GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 28, 2019

GURU BERTUGAS MINGGUAN


MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU PPKI

28 FEBRUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1




Majlis perjumpaan ibubapa murid-murid PPKI, guru dan pihak pentadbir SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Bilik Gerakn SKKK1 bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Beberapa perkara penting berkaitan akademik, kokurikulum, serta perjalanan  program yang akan diadakan sepanjang tahun 2019 telah dibincang dan di ambil kta sepakat. Semua pentadbir SKKK1 hadir dalam majlis ini.

BENGKEL LDP 2019

28 FEBRUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1




Bengkel LDP Siri 1 2019 Guru dan Kakitangan SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada 27 Februari 2019 (Rabu) bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang bertempat di Wawa Bouquet Kota  Bharu. Semua guru dan kakitangan SKKK1 terlibat dalam LDP ini. Penceramah jemputan pada petang ini ialah En Aminuddin bin Awang, Pen PPD Kota Bharu.

MAJLIS BUDIMU DIKENANG

28 FEBRUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis “Budimu Dikenang” En. Mohd Kaha B. Yaakub (Pembantu Pengurusan Murid) yang berpindah ke SMK Pengkalan Chepa 2 telah diadakan dengan penuh meriah pada 25 Februari 2019 bertempat di Anjung TRW SKKK1. Seluruh warga PPKI serta warga SKKK1 mengucapkan selamat maju jaya dan semoga lebih gembira di tempat baru. Insyallah.

Feb 22, 2019

GURU BERTUGAS MINGGUAN


KEM KEPIMIPINAN PEMIMPIN MUDA SKKK1

22 FEBRUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1

Sekitar Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SKKK1 sesi 2019 yang telah diadakan dengan jayanya pada 20 - 21 Februari bertempat di Damaisari Tawang Bachok. Seramai 221 orang murid termasuk 5 orang murid Pendidikan Khas Pembelajaran (PPKI) terlibat dalam kem yang berjalan selama 2 hari ini.







 

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019

22 FEBRUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1

Sekitar pelancaran majlis pemuafakatan sekolah bersama PDRM dalam program Jom Ke Sekolah 2019. 
Tarikh : 18 Februari 2019 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi
Tempat : Anjung MCN SKKK1






 

Feb 16, 2019

GURU BERTUGAS MINGGUAN


MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1

14 FEBRUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 SESI 2019
(Pengawas, Pengawas SPBT, Pengawas ICT, Pengawas Rakan Sebaya, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah)

Tarikh : 14 FEBRUARI 2019
Masa : 8.00 - 10.00pagi
Tempat : ANJUNG MCN SKKK1

Perasmian Oleh :  
ASP EDIANSHA BIN ENDAL
Ketua Polis Cawangan Kubang Kerian,
Kota Bharu Kelantan.















PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.