GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 21, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

"Menggemilangkan Akademik"




KHAMIS 19 MEI, 2011 - Sambutan Perayaan Hari Guru 2011 peringkat sekolah telah diadakan dengan meriah sekali. Pelbagai acara menarik telah diadakan, bermula dengan senamrobik perdana yang melibatkan seluruh warga SKKK 1. Semua murid, guru dan kakitangan sama-sama melibatkan diri bersenamrobik yang dikendalikan oleh guru senamrobik, dijemput khas untuk aktiviti pada hari ini. Sejurus selepas aktiviti senamrobik, beberapa acara padang dan dewan diadakan seperti permainan petong yang diketuai oleh Tn. Guru Besar sendiri, permainan sambutlah daku (menyambut belon yang berisi air) dan permainan lebah mencari madu (mengutip gula-gula dalam tepung gandum). Selesai saja acara padang, acara  dewan menyusul dengan mengetengahkan bakat-bakat guru dalam bidang nyanyian dan juga lakonan. Beberapa orang guru telah menunjukkan bakat masing-masing di hadapan semua murid-murid yang menjadi penonton setia sepanjang aktiviti berjalan. Dalam majlis yang sama juga turut diumumkan keputusan pertandingan perkhemahan yang talah diadakan pada awal minggu ini. Pasukan Beuniform Tunas Puteri SKKK 1 telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dalam perkhemahan tersebut. Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.