GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 31, 2009

**PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SKKK1**





Perkhemahan Unit Beruniform SKKK1 diadakan pada 29,30 & 31 Julai 2009.Perkhemahan ini disertai oleh seramai 200 murid tahap 2 yang terdiri daripada unit-unit uniform seperti Pengakap,Tunas Puteri,Puteri Islam,Persatuan Bulan Sabit Merah dan KRS.Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk memenuhi slot perkhemahan ini.Antaranya ialah pertandingan kawad kaki,pertandingan khemah,pertandingan masakan,aktiviti ceramah,qiamullail,senaman pagi dan sebagainya disediakan demi untuk mempertingkatkan pencapaian murid daripada segi kokurikulum yang merangkumi aspek sosial,emosi dan juga sahsiah murid di samping memperolihi ilmu yang berguna.Menurut Penolong kanan Kokurikulum Tn.Hj.Hilmi b.Ismail,walaupun cuaca agak kurang baik sejak minggu lepas,namun aktiviti ini diteruskan juga demi untuk memastikan murid-murid SKKK1 berkembang dengan sihat daripada segi rohani,jasmani,emosi,intelek dan sosial.Sementara Guru Besar Skkk1 amat berbesar hati dan berbangga melihat sambuntan yang begitu menggalakkan daripada para pelajar dan juga guru-guru SKKK1.Semoga aktiviti-aktivit sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang demi kecemerlangan dan kegemilangan SKKK1."Sama-sama gemilangkan SKKK1"

**PROGRAM TUNAS GEMILANG**





Tanggal 29 Julai 2009,Program Tunas Gemilang telah dianjurkan dengan jayanya oleh SKKK1 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Institut Sukan Negara ini telah menerima penyertaan seramai 300 orang murid sekolah ini yang berusia antara 7 – 12 tahun.

Menurut Guru Besar SKKK1, seawal pagi lagi para fasilitator yang seramai 30 orang,10 orang guru dan 300 orang murid SKKK1 sudah memenuhi ruang Dewan Mohamed Che Noh ( MCN )begitu bersemangat untuk menjalani tujuh ujian kecergasan yang telah ditetapkan oleh pihak ISN ( Institut Sukan Negara ) dalam program ini.

Ujian yang perlu dilakukan oleh setiap peserta ialah larian 1600 m bagi kanak-kanak berusia yang berumur 10-12 tahun manakala larian 800 m untuk peserta yang berumur 7-9 tahun, pengukuran berat badan dan ketinggian, lari pecut 20m, lompat jauh berdiri, lari 4 x 10 m ulang alik dan baling bola keranjang.Antara objektif Institut Sukan Negara adalah:
1.Memastikan semua kanak – kanak di seluruh negara melalui proses mengenalpasti bakat dan pendedahan kepada asas sukan secara lebih sistematik dan efektif. Memastikan semua kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun diberi peluang untuk diuji tahap kecergasannya.
2 Menjadikan sekolah-sekolah sebagai Pusat Mengenalpasti Bakat di peringkat akar umbi.
3 Mewujudkan serta melatih lebih ramai penguji di kalangan guru-guru secara aktif dan berterusan. Program ini mensasarkan sekurang-kurangnya 50 orang guru penguji bagi setiap negeri dan sekurang-kurangnya seorang guru bagi setiap sekolah untuk melatih peserta secara berterusan, memberi pendedahan mengenai asas kemahiran sukan dan sebagainya kepada para peserta kelak.
4 Memupuk disiplin dan menanam serta mengamalkan nilai – nilai murni dengan semangat kerjasama di kalangan peserta yang berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang.
5 Menggalakkan penglibatan dan sokongan ibu bapa yang aktif secara berterusan sebagai sukarelawan program di peringkat akar umbi.


Ujian yang perlu dilakukan oleh setiap peserta ialah larian 1600 m bagi kanak-kanak berusia yang berumur 10-12 tahun manakala larian 800 m untuk peserta yang berumur 7-9 tahun, pengukuran berat badan dan ketinggian, lari pecut 20m, lompat jauh berdiri, lari 4 x 10 m ulang alik dan baling bola keranjang.

