GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 31, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WANG ZAKAT BANK KERJASAMA RAKYAT 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

31 JULAI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1 





Majlis penyampaian Wang Zakat Bank Kerjasama Rakyat 2013 kepada murid-murid SKKK1 telah diadakan dengan sempurnanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Seramai 155 orang ibu bapa/penjaga yang layak telah hadir dalam majlis tersebut dan menerima wang zakat sebanyak RM100 seorang dan sepasang kain. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kubang Kerian. Dalam ucapan ringkasnya, beliau berharap agar wang zakat yang di agihkan pada hari ini sedikit sebanyak dapat meringgankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Beliau juga turut mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua ibubapa yang hadir pada hari ini. Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan alu-aluannya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Bank Kerjasama Rakyat di atas pemberian wang zakat kepada murid-murid SKKK1.


Jul 22, 2013

KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2014

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

22 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

MAKLUMAN DAN PERHATIAN 


Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah SK Kubang Kerian 1 bagi Sesi 2014 adalah dibuka mulai 16 Julai 2013 hingga 16 September, 2013. Borang permohonan boleh di perolehi di pejabat SK Kubang Kerian1 dan borang yang lengkap perlu dihantar ke pejabat sekolah SKKK1 antara tarikh 16 Julai, 2013 hingga 16 September, 2013.

ANTARA SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH IALAH :-
  • Warganegara Malaysia.
  • Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa. Keutamaan diberikan kepada murid yang berumur enam (6) tahun.
  • Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
  • Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
  • Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM  Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

AKTIVITI IHYA' RAMADHAN 1434H/2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

22 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1


Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini semua murid tahap 2, tahun 4, 5 dan 6 SKKK1 telah menyertai aktiviti Tadarus Al-Quran yang telah dikelolai oleh Panitia Agama Islam. 

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah :-
  • Tadarus Al-Quran
  • Ceramah Agama
  • Pertandingan Takbir Raya
  • Kuiz
  • Melukis Poster
Antara objektif utama program Ihya' Ramadhan ialah :-
  • Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran
  • Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.

Jul 18, 2013

UJIAN PENILAIAN DOKTOR MUDA SKKK1 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

18 JULAI, 2013 - SK. KUBANG KERIAN 1




Seramai 21 orang murid tahun 5 dan 6 SKKK1 telah menduduki UJIAN PENILAIAN TAHAP KOMPETENSI DOKTOR MUDA HARAPAN 2013, pada hari ini bertempat di Makmal Komputer SKKK1. Ujian ini di berikan kepada ahli-ahli Kelab Doktor Muda SKKK1 yang berminat dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara objektif utama penubuhan Kelab Doktor Muda SKKK1 ialah : 

  • Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
    • Mengamalkan cara hidup sihat
    • Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
    • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
  • Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
  • Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
  • Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

LARANGAN MENGHAMPIRI KAWASAN POKOK TUMBANG

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

18 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN1







Ribut kuat yang melanda Kota Bharu antara jam 4.30 - 5.00 petang semalam telah menumbangkan sepohon pokok besar di kawasan sekolah berhampiran bangunan Makmal Komputer SKKK1, Pra Sekolah dan kelas murid tahun 2. 

Sehubungan dengan itu semua murid SKKK1 adalah DILARANG menghampiri kawasan tersebut untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan pada hari ini. Akibat daripada bencana alam tersebut pagar Pra Sekolah, peralatan permainan Pra Sekolah, bumbung dapur kelas Pra Mawar dan bumbung Makmal Komputer mengalami kerosakan. Manakala makmal komputer tingkat atas turut bocor akibat kerosakan pada bumbung bahagiam tepi bangunan tersebut.

Semua warga sekolah adalah diharapkan agar dapat mengawal murid  SKKK1 supaya tidak menghampiri kawasan tersebut.

Jul 16, 2013

PELANCARAN TABUNG IHYA' RAMADHAN 2013 SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

16 JULAI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



 

Pelancaran tabung Ihya' Ramadhan 2013 SKKK1  telah diadakan dengan rasminya pada perhimpunan pagi Ahad. Semua warga SKKK1 di alu-alukan untuk menghulurkan sumbangan untuk dikumpulkan dan akan diagihkan kepada anak-anak SKKK1 yang layak pada akhir bulan Ramadhan nanti. 

