SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Oct 26, 2010

::Program Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun Lima::


 Tanggal 25 oktober 2010- Satu Majlis Perjumpaan Antara ibubapa dan Guru serta Pentadbit dan Jawatan Kuasa kecemerlangan Akademik Skkk1 telah diadakan di Anjung Bestari Skkk1.Seramai 130 orang ibubapa yang telah dijemput ke majlis ini.Turut hadir adalah YDP PIBG Skkk1,Tuan Hj.Mohd Yunus @ Abdul Halim B.Tahir.Beliau turut berucap bagi merasmikan majlis ini.Tuan Guru Besar Skkk1 juga turut berucap dalam majlis ini.Beliau telah meninta kerjasama daripada ibubapa murid-murid Tahun Lima agar memberi perhatian yang penuh terhadap  pencapaian pembelajaran anak-anak bermula dari sekarang.Murid-murid Tahun Lima inilah yang merupakan bakal calon UPSR bagi tahun hadapan.Oleh itu,bakat mereka perlulah digilap mulai dari sekarang.
.Ucapan tuan Guru Besar .............
Kehadiran ibubapa yang menggalakkan....

Oct 25, 2010

::Taklimat Pengurusan Guru Bestari n Bengkel Juruteknik::

Satu bengkel Asas Komputer dan Taklimat pengurusan Untuk Guru Penyelaras Bestari/ICT telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Tapang pada 20,21 dan 25 Oktober 2010.Pada 20 dan 21 Oktober, bengkel ini khus untuk juruteknik FT  17 di mana mereka telah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran pemasangan komputer secara berkumpulan.semua komponan komputer telah diselerakkan dan para juruteknik diminta untuk memasangnya kembali.mereka jug didedahkan dengan pelbagai trouble shooting,software dan juga hardware.
     Pada 25 oktober 2010 pula Guru Penyelaras  Bestari ( GPB ) telah diberi taklimat mengenai pengurusan ICT bagi tahun 2011 nanti.Mereka juga diberi peluang untuk berbincang mengenai permasalahan
yang dihadapi di sekolah dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan ICT.

Sesi pemasangan komponan komputer bagi juruteknik FT 17...FT 17 Skkk1,Syarkawi Ibrahim
En.Dasuki...Pegawai PKG Tapang sedang memberi input berguna....
Penerangan mengenai .....Antivirus..Karpersky...

Sesi soal jawab GPB mengenai pelupusan hartamodal aset alih kerajaan....

Oct 19, 2010

::Pembudayaan ICT Skkk1 di Dada Akhbar::

Tanggal 18 Oktober 2010-Sinar Harian Versi Kelantan telah menerbitkan cerita mengenai "Kursus Pengurusan Briged Bestari" yang telah diadakan di Skkk1 pada 13 Oktober 2010 ( Rabu ) di bawah kelolaan Unit ICT Skkk1.
Berita Sinar harian yang bertarikh 18 Oktober 2010..
"Menggemilangkan Akademik dan membudayakan ICT Skkk1"

::Penyampaian Hadiah Galakan Bulan Seni::


Tanggal 17 Oktober 2010 - satu majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang yang telah berjaya dalam aktivit yang dijalankan spanjang Bulan Seniyang dianjurkan oleh Panitia Seni telah diadakan.M ajlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Skkk1,Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh.Hadiah diberi mengikut aliran.Semua murid dari aliran perdana telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh Panitia seni ini.
Tuan Guru Besar dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Team Panitia Seni yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.Tahniah kepada ketua Panitia Seni,Puan Wan Arina di atas kejayaan beliau mengepalai program ini.

Tuan Guru Besar dan Puan PKP sedng menyampaikan hadiah kepada para pemenang...
tahniah atas kejayaan anda!!!!

"Menggemilangkan Akademik"

Oct 18, 2010

::Amaran Bahaya Kawasan Pembinaan Bangunan Baru::

Kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung....
Adalah dimaklumkan bahawa pada masa sekarang ini,satu projek pembinaan bangunan tambahan prasekolah sedang dalam proses pembiaan.Oleh itu diminta semua murid Skkk1,jangan menghampiri kawasan atau bermain-main di sekitar kawasan pembinaan ini.Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan.....Sekian...Harap Maklum

Pembinaan sedang rancang dijalankan.....

lubang yang telah dikorek,digenangi air dan berupaya melemaskan murid-murid jika suka bermain di sini....
Kawasan pembinaan yang memungkinkan pelbagai bahaya.....hati-hati....

::Perlawanan Futsal Antara Rumah::

Tanggal 17 Oktober,Khamis-Unit kokurikulum Sk.Kubang Kerian 1 telah menganjurkan satu perlawanan futsal antara pasukan.Menurut Pk Kokurikulum,Tuan Hj.Hilmi B.Ismail,perlawana-perlawanan seumpama ini haruslah sentiasa diadakan demi memastikan anak-anak di Skkk1 sentiasa aktif dalam penglibatan kokurikulum mereka.dengan penglibatan-penglibatan sebegini,mereka bukan sahaja berjaya dalam akademik,malah dalam bidang kokurikulum jua.....

