GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 30, 2010

::Skkk1 Juara Malaysia Cybergames Festival 2010::

 SkKubang Kerian 1-30 Mei 2010-telah menyertai "Malaysia Cybergames Festival 2010" yang julung-julung kalinya diadakan di bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan( BTPN ).Setelah berusaha bertungkus lumus,bertarung dengan 29 buah sekolah  dari seluruh negeri Kelantan,Skkk1 telah dinobatkan senagai johan peringkat negeri Kelantan dengan pungutan markah sebanyak 35 000.Kemenangan ini merupakan suatu hadiah yang tidak terperi besarnya bagi setiap peserta yang merupakan pasukan Cybergames sekolah.Kesemua peserta telah dihantar dan dijemput oleh ibubapa masing-masing ke pertandingan itu dan dapat sama-sama berkongsi kemenangan Pertandingan ini telah  dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, PPAK dan beberapa agensi yang berkaitan ICT negeri kelantan.Kemenangan ini telah melayakkan pasukan Cybergames Skkk1 mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.Pertandingan bagi merebut juara kebangsaan akan dilangsungkan di Cyberjaya pada bulan September 2010 nantiTahniah buat peserta yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan jangan lupa teruskan usaha,giatkan latihan di rumah maupun sekolah bagi menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan nanti.
         Para ibubapa dan murid-murid hendaklah sentiasa sedar bahawa tujuan festival ini adalah antara lain ,bagi menonjolkan imej positif terhadap  permainan komputer di kalangan murid sekolah. Selain menikmati keseronokan bermain permainan komputer; murid, guru dan ibu bapa akan diberi pendedahan tentang kebaikan permainan komputer dalam proses pendidikan anak-anak. Maklumat ini penting kepada guru dan ibu bapa dalam memilih permainana komputer yang sesuai dengan murid dan anak-anak mereka.Semoga dengan kejayaan yang diperolihi ini akan lebih memberi insprisi kepada murid-murid dalam memilih permain berkomputer yang betul dan berunsur pendidikan.
 Para peserta bergambar kenangan sewaktu baru tiba....bersama guru pengiring,Pn.Wan Ramlah dan En.Mohd Ruiz
Bergambar kenangan di atas pentas bersama Pengarah BTPN,Wakil Kerajaan Negeri kelantan,Wakil Pengarah JPN,dan Pengarah Cyberview
Sewaktu menerima hadiah .....Tahniah!!!
Imbas kembali....sengit bertarung merebut kejuaraan....

May 26, 2010

::Temasya Sukan Tahunan 2010 - Hari Ke 2 ::

Sk.Kubang Kerian1-26 Mei 2010 adalah merupakan hari ke dua temasya Sukan Tahunan bagi murid-murid Skkk1.Pada hari ini acara padang bagi murid-murid Prasekolah,Pra integrasi,Pendidikan Khas,murid Tahap 1 telah dipertandingkan di sebelah pagi.Manakala acara-acara padang bagi Tahap 2 dan acara balapan dipertandingkan pada sebelah petang.Sukan tahunan pada kali ini berjalan dengan begitu baik lantaran cuaca yang baik,tidak panas dan tidak pula hujan.Pasukan pancaragam yang diundang khas dari Maktab Sultan Ismail menambahkan kemeriahan majlis temasya sukan tahunan pada kali ini.Pasukan silat tari telah memulai acara penyambut tamu bagi meraikan dif-dif kehormat,disusuli dengan tarian "Cuti-cuti malaysia oleh kumpulan pocho-pocho di bawah pimpinan Puan Nik Masliza Nik Hasssan.
     Keputusan pertandingan adalah seperti di bawah:
 Acara padang dan balapan:
Tempat pertama : Rumah Merah - dengan markah 506
Tempat ke dua    : Rumah Hijau  - dengan markah 438
Tempat ke tiga     : Rumah Biru    - dengan markah 406
Tempat ke empat : Rumah kuning - dengan markah 325.