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.
Harapan dan doa semua usaha yang baik akan diberkati oleh Allah SWT.Insyallah

Jul 15, 2013

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN BULAN PANITIA SAINS SKKK1 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

15 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1











Bulan Panitia Sains SKKK1 telah bermula pada 17 Jun 2013 dan berakhir pada hari ini 15 Julai, 2013. Bulan Panitia Sains ini telah dianjurkan oleh Panitia Sains SKKK1. Ia merupakan satu program tahunan Panitia Sains yang bertujuan untuk menarik minat murid SKKK1 terhadap mata pelajaran Sains . Program-program yang telah diadakan sepanjang bulan ini mampu memberi perangsang kepada murid SKKK1 supaya berminat terhadap mata pelajaran sains dan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif. Antaranya ialah :-
  • Kuiz terbuka dan kuiz bertulis (Tahun 1)
  • Tayangan Info Sains dan Kuiz (Tahun 2)
  • Pertandingan Reka Cipta Lego (Tahun 3)
  • Pameran di bilik Sains dan Kuiz (Tahun 4)
  • Eksperimen (Tahun 5)
  • BMI (Tahun 6)
Antara Objetif Utama Bulan Panitia Sains ialah :-
  • Untuk meningkatkan minat murid SKKK1 terhadap mata pelajaran Sains
  • Meningkatkan motivasi murid SKKK1 supaya minat terhadap mata pelajaran Sains
  • Untuk melahirkan murid SKKK1 yang kreatif dan inovatif.
  • Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.
 Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan Sains SKKK1 2013 telah diadakan pada pagi ini dengan suasana yang begitu meriah dan mengejutkan sekali. Pelbagai aktiviti menarik yang jarang-jarang dilihat pada zaman sekarang telah di persembah. Antara pertunjukkan cara manusia berhubung melalui kepulan asap, paluan gong, utusan berita melalui binatang seperti kuda dan burung merpati dan seterusnya pada masa sekarang manusia begitu canggih berhubung dengan kemudahan yang cepat, pantas, tepat bila-bila masa dan dimana ssahaja  berada iaitu melalui telefon dan juga internet.. Semasa ucapan perasmian penutup oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, juga utusan ucapan penutup tersebut telah disampaikan oleh murid melalui tunggangan kuda dan sebagai simboliknya melepaskan seekor burung merpati yang telah di  ikat utusan berita majlis perasmian dan penutupan bulan Sains SKKK1 2013 pada kaki burung tersebut.

Seterusnya dalam ucapan penutupnya juga, Tn. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SKKK1 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Sesungguhnya tanpa kerjasama dari semua pihak, tidak mungkin aktiviti yang diadakan pada pagi ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Jul 10, 2013

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1434H

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 


Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
Bila salah & Khilaf telah terjadi
Maka Mohon Maaf Lahir & Batin atas kesalahan
“Marhaban Ya Ramadhan”
Semoga kita selalu diberkati dibulan yang penuh mahrifah ini 

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Daripada Kami Seluruh Warga SK Kubang Kerian 1 
Kepada Seluruh Umat Islam Walau Dimana Sahaja Berada 

Jul 9, 2013

TAHNIAH, TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERTUGAS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

9 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1


Sekalung ucapan yang tidak terhingga dari seluruh warga SKKK1, ucapan keramat tahniah, terima kasih dan selamat bertugas di tempat baru buat Pn. Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat, kerana telah di lantik sebagai Guru Besar SK. Pasir Pekan Tumpat Kelantan bermula 1 Julai 2013. Majlis meraikan beliau telah diadakan dengan penuh meriah dan gilang gemilang pada pagi ini. Seluruh warga sekolah amat terharu dengan perpisahan dan pemergian beliau, namun kerana tugas dan tanggungjawab terpaksa  terima dan akur. 




Sepanjang 6 tahun bersama-sama berganding bahu, memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SKKK1, sudah tentu begitu banyak kenangan dan pengalaman pahit manis bersama guru-guru telah di lalui, diharungi demi untuk meningkatkan pencapaian kecemerlangan murid-murid di SKKK1.

Semasa ucapan ringkasnya, beliau sempat berpesan kepada semua guru agar memikul tugas dan tanggungjawab yang diberikan seikhlas hati demi mendidik anak bangsa generasi akan datang. Kepada semua murid dinasihatkan  belajar bersungguh-sungguh agar kejayaan sentiasa menjadi milik kita walau di mana atau dalam apa jua bidang yang diceburi.
 
 

 


Dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru SKKK1 kerana sentiasa memberi sokongan, dorongan dan sentiasa bekerjasama berganding bahu dalam meningkatkan kecemerlangan murid-murid SKKK1. Seterusnya beliau juga sempat meminta guru-guru agar menyampaikan pesanan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Guru Besar SKKK1, yang tiada di sekolah ketika ini kerana bertugas rasmi di luar Negeri Kelantan, diatas kerjasama, muafakat, perbincangan, tunjuk ajar yang diberikan sepanjang beliau berada di SKKK1. 