::Penyampaian Wang Ihsan Sekolah-sekolah Parlimen Kubang Kerian 2010::

     Tanggal 14 Oktober 2010-Skkk1 telah menjadi tuan rumah bagi satu Majlis Penyampaian Wang Ihsan Parlimen Kubang Kerian.Majlis ini disempurnakan di Anjung Bestari Skkk1.Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj.Nordin b.Hj.Awang,Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian.Turut hadir di majlis tersebut ialah Tn.Hj.Mohamad b Jusoh,Penolong PPD ( Pegawai Kokurikulum & Sains Sosial ) dan juga Yang Dipertua PIBG Skkk1,Tuan Hj.Mohd Yunus @ Abd Halim b.Tahir.
      Seramai 160 keluarga dari Sk.kubang Kerian 1 dan 117 orang dari Sk.Pasir Hor telah menerima sumbangan ini.Tuan Hj.Nordin dalam ucapan perasmiannya telah menyatan bahawa wang ihsan ini adalah sumbangan daripada kerajaan Pusat dan meminta agar para ibubapa yang terpilih ini menggunakan sebaik-baiknya wang ini.wang ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
      Majlis mengucapkan jutaan terima ksaih kepada Tuan hj.Nordin b.Hj.Awang,Tuan Hj.Mohamad b. Idris,Tuan Hj.Mohd Yunus@Abd Halim b.Tahir di atas kesudian mereka menyempurnakan majlis pada hari ini.
Ucapan daripada Tuan Hj.Nordin b.hj.Awang,Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian
Ucapan daripada YDP PIBG Skkk1,Tn.Hj.Mohd yunus@Abd Halim Tahir...

Tuan Guru Besar dalam majli penyampaian wang ihsan....

Penyampaian wang ihsan kepada ibubapa....
Antara ibubapa yang hadir....

Oct 15, 2010

::Kursus Kepimpinan Briged Bestari Skkk1::

Tanggal 13 Oktober 2010-Satu "Kursus kepimpinan Briged Bestari"telah diadakan di makmal Komputer Skkk1.Antara aspek yang diketengahkan dalam kursus ini adalah Asas ICT,Kolaborasi Atas Talian dan Asas Grafik.Kursus ini adalah bertujuan untuk memantapkan para pengawas ICT atau lebih dikenali dengan Briged Bestari Skkk1 dengan ilmu komputer,paling kurang asas-asas komputer.Kursus ini dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama mengikuti kelas mereka di makmal Hotmai.com di mana bagi kumpulan ke dua pula berlangsung di makmal Yahoo.com.Para penceramah dan fasilitator adalah terdiri dari guru-guru Skkk1 yang terpilih dan mempunyai asas ICT.seramai 58 orang murid terlibat dalam kursus ini.Kursus  ini diadakan sebagai memenuhi Sasaran Kerja Tahunan ( SKT ) Unit ICT SKKK1 di mana akan memperluaskan pembudayaan ICT di kalangan warga Skkk1 hingga ke tahap yang maksimum.Ianya juga selaras dengan  agenda kebengsaan di mana pada tahun 2010 ini,semua sekolah di Malaysia mesti bestari.
      Untuk itu,jawatankuasa ICT Skkk1 telah merangka satu plan strategik ke arah pembudayaan ICT warga Skkk1.....Kursus ini adalah salah satu cabang ke arah pembudayaan ICT di Skkk1.Kursus sebegini dijangka akan diperluaskan kepada pemimpin-pemimpin lain seperti pengawas sekolah,pengawas Pusat Sumber,Pengawas Buku Teks,Ketua-ketua dan Penolong-penolong Ketua Darjah dan mengikut aliran pula.Kursus ini telah mendapat sambutan  yang begitu menggalakkan daripada peserta,guru-guru dan juga ibubapa.Pihak pengurusan sekolah sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan dan juga kelicinan perjalan kursus ini.Semoga dengan latihan-latihan yang diberikan ini akan mempercepatkan proses pembudayaan ICT di skkk1.
Suasana semasa kursus sedang berlangsung.....
sesi soal jawab...

