SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Nov 26, 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

26 NOVEMBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1





Keputusan UPSR SKKK1 2014 telah diumumkan dengan rasminya oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh pada pagi ini.Dalam ucapan ringkasnya beliau mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas buat semua murid SKKK1 yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR tahun ini. Kepada murid yang tidak berjaya memperolehi 5A, tahniah dan syabas juga buat kalian kerana telah telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi sebelum ini, cuma rezeki 5A belum berpihak pada kalian. Insyallah kejayaan pasti ada di lain masa dan ketika. Usah berputus asa, kerana perjalanan masih jauh. Teruskan berusaha untuk pencapaian yang lebih cemerlang pada tahun-tahun yang seterusnya.

Dalam ucapan ringkasnya juga, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan warga sekolah yang telah memberi kerjasama, berusaha dalam meningkatkan pencapaian cemerlang anak-anak didik SKKK1.

Ringkasan Keputusan Penuh UPSR SKKK1 2014 :-

Pencapaian 5A - 39 orang
Gred Purata Sekolah 1.88
Bilangan A Mengikut Matapelajaran :-
Bahasa Melayu (Penulisan ) -  93.7% (140 orang)
Bahasa Melayu (Pemahaman) - 97.9% (126 orang)
Bahasa Inggeris - 91.6 % (70 orang)
Matematik - 91.1% (82 orang)
Sains - 91.6 % (47 orang)

Nov 20, 2014

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2014

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

19 NOVEMBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1




   



   




 Majlis Jamuan Akhir Tahun Warga SKKK1 telah diadakan dengan penuh meriahnya pada malam ini bertemakan BOLLYWOOD bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan. Majlis yang penuh meriah itu dimulakan pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang majlis berjalan. Antaranya nyanyian solo oleh guru-guru SKKK1 lelaki dan perempuan termasuk Tn Guru Besar Tn. Hj Mohamed b. Che Noh, persembahan tarian daripada guru-guru perempuan SKKK1 serta 50 cabutan bertuah. Dalam majlis yang sama juga turut diraikan guru-guru yang akan bertukar dan bertugas ditempat baru iaitu Cikgu Rosnanah yang akan bertukar ke Sabah dan Ustaz Shakir yang akan bertukar ke Daerah Pasir Putih. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan selamat memulakan tugas di tempat baru. Semoga pengalaman selama berada di SKKK1 akan sentiasa segar diingatan.

Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dengan majlis pada malam ini serta kepada semua guru-guru dan kakitangan SKKK1 yang turut serta dalam majlis pada malam ini. Sokongan dari semua pihak dalam apa jua aktiviti yang diadakan disekolah diiringi dengan ucapan terima kasih. Insyallah panjang umur berjumpa lagi di tahun 2015.

Nov 17, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN 2014

17 NOVEMBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1







Majlis jamuan akhir tahun dan persekolahan tahun 2014 Program Pendidikan Khas Integrasi dan Pra Pendidikan Khas telah diadakan dengan jaya dan meriahnya pada 16 November, 2014. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Nasrudin b. Talib, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kelantan. Pada majlis yang sama juga beliau turut merasmikan penggunaan rasmi bangunan PPKI yang baru. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput beliau dalam majlis yang penuh meriah ini dan seterusnya beliau bersama guru besar SKKK1 serta murid-murid PPKI memotong kek harijadi sebagai simbolik sambutan hari lahir murid PPKI dan Pra Integrasi tahun 2014. Insyallah panjang umur jumpa lagi di tahun hadapan.

Nov 6, 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS SKKK1

6 November, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1






Jamuan Badan Pemimpin Kecil SKKK1 - Terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT  dan Pengawas Buku Teks  telah diadakan dengan meriahnya pada jam 1.30 tengahari ini bertempat di Crystal Lodge, Jalan Che Su Kota Bharu Kelantan. Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah Guru Besar SKKK 1, semua Penolong Kanan SKKK 1 serta guru-guru penasihat yang terlibat. Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan sesi bergambar semua pengawas yang terlibat bersama pentadbir sekolah. Pada majlis tersebut juga turut di umumkan Ketua (Wan Mohd Fadzli b. Wan Amirnizam) dan Penolong Ketua Pengawas (Nur Aqilah Balqis b. Mohd Jailani) SKKK1 untuk tahun 2015. Tn Guru Besar SKKK 1 turut menyampaikan pemberian cenderahati kepada semua pengawas yang hadir pada hari ini sebagai penghargaan sumbangan mereka sepanjang persekolahan 2014. 

Dalam majlis yang sama juga turut diadakan majlis penyerahan tugas Guru Pusat Sumber Sekolah antara Cikgu Mohd Al-Bakhir dengan Pn. Sarina kerana Cikgu Al-Bakhir telah berpindah ke SK Tengku Indra Petra Kota Bharu sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Majlis tamat pada jam 3.30 petang
Jamuan Badan Pemimpin Kecil SKKK1 - Terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah SKKK 1, Pengawas Pusat Sumber SKKK 1, Pengawas ICT SKKK 1 dan Pengawas Buku Teks SKKK 1 telah diadakan dengan meriahnya pada jam 12.00 tengahari bertempat di Crystal Lodge, Jalan Che Su Kota Bharu Kelantan. Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah Guru Besar SKKK 1, semua Penolong Kanan SKKK 1 serta guru-guru penasihat yang terlibat. Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan sesi bergambar semua pengawas yang terlibat bersama pentadbir sekolah.

