4 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1
Taklimat serta aktiviti memanaskan badan sebelum bertolak
Memotong reben sebagai simbolik Perasmian Kayuhan Emas 3 SKKK1
Bermulanya kayuhan dengan penuh semangat sejauh lebih kurang 20KM
Kayuhan Emas 3 serta Perkhemahan Unit Beruniform SKKK1 pada tahun 2013 telah diadakan bermula hari ini. Majlis perasmian Kayuhan Emas 3 sejauh leih kurang 20KM telah dijalankan tepat jam 8.30 pagi tadi, oleh YDP PIBG SKKK1, Tn. Hj. Halim @ Yunus b. Tahir.
Kayuhan sejauh 20KM tersebut bermula dari perkarangan SKKK1 dan berakhir di tapak Perkhemahan Unit Beruniform, Gelora Beach Resort Tawang, Bachok. Peserta kayuhan serta ahli badan beruniform yang mengambil bahagian bermalam selama 2 malam di perkarangan tapak perkhemahan tersebut.
Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berkata objektif utama aktiviti Kayuhan Emas dan Perkhemahan ini di adakan untuk
melatih pelajar supaya berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan
serba kekurangan. Selain itu, ia juga diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni
dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan.
Pesanan
kepada semua murid agar sentiasa mendengar arahan dan makluman dari
guru bertugas dari semasa ke semasa sepanjang perkhemahan berlangsung
dan kepada peserta kayuhan diingatkan agar berhati-hati di jalan raya.
Kepada para guru dan kakitangan diingatkan Komitmen para guru amatlah tinggi dalam memastikan kebajikan pelajar
sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga. Jutaan terima kasih diucapkan
kepada para guru yang sudi berkhidmat dengan ikhlas tanpa mengenal erti
penat dan lelah. Insyallah semuanya akan berlangsung seperti yang dirancang tanpa sebarang kesulitan.
No comments:
Post a Comment