Oct 12, 2010

::Kursus kepimpinan Briged Bestari::

 Kursus kepimpinan Briged Bestari akan diadakan pada 13 Oktober 2010 bertempat di Makmal Komputer Skkk1.semua Briged Bestri dikehendaki mendaftar kehadiran bermula jam 7.15 hgga 7.45 pagi.
Anda bolehlah merujuk jadual di bawah:
klik:

"Menggemilangkan Akademik"

Oct 8, 2010

::Sambutan Hari Raya Aidil Pendidikan Khas::

 Tanggal 7 Oktober  2010 -Sambtan hari Raya Aidil Fitri bagi Aliran Pendidikan Khas Skkk1 atau lebih dikenali dengan  Rumah terbuka Aidilfitri Pendidikan Khas Integrasi SKKK 1, telah  diadakan dengan begitu ceria dan meriah,meskipun ianya agak  sederhana .Para hadirin adalah terdiri daripada  ibubapa murid pendidikan khas serta sekolah pendidikan khas yang berhampiran.Mereka dijemput khas demi  memeriahkan majlis yang diraikan pada hari ini.Para tetamu khas adalah terdiri daripada  beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Tn. Hj. Nasharuddin b. Talib hadir merasmikan majlis tersebut dengan diiringi oleh Ketua Unit Pendidikan Khas En. Che Daud b. Harun dan En. Mohd Noor b. Maun salah seorang pegawai dari Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz. Mohd Ridzuan b. Mohamed ,diikuti dengan  bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh tetamu jemputan Adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin, murid Penddikan Khas Penglihatan SK. Kg. Sireh Kota Bharu, nyanyian lagu-lagu nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan dari Kelas Integrasi Pendidikan Khas SMK. Tanjung Mas Kota Bharu, persembahan tarian daripada murid-murid Pendidikan Khas Pendengaran SK. Tengku Indra Petra Kota Bharu dan seterusnya persembahan nyanyian solo oleh adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin. Majlis yang diadakan pada hari ini bukan sahaja melibat warga pendidikan khas malah turut disertai oleh seluruh warga SKKK 1. Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai hidangan yang ditempah dan sebahagiannya disumbangkan oleh para ibubapa serta dermawan orang perseorangan. Kelihatan anak-anak pendidikan khas gembira dan ceria sekali sepanjang majlis berlangsung. Penglibatan yang amat menggalakkan dari pihak ibubapa murid-murid pendidikan khas merealisasikan objektif majlis untuk merapatkan hubungan antara ibubapa, guru-guru dan pihak sekolah. 
       Sehubungan dengan itu sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini terutama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, pentadbir SKKK1, guru-guru SKKK1, para jemputan persembahan SMK. Tanjung Mas, SK Kg. Sireh, Sk. Tengku Indra Petra serta mereka yang hadir pada hari ini yang tidak tersebut namanya. Apa yang kurang sepanjang majlis diadakan adalah diatas kelemahan kami dan apa yang baik itu tentunya datang dari yang maha pencipta. Insyaallah jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia jumpa lagi ditahun hadapan.

"Menggemilangkan Akademik"
Bersedia di hadapan juadah...
Terima kasih...duit raya ni simpan baik-baik tau!!!
Bacaan al quran drp Adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin, murid Penddikan Khas Penglihatan SK. Kg. Sireh Kota Bharu
Persembahan nasyid daripada Kumpulan nasyid Pen.Khas SMK Tanjung Mas,Kota Bharu.
Persembahan tarian drp murid-murid Pen.Khas Masalah pendengaran,Sk.Indra Putra,Kota Bharu.
Terima kasih...datang lagi tau!!!

Oct 4, 2010

::Skkk1 Juara Karnival Futsal Terbuka::


Tanggal 3 Oktober 2010-SKKK1 muncul johan Karnival Futsal Terbuka USMKK Anjuran Kelab Rekreasi Universiti dan Kebajikan Sosial bagi kategori Sekolah Rendah.dengan kejohanan ini membolehkan para pemain membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM200 setelah menewaskan pasukan Sharmi Sport B pada perlawanan akhir dengan jaringan 2-1.
      Perlawanan di  peringkat kumpulan pula, yang dibimbing oleh  En. Izani b. Mahmood dan En. Muhd Ruiz b. Ahmed telah berjaya menewaskan sk. Seri Chempaka 2-0, menewaskan N10 Kid 3-2 dan tewas kepada Sharmi Sport B 2-3.
Pada peringkat separuh akhir SKKK1 menewaskan Akademi Bunut Payong 3-0, manakala Sharmi Sport B menewaskan sk.Sultan Ismail 4 pada separuh akhir satu lagi dengan jaringan 2-0 melalui sepakan penalti setelah seri 1-1.
        Menurut Pengurus pasukan En. YM Tuan Mohd Zani b. Tuan Soh para pasukan SKKK1 telah serasi bermain bersama sebagai satu pasukan kerana pasukan ini dibentuk sejak dari usia 10 tahun lagi iaitu ketika di tahun 4.


"Menggemilangkan Akademik"

Oct 1, 2010

::Penangguhan Kursus Briged Bestari::

Perhatian kepada semua Briged Bestari Skkk1:
Kursus Kepimpinan dan Asas komputer yang dijadualkan pada 02 oktober 2010 ,adalah ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.Penangguhan ini adalah disebabkan oleh beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.Segala kesulitan adalah sangat dikesali dan pihak pengurusan memohon jutaan kemaafan.Harap maklum....

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.