GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 23, 2015

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT PERINGKAT SEKOLAH

SK KUBANG KERIAN 1- 23 APRIL 2015

SK Kubang Kerian 1 pada hari ini telah melancarkan satu program Jom Membaca 10 minit.Program yang berlangsung selama 10 minit ini telah dilaksanakan serentak di SK Kubang Kerian 1  pada jam 10.00 pagi. Pada waktu ini, semua warga SK Kubang Kerian 1 termasuklah guru, murid dan kakitangan  sekolah telah  membaca apa jua bahan bacaan seperti buku, surat khabar dan  majalah. Terdapat juga di kalangan warga sekolah yang membaca melalui alat digital terkini telefon bimbit dan juga  I-Pad.   

       Bagi memastikan program ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, Pusat Sumber SK Kerian 1 turut menyediakan bahan bacaan tambahan termasuklah majalah-majalah berunsurkan pendidikan dan buku-buku fiksyen dan non-fiksyen. Kesemua bahan bacaan yang dipilih disediakan dalam bentuk pinjaman berkelompok. 
      
     Diharap program seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang bagi memastikan budaya membaca terus menjadi amalan harian.  Bak kata pepatah, ” Membaca Jambatan Ilmu”.










Apr 22, 2015

TAKWIM PEPERIKSAAN 2015

     

  •           Latihan 1 - 2-4 MAC
  •           Latihan 2 - 18-20 MEI
  •           Percubaan 1 -29 JUN – 1JULAI
  •     Percubaan 2 - 3-5 OGOS
  •     Peperiksaan UPSR -8-10 SEPTEMBER
  •           Pep.Akhir Tahun -2-4 NOVEMBER

LINUS ONLINE

Makluman untuk semua guru yang mengajar BM,BI dan Matematik.Pengisian di Portal Linus telah dibuka dan boleh diisi mulai sekarang sehingga 27 April 2015.Guru-guru bolehlah menggunakan link ini..

UJIAN SEGAK SKKK1

SK KUBANG KERIAN 1 - 22 APRIL 2015
SK Kubang Kerian 1 pada hari ini telah menjalani ujian SEGAK untuk semua murid tahun 4.Ujian SEGAK ini dijalankan selama 2 hari iaitu hari pertama untuk murid tahun 4 dan hari kedua untuk murid tahun 5.









SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"

Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.

Konstruk yang diukur:
Perkembangan fizikal murid
Kecergasan
Senaman

Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:

Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama.
Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam Sistem Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah.
Keselamatan mengendali Ujian SEGAK:

1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a)disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal;
(b)mengidap penyakit kronik; dan
(c)tidak sihat pada waktu ujian.

2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4.Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5.Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

Komponen Kecergasan

Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu;
Komposisi badan
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan otot
Kekuatan otot
Kelenturan


Item Bateri Ujian

Indeks jisim badan
Naik turun bangku
Tekan tubi
Ringkuk tubi separa
Jangkauan Melunjur


Ujian Indeks Jisim Badan

Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan:
Menilai komposisi badan

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:
Pengukur tinggi
Penimbang berat
Borang skor

Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:


Indeks Jisim Badan  =         Berat badan (kg)
                                       Tinggi (m) x  Tinggi (m)


Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.






* (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)

Apr 16, 2015

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKKK1 2015 - HARI KEDUA

SK KUBANG KERIAN 1- 16 APRIL 2015

SK.Kubang Kerian 1 telah  menyempurnakan  acara sukan tahunan pada hari ini dengan penuh meriah dan gilang gemilang.Acara sukan tahunan dimulakan seawal 7.45 pagi bermula dengan perarakan setiap kontigen rumah sukan iaitu,Pasukan Merah, Pasuhan Kuning,Pasukan Biru,Pasukan Hijau dan diikuti oleh Pasukan Ungu.Acara perarakan dan perbarisan ini berlangsung dengan lancar.

         Acara sukan diteruskan dengan acara balapan serentak dengan acara padang.Kemuncak acara sukan pada hari ini dimeriahkan lagi dengan acara jemputan iaitu lari berganti-ganti 4x100 meter lelaki.Pasukan yang menyertai acara tersebut ialah SK.Sultan Ismail 4,SK Pasir Hor,SK Wakaf Stan dan SK Padang Kala.Acara ini telah dimenangi oleh SK Sultan Ismail 4.Pasukan tuan rumah hanya berpuas hati dengan mendapat tempat ketiga.

        Majlis penyampaian hadiah disempurnakan sebaik saja setiap acara yang dipertandingkan selesai.Acara penutup telah diadakan dianjung MCN dengan diraikan oleh semua warga SKKK1.Dalam kejohanan Sukan Tahunan SKKK1 2015 ini Pasukan Biru telah mendapat tempat pertama diikuti oleh Pasukan Kuning,Pasukan Merah,Pasukan Hijau dan Pasukan Ungu Mohd Danish Ikram dari Pasukan Merah telah diumumkan sebagai olahragawan sekolah manakala olahragawati telah disandang oleh adik Wan Nor Shafiqa bt Wan Azlan juga dari Rumah Merah.

         Setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SK Kubang Kerian 1 2015.












                                           
  Pasukan Jemptan dari SK Padang Kala

                                       
     Pasukan SK Ismail 4 ( Johan acara 4x 100 meter )

                               




Apr 14, 2015

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKKK1- HARI PERTAMA

SK KUBANG KERIAN 1 - 14 APRIL 2015

Hari pertama sukan tahunan SKKK1 dimulakan dengan acara perasmian yang disempurnakan oleh Tn. Hj Mohamed bin Che Noh dianjung MCN.Sebelum majlis bermula,semua murid telah dibekalkan dengan makanan.Semua ahli Pasukan Rumah telah berkumpul dianjung MCN untuk bersedia dengan acara-acara yang akan berlangsung pada hari ini. Acara yang berlangsung pada hari ini ialah Sukaneka dan Acara Padang.




TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKKK1 2015



Apr 13, 2015

PERHIMPUNAN MINGGUAN

SK KUBANG KERIAN 1-12 APRIL 2015

Perhimpunan sekolah pada minggu ini diadakan khusus untuk penyampaian hadiah untuk kejohanan bola jaring dan bercerita Bahasa Melayu .Dalam kejohanan bola jaring,SKKK1 telah menempa sejarah apabila telah menjuarai kejohanan tersebut.Manakala bagi pertandingan bercerita Bahasa Melayu,SKKK1 telah mendapat tempat pertama bagi kedua-dua tahap iaitu tahap 1 dan 2.Johan Bercerita Tahap 1 talah dimenangi oleh adik Nur Hanim Athirah dari kelas 3 Cakna dan adik Nur Syifat Nadiah telah memenangi bagi kategeri tahap 2.










Apr 5, 2015

PERHIMPUNAN MINGGGUAN

SK KUBANG KERIAN 1 - 5 APRIL 2015
Perhimpunan mingguan kali ini dimulai dengan laporan dari Cg Rusydan iaitu guru bertugas pada minggu lepas.Majlis juga telah diisi dengan pelbagai acara persembahan iaitu persembahan  bercerita dan persembahan nasyid oleh murid-murid yang memenangi johon qit kota jembal baru-baru ini.Majlis juga diselitkan dengan acara penyampaian sijil kepada murid yang memenagi MTQ baru-baru ini dan penyampaian sijil penyertaan larian Forever Fit Charity Run Kota Bharu 2015 yang diadakan di HUSM pada 4 mac 2015.







PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.