Pertandingan Perbarisan
Tempat pertama ; Merah
tempat ke dua    : Biru
Tempat ke tiga   : Kuning
Tempat ke empat : Hijau

Pertandingan Khemah
Tempat pertama : Merah
Tempat ke dua   : Kuning
Tempat ke tiga   : Hijau
Tempat ke empat : Biru

Olahragawan Skkk1 pada tahun ini disandang oleh peserta dari Rumah Merah,manakala olahragawati pula disandang oleh peserta dari Rumah Biru.tahniah bagi pasukan yang berjaya dan cuba lagi bagi pasukan yang kurang berjaya.Apa pun sukan adalah pertandingan yang sihat....Jdikan ianya sebagai dorongan untuk bertanding ke arah kebaikan,bukan ke arah permusuhan.....
 Pk Pen Khas sedang menyemak acara yang akan dipertandingkan
Tuan Guru Besar,Puan PK1 dan Ketua Unit Sukan PPd Kota Bharu sedang melawat khemah..
Penyampaian hadiah oleh Pk.Ko Skkk1
kemeriahan sukan tahunan terpancar....
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang...

May 25, 2010

::Temasya Sukan Tahunan 2010::

 Sk.Kubang Kerian1-25 dan 26 Mei 2010 adalah merupakan temasya Sukan Tahunan bagi murid-murid Skkk1.Pada hari ini.25 Mei 2010,ujian saringan bagi acara padang seperti lompat tinggi,lompat jauh,lri berpagar,dan balapan telah selasai dijalankan bagi murid-murid tahap 2.acara-acara kemuncak yang seterusnya akan dijalankan besok.Acara akan dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan dijangka akan berakhir jam 6.00 petang.Pihak pngurusan sukan tahunan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Skkk1 yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan sukan tahunan ini.
 Para hakim sedang diberi taklimat oleh penyelaras acara padang...En.Zuki Ghani
Penerangan kepada hakim-hakim lompat jauh oleh En.Zahir
Peserta lompat jauh sedang beraksi...
Para pencatat sedang bersiap sedia untuk mencatat mata yang dipungut oleh para pemain

May 24, 2010

::Story Telling::

Sk.Kubang Kerian1-24 Mei 2010,Satu persembahan "Story Telling"oleh Fun Choice Enterprice telah diadakan dalam satu perhimpunan khas.Program ini diadakan khas untuk galakan membaca sebagaimana slogannya "reading is fun".Murid-murid dipersembahkan dengan satu story telling yang menarik oleh wakil Fun Choice,Miss Vinney dan dan Miss Swee Nee.Di akhir persembahan, wakil Fun Choice ini telah memperkenalkan bahan bacaan dalam Bahasa inggeris yang sesuai dibaca oleh murid-murid tahap 1.Dengan persembahan yang telah dibuat oleh mereka berdua,nampaknya murid-murid Skkk1 sangat tertarik dan jika program-program sebegini diteruskan oleh guru-guru Skkk1,maka rasanya budaya membaca dapat dipupuk di kalangan murid dari semasa ke semasa.
 Wakil Fun Choice sedang mengadakan persembahan mereka....sangat menghiburkan....
Suasana di perhimpunan...semasa aktiviti story telling sedang berlangsung.....

May 23, 2010

"Malaysia Cybergames Festival 2010"

Sk.Kubang kerian1- 23 Mei 2010,Puan PKP sedang memberi talklimat mengenai pertandingan "Malaysia Cybergames Festival 2010"kepada bakal peserta yang terpilih untuk menyertai pertandingan itu yang dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, PPAK dan beberapa agensi yang berkaitan ICT di negeri ini akan menganjurkan festival permainan komputer berbentuk pendidikan kepada murid-murid sekolah rendah.

Tujuan festival ini antara lain menonjolkan imej positif kepada permainan komputer di kalangan murid sekolah. Selain menikmati keseronokan bermain permainan komputer; murid, guru dan ibu bapa akan diberi pendedahan tentang kebaikan permainan komputer dalam proses pendidikan anak-anak. Maklumat ini penting kepada guru dan ibu bapa dalam memilih permainana komputer yang sesuai dengan murid dan anak-anak mereka.
    Para peserta yang terpilih dikehendaki hadir ke tempat pertandingan bersama ibu atau bapa atau penjaga mereka sendiri demi merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin mendedahkan games pendidikan ini kepada para ibubapa.Maklumat mengenai pertandingan ini adalah seperti di bawah:
Pertandingan Malaysia Cybergames Festival 2010
Peringkat Negeri Kelantan

