah puaka, motor dan kereta bateri, gerai jualan dan pelbagai aktiviti permainan. Pertandingan nyanyian bintang kecil turut diadakan melibatkan 15 orang peserta yang mengambil bahagian. 

Dalam ucapan alu-aluan, Tn Guru Besar Tn Hj. Mohamed bin Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan, para ibu bapa, PIBG,  semua pengunjung dan semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sehingga berjaya mengadakan Karnival SKKK1 yang begitu meriah. Semoga karnival seperti ini akan diadakan lagi pada tahun-tahun seterusnya untuk mengutip dana tabung PIBG SKKK1. Semua keuntungan daripada karnival ini akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG SKKK1 untuk kegunaan menjalankan aktiviti melibatkan anak-anak SKKK1. Terima kasih sekali lagi untuk semua yang sudi memeriahkan hari terbuka SKKK1 pada hari ini.











Aug 11, 2017

HARI TERBUKA SK KUBANG KERIAN 1*

#PENGUMUMAN 🔥
#12 OGOS 2017🔥
#SABTU🔥
👍
8.30 Pagi – 6.00 Petang




_SENARAI AKTIVITI DAN ACARA_
• GERAI JUALAN
• PHOTO BOOTH
• JUMPA MATA DENGAN GURU
• MEJA KORPORAT
• SOOPA DOOPA
• GIANT BALL
• BELON GERGASI
• KASUT RODA
• KERETA DAN MOTOR BATERI
• RUMAH HANTU
• DART CORNER
• BECA CANTIK
• 5 MASKOT ANIMASI TERKENAL
• PERTANDINGAN NYANYIAN BINTANG KECIL
• PERSEMBAHAN TOMOI KANAK-KANAK
• DIKIR BARAT MURID SKKK1
• TARIAN KEBUDAYAAN
• PERSEMBAHAN KHAS GURU-GURU

👍👍👍
LOKASI – SK KUBANG KERIAN 1 🔰
NAK BUKA GERAI BOLEH KE?
Ya. Ambillah peluang untuk menjana pendapatan LUMAYAN pada HARI TERBUKA SKKK1 nanti dengan menjadi sebahagian daripada kami. Pasarkan apa sahaja produk anda DISINI. Lot-lot gerai adalah terhad.
Maklumat lanjut ???
WHATSAPP URUSETIA (CIKGU YUSRI )
017-9766647
Klik utk terus whatsapp

www.wasap.my/60179766647
*BAGAIMANA NAK BELI KUPON?*
KUPON BERHARGA RM7 DAN RM30 BOLEH DIBELI PADA HARI TERSEBUT ATAU HUBUNGI URUSETIA (CIKGU ZURA) UNTUK TEMPAHAN. BELI SEGERA SEBELUM KEHABISAN.

www.wasap.my/60199121440
KENAPA MAHAL SANGAT SAMPAI RM30?
JIKA ANDA BELI KUPON BERHARGA RM30, ANDA LAYAK UNTUK MEMILIH *7 JENIS PERMAINAN* LEBIH DARI 10 PERMAINAN YANG DITAWAWRKAN . SETIAP PERMAINAN CUMA BERHARGA RM4.28 JIKA BELI KUPON RM30. JIMAT KAN??? 🤗🤗🤗
KUPON INI JUGA BOLEH DIKONGSI GUNA.
JOM PAKAT MARI BELAKO DEH....

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.