Make money by copying the best: http://bit.ly/copy_win
Jamuan Badan Pemimpin Kecil SKKK1 - Terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah SKKK 1, Pengawas Pusat Sumber SKKK 1, Pengawas ICT SKKK 1 dan Pengawas Buku Teks SKKK 1 telah diadakan dengan meriahnya pada jam 12.00 tengahari bertempat di Crystal Lodge, Jalan Che Su Kota Bharu Kelantan. Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah Guru Besar SKKK 1, semua Penolong Kanan SKKK 1 serta guru-guru penasihat yang terlibat. Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan sesi bergambar semua pengawas yang terlibat bersama pentadbir sekolah.

Make money by copying the best: http://bit.ly/copy_win

Nov 5, 2014

MAJLIS KHATAM QURAN DAN MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN SKKK1

5 NOVEMBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1









Majlis Khatam Quran dan Jamuan Kesyukuran SKKK1 untuk tahun 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1.

Majlis Khatam Quran bermula jam 8.30 pagi dimulai dengan perarakan masuk murid-murid Khatan ke Anjung Bestari. Program diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran , ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKKK1 dan seterusnya ucapan dan perasmian oleh Tn. Hj. Mohd Yunus @ Ab Halim b. Tahir. Acara diteruskan dengan persembahan Nasyid oleh kumpulan nasyid SKKK1 dan seterusnya penyampaian sijil serta cenderahati kepada semua murid yang terlibat pada hari ini. Seramai 81 orang murid tahun 6 telah khatam Quran dan terlibat dalam majlis khatam pada hari ini.

Program hari ini diteruskan dengan jamuan kesyukuran sempena kejayaan cemerlang UPSR 2013.

Nov 4, 2014

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH 2014

4 NOVEMBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

 

 

 

 Majlis Graduasi Prasekolah 2014 peringkat SKKK1 yang melibatkan Pra Sekolah Mawarm Pra Sekolah Melur dan Pra Sekolah Integrasi Pendidikan Khas, telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Anjung Bestari. 

Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama pada hari yang penuh bermakna ini buat anak-anak pra sekolah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis pada hari ini. Insyallah jika diberi rezeki yang dilebih pada tahun hadapan, beliau berharap agar majlis seperti hari ini dapat diadakan di hotel atau ditempat-tempat yang lebih istimewa agar majlis dapat dilaksanakan dengan penuh meriah lagi. Insyallah.

Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKKK1, iaitu Tn. Hj. Abdul Halim @ Yunus b. Tahir. Dalam ucapan perasmiannya, beliau amat berharap agar semua ibu bapa sentiasa mngambil berat tentang pelajaran anak-anak semasa berada di rumah. Tidak dilupakan pendidikan agama serta fardu ain janganlah sekali-kali dilupakan atau dipandang remeh oleh ibu bapa. Sesungguhnya kejayaan seseorang anak  bukan hanya perlu ditekankan oleh guru-guru disekolah, malah kerjasama dari ibu bapa dirumah amatlah penting.

Anugerah Pelajar Terbaik 2014 :-
Nik Nur Alisyha Syakila bt. Nik Azmi Badri - Pra Mawar 
Nur Dhia Khasif bt. Mohd Noor Zapdy  - Pra Melor
Mohd Nazieff b. Mohd Yusoff - Pra Integrasi 

Anugerah Kehadiran Terbaik 2014 :-
Ain Batrisyia Ramadhani bt. Mohd Yusaini - Pra Mawar
Nur Aida Farhana bt. Syairul Amree - Pra Melor
Muhammad Amirul Akhwani b.  Nizam - Pra Integrasi

Oct 30, 2014

30 OKTOBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1







Jamuan Perdana Murid Tahun 6 SKKK1 telah diadakan dengan meriahnya pada tengahari ini bertempat di TnAnjung Bestari SKKK1. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya, beliau sempat berpesan dan menasihati semua murid tahun 6 agar sentiasa menjaga nama baik sekolah, diri sendiri dan juga keluarga walau dimana sahaja berada. Melangkah masuk ke tingkatan 1 merupakan satu alam dan suasana baru bagi semua murid dan begitu banyak cabaran dan dugaan bakal menanti. Oleh itu beliau meminta semua murid agar dapat menggunakan semua ilmu yang telah diperolehi semasa di sekolah rendah selama 6 tahun dengan sebaik-baiknya. Agar semua dugaan serta cabaran dapat diatasi secara bijaksana. Insyallah. 

Dalam majlis yang sama juga turut disampaikan hadiah cenderahati kenang-kenangan kepada semua ustaz yang terlibat dalam Program Pemantapan Ibadah (murid tahun 6) pada minggu lepas. . Seterusnya Tn. Guru Besar berharap agar semua murid dapat hadir pada 26hb November 2014 ke sekolah kerana tarikh peperiksaan UPSR akan diumumkan pada hari tersebut. Oleh itu beliau berharap agar semua murid SKKK1 akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Insyallah.

Oct 21, 2014

PERKONGSIAN BAHAN ABM

21 OKTOBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1


Bersama-sama ini saya kongsikan sedikit bahan bantu mengajar, semoga ianya memberi manafaat kepada ramai orang. Insyallah. Kepada yang berminat silakan download.


 
 
 
 
 


PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.