GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 21, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

"Menggemilangkan Akademik"




KHAMIS 19 MEI, 2011 - Sambutan Perayaan Hari Guru 2011 peringkat sekolah telah diadakan dengan meriah sekali. Pelbagai acara menarik telah diadakan, bermula dengan senamrobik perdana yang melibatkan seluruh warga SKKK 1. Semua murid, guru dan kakitangan sama-sama melibatkan diri bersenamrobik yang dikendalikan oleh guru senamrobik, dijemput khas untuk aktiviti pada hari ini. Sejurus selepas aktiviti senamrobik, beberapa acara padang dan dewan diadakan seperti permainan petong yang diketuai oleh Tn. Guru Besar sendiri, permainan sambutlah daku (menyambut belon yang berisi air) dan permainan lebah mencari madu (mengutip gula-gula dalam tepung gandum). Selesai saja acara padang, acara  dewan menyusul dengan mengetengahkan bakat-bakat guru dalam bidang nyanyian dan juga lakonan. Beberapa orang guru telah menunjukkan bakat masing-masing di hadapan semua murid-murid yang menjadi penonton setia sepanjang aktiviti berjalan. Dalam majlis yang sama juga turut diumumkan keputusan pertandingan perkhemahan yang talah diadakan pada awal minggu ini. Pasukan Beuniform Tunas Puteri SKKK 1 telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dalam perkhemahan tersebut. Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah.

May 18, 2011

SELAMAT PULANG WIRA-WIRA SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"


18 MEI, 2011 - Tepat jam 12.15 tgh kesemua peserta Kayuhan Emas SKKK 1 telah selamat sampai di perkarangan SKKK 1. Ketibaan para peserta kayuhan telah disambut dengan meriahnya oleh kesemua warga SKKK 1. Bermula dari Chalet Pantai Sri Nipah para peserta sempat berhenti di SK. Bekelam Bachok dan SK. Gong Dermin  untuk menghilangkan dahaga. Beberapa acara ringkas telah diadakan sempena meraikan ketibaan para peserta. Kumpulan Silat Cekak SKKK 1 telah membuat persembahan sebaik sahaja semua peserta kayuhan bersama pengiring tiba di perkarangan SKKK 1.  Para peserta kayuhan telah diiringi oleh kakitangan Jabatan Pertahanan Awam (JPA), Kelab Kereta Perdana dan Kelab Wish. Semua peserta kayuhan dan pengiring serta warga SKKK 1 dihidangkan dengan sedikit minuman dan jamuan makan tengahari. Keputusan semua aktiviti yang di pertandingkan semasa perkhemahan akan diumumkan esok sempena Sambutan Hari Guru peringkat SKKK 1. Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama memberi sumbangan tenaga dan ideal dalam menjayakan aktiviti Kayuhan Emas SKKK 1 2011. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan di tahun-tahun yang akan datang.Insyallah

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ANTARA SEKOLAH DALAM QIT KOTA JEMBAL

"Menggemilangkan Akademik"


Pada 14 Mei, 2011, bertempat di Pusat Belia Panji telah diadakan kejohanan Bola Tampar antara sekolah dalam QIT Kota Jembal 2011. Kejohanan ini disertai oleh 10 buah sekolah dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Pasukan SKKK 1 diletakkan dalam kumpulan A selaku juara bertahan. Kejohanan kali ini telah dimenangi buat kali ke 2 berturut-turut oleh pasukan SKKK 1 dengan mengalahkan pasukan SK. Sering A. Pasukan SKKK 1 telah memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir. Pada perlawanan separuh akhir SKKK 1 berjaya mengalahkan Naib Juara 2010, SK. Kota Jembal. Menurut Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, kejohanan ini wajar diteruskan bagi memupuk semangat setiakawan di kalangan warga pendididk dan kakitangan dalam QIT Kota Jembal. Justeru itu kejohanan seperti ini wajar diteruskan di masa-masa akan datang. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil  bahagian serta tahniah dan syabas kepada pasukan SKKK 1 yang berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke 2 berturut-turut.

May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU...TERIMA KASIH CIKGU............

"Menggemilangkan Akademik"



16 MEI, 2011 - Sempena Hari Guru pada hari ini ucapan Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru SKKK 1 khasnya dan semua insan yang bergelar guru walau di mana sahaja berada, dengan ucapan keramat "Terima Kasih Cikgu".....Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"... semoga tema tersebut sentiasa tersemat di sanubari semua  guru-guru di Malaysia......SKKK 1 turut membuat sedikit sambutan ringkas pada hari ini di tapak perhimpunan pagi. Aktiviti ringkas ini melibatkan bacaan perutusan Sambutan Hari Guru seta nyanyian Guru Malaysia dari semua guru-guru SKKK 1. Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan dengan rasminya pada hari Khamis, 19 Mei, 2011.Insyallah......