Tarikh : 30 Mei 2010
Pendaftaran : 7.30 pagi
Tempat : BTPN Kelantan


Sekolah yang menjadi JOHAN pertandinganakan mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan pada Og0s 2010..........Dipetik daripada: http://akademik2u.blogspot.com/


 Para peserta sedang mendengar taklimat daripada  PKP,Puan Hjh Wan Rosnani Wan Hamat

::Skkk1 Johan Bercerita Tahap 1::

Sk.Kubang Kerian 1-23 Mei 2010,adik Atikah Bt.mohd Nasarudin telah menerima hadiah daripada pihak sekolah lantaran beliau telah dinobatkan sebagai juara bercerita tahap 1.Beliau telah mengalahkan wakil dari 7 QIT yang dipertandingkan pada 20 Mei 2010 yang diadakan di Sk.Tiong.Tempat ke dua dimenangi oleh Sk.Padang Mokan ( QIT Melor) dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Sk.Tiong ( QIT Salor).
Adik Atikah akan mewakili PPD Kota Bharu ke peringkat Negeri Kelantan.beliau akan berentap pada 26 Mei 2010 bagi merebut juara peringkat negeri Kelantan.Pertandingan itu dijangka akan diadakan di Sk.kangkung,Pasir Mas,Kelantan.Semoga Adik Atikah akan beroleh kemenangan dan bakal mengharumkan nama Skkk1,seterusnya mengharumkan nama PPD Kotra Bharu.
Adik Atikah sedang menerima hadiah daripada Puan PKP Skkk1
Puan PKP bersama Adik Atikah dengan hadiah yang diterima......

May 19, 2010

::Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah::

       Tanggal 18 Mei 2010-Sk.Kubang Kerian 1 telah mengadakan sambutan "Hari Guru "peringkat sekolah.Acara dimulakan dengan perhimpunan di Dewan MCN memandangkan tapak perhimpunan.digenangi air ,kesan daripada hhujan semalam.Majlis dimulakan bacaan doa,nyanyian lagu Negaraku,diikuti dengan dengan ucapan Tuan Guru Besar,kemudian gueu-guru Skkk1 sama-sama menyanyikan  lagu" Guru Malaysia"diikuti dengan lagu tema"Guru Pembina negara Bangsa". Selepas sahaja acara nyanyian beramai-ramai oleh guru,satu pertandingan menyalin pakaian wanita kepada guru lelaki telah diadakan.Empat kumpulan masing -masing berlumba menyalin pakaian.permainan ini diadili oleh Tuan Guru Besar.Suasana menjadi begitu hangat dan riuh-rendah dengan hilai tawa para guru dan juga murid memandangkan permaian ini amat lucu sekali.
         Acara diteruskan lagi dengan perlawanan bola tampar antara pasukan merah,Hijau ,Kuning dan Biru.Seterusnya acara padang diteruskan dengan perlawanan bola tampar antara rumah sukan.Selpas penat bermain,guru dan murid-murid dijamu dengan makan tengah hari.Acara pada hari ini berjalan dalam suasana yang begitu meriah.Murid-murid dan guru -guru di Skkk1 sangat terhibur......
 Perutusan hari Guru KPM yang dibawa oleh Tuan Hj.Hilmi selaku PK Ko Skkk1 pada hari Ahad 16 Mei 2010 baru-baru ini
Perihatin..Puan PKP sempat membelai murid istimewa tahun 6 sebelum acara bermula..
Ucapan khas daripada Tuan Guru Besar sempena sambutan hari Guru...

Nyanyian lagu Guru Malaysia oleh guru-guru Skkk1
Acara" pakai baju perempuan"oleh guru-guru lelaki

May 18, 2010

skkk1-guru msia.flv


Untuk tatapan seluruh warga Skkk1 dan warga guru walau di mana anda berada....".Selamat Hari Guru"  "Guru Pembina Negara Bangsa"

May 17, 2010

::Bulan Science Skkk1::

Sk.Kubang kerian1-AQktiviti Bulan Sains telah bermula sejak 16 Mei 2010 dan akan berakhir pada 30 Mei 2010.Pelbagai aktiviti menarik diisi dalam menjayakan program ini.Antaranya kuiz bagi Tahap 1 dan 2,Payangan Perdana bagi Tahap 1,jualan khas sempena Hari Guru dan juga Pameran Sains.Semua guru subjek Sains terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.Program ini adalah cetusan idea Puan Penolong Kanan 1,Ketua Panitia Sains,Setiausahanya dan juga guru-guru sains Skkk1.
"Menggemilangkan Akademik"