Oleh itu, sekali lagi seluruh warga sekolah mengucapkan TAHNIAH TERIMA KASIH dan SELAMAT BERTUGAS di tempat baru buat Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1 sebagai Guru Besar SK Pasir Pekan, Tumpat Kelantan. Semoga semua kenangan ketika bersama warga SKKK1 tidak akan luput diingatan dan sudi-sudilah bertamu lagi di sekolah kami.......

Pulau Pandang jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga.

Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Cindai bercorak penuh berpita,
Pakaian anak Panglima Garang,
Emas dan perak pengaruh dunia,
Budi yang baik dijunjung orang.



Jul 8, 2013

KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

8 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

 Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas En. Che Azhar b. Che Ismail bergambar kenangan bersama Guru j-Qaf PPKI SKKK1, Ust. Abd. Akhiar b. Abd Hamid dan 2 daripada 4 orang murid PPKI SKKK1 yang menyertai Kem Bestari Solat, j-Qaf Pendidikan Khas Peringkat JPN Kelantan

Seramai 4 orang murid PPKI SKKK1 telah menyertai Kem Bestari Solat j-Qaf Pendidikan Khas, Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan tahun 2013. Kem tersebut telah diadakan dengan jayanya bertempat di SK Pendidikan Khas Kelantan, Lati Pasir Mas pada 7 Julai, 2013 bermula jam 8.00pagi hingga 5.00 petang.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Tn. Hj. Nasarudin b. Talib, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Semua peserta yang menyertai kem tersebut diberikan hadiah cenderahati sehelai sejadah. Semoga amal baik akan mendapat keberkatan dalam kehidupan...insyallah.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang kem tersebut ialah amali mengambil air sembahyang, amali solat dan amali solat berjamaah.

Antara objektif utama penyertaan murid PPKI dalam Kem Bestari Solat ialah :-
  • Dapat menguasai bacaan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Dapat menguasai bentuk perbuatan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid, guru dan ibubapa.
  • Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik

SUKANEKA MURID PPKI SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

7 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1




 
Seramai 18 orang murid-murid PPKI SKKK1 telah menyertai aktiviti sukaneka di Karnival Yokuk 2013 yang telah diadakan pada 6 Julai, 2013 (Sabtu) baru-baru ini. Pertandingan telah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.

Antara objektif utama pertandingan sukaneka ini disertai ialah :-

  • Memupuk semangat bersukan kepada murid-murid pendidikan khas untuk mencapai kemenangan. 
  • Mencungkil potensi diri murid-murid pendidikan khas bagi menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang sukan.  
  • Sebagai satu usaha membantu murid-murid khas bergaul dengan masyarakat untuk menjadi warganegara yang berguna dan produktif
Beberapa acara telah disertai oleh mereka, antaranya :-

  • Permainan bawa getah dengan straw (Saguhati)
  • Makan buah tembikai secara berkumpulan (Johan)
  • Lari dalam kain sarung (Tempat ke 3 ) 

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 
7 JULAI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



Majlis Sambutan Hari Lahir Murid-murid Pra Sekolah (Kelas Mawar) SKKK1 telah diadakan dengan meriahnya hari ini. Majlis yang diadakan pada kali ini merangkumi semua murid yang lahir pada bulan Januari - Disember. Majlis sambutan hari lahir merupakan salah satu majlis wajib yang di adakan setiap tahun. 
Antara objektif utama majlis ini diadakan ialah :-
  • Untuk menghargai murid-murid Prasekolah yang belajar di SKKK1 dan menjana potensi kecemerlangan proses pembelajaran dan pengajaran.
  • Memberi pemahaman kepada murid tentang konsep umur dan angka. 
  • Murid dapat menghargai kepelbagaian budaya. 
  • Melatih murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku. 
Didoakan semoga semua murid di murahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Insyallah

TAHNIAH KEPADA PASUKAN PUTERI ISLAM SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

7 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Unit Beruniform Puteri Islam SKKK1 kerana mendapat tempat ke 2 (Naib Johan) dalam pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Puteri Islam mewakili PPD Kota Bharu ke pertandingan peringkat Negeri Kelantan.

Hadiah dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SKKK1, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail di medan perhimpunan pagi Ahad.

TINGKATKAN USAHA YANG BERTERUSAN

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

7 JULAI 2013 - SK KUBANG KERIAN 1




Tingkatkan usaha, teruskan pembelajaran diucapkan kepada semua murid-murid tahun 6 SKKK1 yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada penghujung tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada 22 orang murid tahun 6 yang telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini.

Hadiah, sijil serta lencana 5A telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar pada perhimpunan pagi Ahad. Dalam ucapan ringkasnya beliau menasihatkan semua murid agar meningkatkan lagi usaha yang berterusan sehingga hari peperiksaan agar kejayaan yang cemerlang dapat di capai dengan jayanta...insyallah

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.