KAYUHAN EMAS MURID-MURID SKKK 1/2011

"Menggemilangkan Akademik"




16 MEI, 2011 - Satu majlis perasmian Program Kayuhan Emas Murid-murid SKKK 1 telah diadakan dengan meriahnya. Program kayuhan emas ini melibatkan sekumpulan murid-murid tahap 2 yang berbasikal sejauh lebih kurang 30KM bermula dari SKKK 1, melalui Simpang Empat Binjai, singgah untuk berhenti minum di destinasi  pertama SK. Banggu, meneruskan kayuhan sehingga destinasi ke 2 iaitu di Pantai Irama Bachok  dan seterusnya meneruskan kayuhan hingga destinasi terakhir iaitu Pantai Sri Nipah  Bachok untuk  menjalankan aktiviti seterusnya. Sesampai di sana nanti semua murid akan berkhemah selama 3 hari 2 malam sempena aktiviti perkhemahan Badan Unit Beruniform SKKK 1/2011. Peserta kayuhan akan berkayuh pulang ke sekolah pada hari Rabu dan dijangka tiba semula di perkarangan SKKK 1 pada jam 12.00 tgh hari Rabu nanti. Aktiviti yang  menarik ini mendapat sambutan hangat dari semua murid-murid tahap 2 SKKK 1 dan juga Penolong Kanan kokurikulum, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail serta beberapa orang guru lelaki turut serta berkayuh bersama-sama murid. Upacara perasmian pelepasan telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKKK 1, Tn. Hj. Mohd Yunus @  Halim b. Tahir. Walaupun Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh  tidak dapat hadir dalam majlis pada hari ini, kerana tugasan rasmi di luar Negeri Kelantan, beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid /peserta yang  menyertai aktiviti Kayuhan Emas SKKK 1/ 2011.

May 9, 2011

SKKK 1 TEMPAT KE TIGA DALAM MALAYSIAN CYBERGAMES FESTIVAL

"Menggemilangkan Akademik"




Tahniah  dan syabas di ucapkan kepada pasukan SKKK 1 yang telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan CyberGames yang berlangsung pada minggu lepas. Pada 3 - 6hb. Mei, 2011, SK. Kubang Kerian 1 telah menghantar 8 orang wakil murid dan 2 orang wakil guru  untuk menyertai Program Malaysian CyberGames Festival 2010/2011 - Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Cyberjaya Selangor. SKKK 1 yang menjuarai pertandingan tersebut pada peringkat negeri tahun 2010 mewakili Negeri Kelantan dalam program yang dianjurkan oleh Cyberview Sdn. Bhd  tersebut.
Sepanjang pertandingan tersebut peserta di tempatkan di Hotal Pelace Of Golden Horse Seri Kembangan.Pertandingan CyberGames merangkumi dua bentuk permainan interaktif iaitu Sharp Shooter (padankan perkataan sama maksud) dan let's count. Selain itu peserta juga diajar cara untuk menghasilkan filem pendek. Antara kemahiran yang diajar ialah penulisan skrip, pembentukan watak/karekter, storyboard, shooting, pengarahan dan editing.
Pasukan SKKK 1 yang dinimbing oleh Cikgu Wan Ramlah dan Cikgu Md Ruiz mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tempat pertama dijuarai oleh SJKC Kwang Hwa dari Pulau Pinang, manakal tempat kedua dimenangi oleh SJKC Khoon Aik dari Perlis.
Dalam permainan CyberGames, pasukan SKKK 1 mendapat mata tertinggi jauh meninggalkan pasukan negeri lain. Peserta SKKK 1 Azwar Hafiy mendapat mata tertinggi iaitu 39 600, Khairul Afif 24 000 dan Khairul Fahmi 23 300 jauh meninggalkan peserta negeri lain yang mojoriti mendapat mata 6 000 hingga 10 000 sahaja.
Namun nasih tidak menyebelahi pasukan SKKK 1 apabila dalam penghasilan filem pendek. Pasukan SKKK 1 mendapat mata terendah, menyebabkan SKKK 1 jatuh tempat ke tiga dari segi purata markah keseluruhan yang merangkumi 60% mata games dan 40% untuk filem.
Sebagai pemenang tempat ke tiga pasukan SKKK 1 telah membawa pulang dua buah komputer peribadi, piala pusingan, piala iringan beserta sijil penghargaan. Pasukan SKKK 1 berazam untuk merampas tempat pertama pada edisi yang akan datang. Sehubungan dengan itu Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid dan guru yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut.

May 4, 2011

KEJOHANAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2011

"Menggemilangkan Akademik"





3 MEI, 2011 - Satu Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Kelantan 2011 telah diadakan di SMK Tiang Chandi  Pasir Mas Kelantan. SK. Kubang Kerian 1 turut menghantar wakil seramai beberapa orang murid untuk menyertai kejohanan tersebut. Murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam kehonanan ini ialah Nik Md Hasif b. Nik Abd. Aziz, Adley Hakim b. Md Saipul Bahri, Wan Nur Maisarah bt. Wan Md Nasrudin, Nik Norafatin Solehah bt. Nik Azli dan Nurul Asyiqin bt. Aziz. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh  mengucapkan syabas dan tahniah atas penyertaan semua murid dan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat dalam persembahan ini, walaupun hanya memperolehi tempat saguhati, namun mereka telah membuat yang terbaik. Insyallah ada masa dan ketika cuba lagi ditahun hadapan.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.