May 15, 2010

::Gotong -royong Perdana Skkk1::

Tanggal 15 Mei 2010-Satu gotong-royong secara besar-besaran telah diadakan di Sk.Kubang Kerian 1
sebagaui menyahut seruan Jabatan Pelajaran Kelantan yang meminta agar gotong-royong ini diadakan serentak
 pada hari ini.Gotong-royong ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan perhimpunan bagi pembahagian kawasan oleh PK HEM,Puan Norani Bt.Abdullah.
  Guru-guru dan murid-murid telah bergerak ke kawasan yang telah ditetapkan dan masing-masing menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan.Kawasan-kawasan yang dibersihkan adalah termasuk kelas-kelas,bilik-bilik khas,padang sekolah,longkang,kantin dan juga  bilik guru.
   Selepas penat bekerja,guru-guru dan murid-murid telah dijamu dengan juadah istimewa 'pulut ikan masin' dan beberapa juadah lain yang istimewa.Terima kasih kepada mereka yang menyumbang juadah bagi sesi gotong-royang kali ini.Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini akan terus dikekalkan dan akan menjadi suatu buidaya di SKKK1.
 PK HEM dan PKP sebagai ketua gotong-royong...
PK Ko sedang memerhati Cg Saini membetulkan peralatan siaraya...
Cg.Hamdan dan En Nasir...beratnyer....
Murid-murid sedang bergotong-royong membersihkan kelas..

May 13, 2010

::Sekitar Mesyuarat Agung dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan::

Tanggal 13 Mei 2010 satu Majlis Mesyuarat Agung PIBG dan Penyampaian Hadiah telah  dilaksanakan di Sk.Kubang Kerian 1.Majlis ini berjalan dalam suasana yang  meriah.Dimulakan seawal jam 2 petang dengan acara pendaftaran ibubapa dan murid-murid penerima hadiah kecemerlangan.
Mesyuarat dimulakan jam 3.00 petang dengan pelbagai isu-isu semasa yang diutarakan dan dibincangan bersama.Antara lain Puan Penolong Kanan Pentadbiran telah mengumumkan bahawa jadual peperiksaan dan keputusan peperiksaan telah diumumkan di dalam blog sekolahIni adalah sebagai respon daripada para ibubapa yang mengemukakan soalan mengenai jadual peperiksaan yang tidak sampai ke tangan mereka lantaran kecuaian anak-anak mereka yang masih kecil,terutamanya murid tahun satu. Mesyuarat Agung kali ini telah mengetengahkan pencapaian-pencapain cemerlang Skkk1 dalam bidang akademik,sukan,kokurikulum,ICT dan juga pra sekolah.Penganugerhan lima bintang  dalam pengurusanTeknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) ini antara lain seperti yang sempat saya rakam dalam dalam ucaptama Tuan Guru Besar ,telah menyatakan bahawa,” Skkk1 telah dinobatkan mencapai   lima bintang lantaran lebih dari 50 peratus guru-guru di sini sudah boleh berhubung secara maya terutamanya  dalam face book dan juga email.Dengan Guru Besar yang telah bisa menguasai perhubungan secara maya telah cukup membuktikan bahawa Skkk1 telah layak dinobatkan lima bintang oleh bahagian Teknologi Pendidikan….” Antara petikan ucapan Tuan Guru Besar yang sempat saya rakam.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Redhuan.Diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Adik Mohd Faruq B.Mohamad dari Tahun 5 Honest.
 Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs.Tuan Hj.Makhtar Bin Mustapha,Pengarah JPP Negeri Kelantan.sebagai ucapan” Selamat Datang”kepada Tuan Pengarah JPP,satu persembahan silat seni tari telah dipertontonkan kepada para hadirin.Seterusnya para ibubapa telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid prasekolah di bawah pimpinan YM Tengku Norsilawaty yang merupakan guru prasekolah.Jam 4.00 majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah /anugerah khatam al Quran,persembahan murid Tahap 1( Bercerita)Diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kecemerlangan Murid Tahap 1 dan 2,UPKK 2009( 8A ),UPSR 2009 dan Tokoh Kecemerlangan Ko Kurikulum.
                                                                    Persiapan Buku Program di Makmal Yahoo.Com 
Suasana Mesyuarat Agung 2010
Mc handalan SKKK1...Noor Iman n YM Tg.Norsilawaty
Persembahan Prasekolah
Bercerita Tahap 1 oleh Adik Atikah Nasarudin
Penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar Skkk1

