GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 9, 2013

TAHNIAH, TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERTUGAS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

9 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1


Sekalung ucapan yang tidak terhingga dari seluruh warga SKKK1, ucapan keramat tahniah, terima kasih dan selamat bertugas di tempat baru buat Pn. Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat, kerana telah di lantik sebagai Guru Besar SK. Pasir Pekan Tumpat Kelantan bermula 1 Julai 2013. Majlis meraikan beliau telah diadakan dengan penuh meriah dan gilang gemilang pada pagi ini. Seluruh warga sekolah amat terharu dengan perpisahan dan pemergian beliau, namun kerana tugas dan tanggungjawab terpaksa  terima dan akur. 




Sepanjang 6 tahun bersama-sama berganding bahu, memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SKKK1, sudah tentu begitu banyak kenangan dan pengalaman pahit manis bersama guru-guru telah di lalui, diharungi demi untuk meningkatkan pencapaian kecemerlangan murid-murid di SKKK1.

Semasa ucapan ringkasnya, beliau sempat berpesan kepada semua guru agar memikul tugas dan tanggungjawab yang diberikan seikhlas hati demi mendidik anak bangsa generasi akan datang. Kepada semua murid dinasihatkan  belajar bersungguh-sungguh agar kejayaan sentiasa menjadi milik kita walau di mana atau dalam apa jua bidang yang diceburi.
 
 

 


Dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru SKKK1 kerana sentiasa memberi sokongan, dorongan dan sentiasa bekerjasama berganding bahu dalam meningkatkan kecemerlangan murid-murid SKKK1. Seterusnya beliau juga sempat meminta guru-guru agar menyampaikan pesanan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Guru Besar SKKK1, yang tiada di sekolah ketika ini kerana bertugas rasmi di luar Negeri Kelantan, diatas kerjasama, muafakat, perbincangan, tunjuk ajar yang diberikan sepanjang beliau berada di SKKK1. 

Oleh itu, sekali lagi seluruh warga sekolah mengucapkan TAHNIAH TERIMA KASIH dan SELAMAT BERTUGAS di tempat baru buat Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1 sebagai Guru Besar SK Pasir Pekan, Tumpat Kelantan. Semoga semua kenangan ketika bersama warga SKKK1 tidak akan luput diingatan dan sudi-sudilah bertamu lagi di sekolah kami.......

Pulau Pandang jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga.

Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Cindai bercorak penuh berpita,
Pakaian anak Panglima Garang,
Emas dan perak pengaruh dunia,
Budi yang baik dijunjung orang.



No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.