GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 9, 2011

SKKK 1 TEMPAT KE TIGA DALAM MALAYSIAN CYBERGAMES FESTIVAL

"Menggemilangkan Akademik"




Tahniah  dan syabas di ucapkan kepada pasukan SKKK 1 yang telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan CyberGames yang berlangsung pada minggu lepas. Pada 3 - 6hb. Mei, 2011, SK. Kubang Kerian 1 telah menghantar 8 orang wakil murid dan 2 orang wakil guru  untuk menyertai Program Malaysian CyberGames Festival 2010/2011 - Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Cyberjaya Selangor. SKKK 1 yang menjuarai pertandingan tersebut pada peringkat negeri tahun 2010 mewakili Negeri Kelantan dalam program yang dianjurkan oleh Cyberview Sdn. Bhd  tersebut.
Sepanjang pertandingan tersebut peserta di tempatkan di Hotal Pelace Of Golden Horse Seri Kembangan.Pertandingan CyberGames merangkumi dua bentuk permainan interaktif iaitu Sharp Shooter (padankan perkataan sama maksud) dan let's count. Selain itu peserta juga diajar cara untuk menghasilkan filem pendek. Antara kemahiran yang diajar ialah penulisan skrip, pembentukan watak/karekter, storyboard, shooting, pengarahan dan editing.
Pasukan SKKK 1 yang dinimbing oleh Cikgu Wan Ramlah dan Cikgu Md Ruiz mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tempat pertama dijuarai oleh SJKC Kwang Hwa dari Pulau Pinang, manakal tempat kedua dimenangi oleh SJKC Khoon Aik dari Perlis.
Dalam permainan CyberGames, pasukan SKKK 1 mendapat mata tertinggi jauh meninggalkan pasukan negeri lain. Peserta SKKK 1 Azwar Hafiy mendapat mata tertinggi iaitu 39 600, Khairul Afif 24 000 dan Khairul Fahmi 23 300 jauh meninggalkan peserta negeri lain yang mojoriti mendapat mata 6 000 hingga 10 000 sahaja.
Namun nasih tidak menyebelahi pasukan SKKK 1 apabila dalam penghasilan filem pendek. Pasukan SKKK 1 mendapat mata terendah, menyebabkan SKKK 1 jatuh tempat ke tiga dari segi purata markah keseluruhan yang merangkumi 60% mata games dan 40% untuk filem.
Sebagai pemenang tempat ke tiga pasukan SKKK 1 telah membawa pulang dua buah komputer peribadi, piala pusingan, piala iringan beserta sijil penghargaan. Pasukan SKKK 1 berazam untuk merampas tempat pertama pada edisi yang akan datang. Sehubungan dengan itu Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid dan guru yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.