May 12, 2010

::JEMPUTAN KE MESYUARAT AGONG PIBG DAN PENYAMPAIAN HADIAH::

Adalah dimaklumkan bahawa Sk.Kubang kerian 1 akan mengadakan mensyuarat Agong PIBG dan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Tahun 2009.Semua guru,kakitangan dan murid yang terlibat dijemput hadir.
Tarikh     : 13 mei 2010
Tempat   :  Anjung Bestari
Masa      :  Jam 2.00 petang

"Menggemilangkan Akademik Skkk1"

May 6, 2010

::Keperihatinan Warga Skkk1::

Sk.Kubang Kerian 1- Tanggal 6 Mei 2010,Keperihatinan warga Sk.Kubang Kerian 1 terhadap kesusahan yang dialami oleh dua orang pelajarnya telah menggamit seluruh warga Skkk1 untuk turut menghayati apa jua bentuk kesusahan yang dialami warganya.Ibu kepada dua orang murid di SKKK1 telah menerima sumbangan yang berupa wang tunai sebanyak RM454 daripada Guru Besar,Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Ibu tersebut adalah Pn.Rashidah Bt.Yusoff yang merupakan ibu kepada Siti Aishah Bt.Mazlan,pelajar Tahun 1 Polite dan Muhammad Mazlan,pelajar Tahun 3 Polite.Puan Rashidah mengalami kesusahan hidup lantaran tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.Beliau hanya mengambil upah mencuci kain di rumah-rumah orang.Suaminya tidak dapat melakukan kerja-kerja yang mendatangkan sumber pendapatan kepada keluarga lantaran kesakitan yang dihadapinya dan kini sedang dalam proses rawatan di Hospital Universiti Sains ( HUSM ),Kubang Kerian.Salah seorang kepada pasangan ini yang berusia 17 tahun telah berhenti sekolah  dan terpaksa mencari kerja untuk menolong membantu keluarganya.
       Rumah pasangan ini akan dirobohkan oleh tuan tanah memandangkan tuan tanah akan membina projek lain.Pasangan ini telah lama mendirikan rumah di atas tanah yang telah diberi pinjam penggunaannya kepada mereka.Memandangkan tuan tanah ingin menggunakan tanah mereka,maka keluarga ini diminta berpindah dan terpaksa menumpang di rumah saudara mereka.Pihak pentadbiran Sk.Kubang Kerian 1 telah memandang serius terhadap perkara ini dan satu kutipan derma kilat telah dilancarkan.Hasilnya telah terkumpul sebanyak RM 454 dan telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar PKP Puan Hjh.Wan Rosnani Wan Hamat dan PK HEM Puan Norani Abdullah .Puan Rashidah Bt.Yusof kelihatan begitu ceria dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Guru Besar,PKP dan PK HEM.....
" Sama-sama Menjaga Kebajikan warga SKKK1"
 Tuan Guru Besar sedang menyampaikan sumbangan kepada Puan Rashidah Bt.Yusof sambil diperhatikan oleh Puan PKP dan PK HEM
 Keperihatinan pihak sekolah benar-benar memberi erti kepada keluarga yang mengalami masalah....

May 1, 2010

::Gambar Staf Skkk1 2009::

 Gambar kenangan sewaktu sesi penggambaran Majalah mahkota 2009.Saya siarkan atas permintaan guru-guru Skkk1 kerana pd tahun lepas pihak ICT tidak menerbitkan gambar ini sebagai edisi untuk guru...hanya diguanakan untuk tujuan penerbitan majalah sahaja......kepada mereka yg ingin memiliki gambar ini,sila muatturun.....

  Gambar yg belum diedit n letak nama....gambar yg dah diletak nama guru tu,kena cari semula...harap maaf...

"Menggemilangkan Akademik Skkk1"

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.