**PENYERTAAN PERTANDINGAN MULTIMEDIA & WEB**





Dalam usaha SKKK1 membudayakan ICT dalam kalangan pelajar seramai 5 orang murid SKKK1 telah dihantar untuk menyertai pertandingan multimedia dan membina laman web sekolah pada 15 Julai dan 21 julai 2009.Pertandingan berlangsung di Dewan Teratai,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kelantan.Pertandingan ini diadakan sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi yang dirancang oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. Program Pembangunan Sains dan Teknologi ini di adakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya sains dan teknologi dalam proses pembangunan negara. pelbagai katogeri dipertandingkan termasuklah katogeri sekolah rendah,katogeri sekolah menengah,pengajian tinggi,pejabat-pejabat kerajaan dan sektor awam.Para peserta Skkk1 terdiri daripada Adik Ariff Rezza B. Ariffendi , Muhammad Husnan B. Anuar Musadda, Nur Fatin Syifaa', Nur Ayuni, Nur Hamiza Bt. Mohammad Hilmi. Barisan peserta ini telah bertungkus-lumus bagi menyahut seruan ke arah pembudayaan ICT sekolah seperti yang selalu diwar-warkan oleh Guru Besar Sekolah, Haji Mohamed B. Che Noh. Semoga dengan penyertaan dalam pertandingan yang sihat sebegini SKKK1 akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik ICT sebagaimana seruan kerajaan Malaysia ke arah peluasan sekolah bestari."SAMA-SAMA BUDAYAKAN ICT SKKK1 & GEMILANGKAN AKADEMIK SKKK1"

Jul 12, 2009

**PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA SKKK1 DENGAN PPD KOTA BHARU**




Bola sepak Skkk1 terus mengorak langkah dalam arena sukan yang tersohor dewasa ini.Pada 8 hb.Julai baru-baru ini satu perlawanan persahabatan antara pasukan guru Skkk1 dengan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu(PPD KB)telah diadakan di padang Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.Kelihatan di dalam gambar pasukan Skkk1 berjersi biru manakala pasukan PPD Kota Bharu berjersi kuning.Pasukan Skkk1 terdiri daripada guru-guru dan kakitangan Skkk1,manakala pasukan PPD dianggotai oleh pegawai-pegawai PPD dan beberapa pelajar Maktab Sultan Ismail(SIC).
Turut sama turun padang dalam perlawanan ini ialah mantan pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Tuan haji Ismail yang mewakili pasukan PPDKota Bharu.Perlawanan ini berkesudahan dengan pasukan SKKK1 menewaskan pasukan PPD Kota Bharu dengan jaringan 7-3.Tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan SKKK1 Tuan Mohd Zani dibantu oleh penolongnya En.Razani.
Menurut Tuan Guru Besar,hj.mohamed B.Che Noh menang atau kalah adalah adat pertandingan.apa yang penting perlawanan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara SKKK1 dengan PPD KB selain dari untuk kecergasan fizikal dan mental.
Selain daripada bertembung dengan PPD KB,Skkk1 telah banyak mengadakan perlawanan dengan sekolah-sekolah lain sekitar Kota Bharu,antaranya dengan SK> Pasir Hor,Sk.Kedai Buluh dan Sk.Pauh lima.Dalam semua perlawanan persahabatan antara sekolah ini,Skkk1 telah berjaya menyapu bersih dengan menguasai kesemua perlawanan persahabatan tersebut.
"Sama-sama martabatkan Skkk1 dan Majulah Sukan Untuk Negara"

**PERLAWANAN PERSAHABATAN SKKK1**

Jul 8, 2009

**KEJOHANAN FUTSAL SKKK1**



Sk.Kubang Kerian 1 telah melakar sejarah dalam Kejohanan Futsal Tahun 1,2,3,4 dan 5.Kejohanan ini berlangsung di padang SKKK1.Perasmiannya telah disempurnakan oleh En.Zaki B.Majid selaku penolong pengarah unit sukan,Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.Perlawanan berlangsung antara empat pasukan.Setiap pasukan berentap dengan penuh semangat untuk merebut juara.Pasukan ini terdiri dari Rumah Merah,Kuning,Hijau dan Biru.Setiap rumah bertanding mengikut tahun.
Kejohanan sebegini dianggap melakar sejarah kerana inilah julung-julung kalinya SKKK1 menganjur pertandingan futsal secara menyeluruh mengikut kelas dan pasukan.Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:Tahun 2-Rumah Merah muncul juara,diikuti oleh Rumah Hijau sebagai naib juara,Rumah Biru tempat ketida dan rumah Kuning tempat keempat.Bagi Tahun 3 pula Rumah Hijau muncul juara,diikuti dengan Rumah Biru sebagai naib johan,tempat ketiga Rumah Merah dan tempat keempat Rumah kuning.Tahun 4 pula Rumah Kuning muncul juara,diikuti dengan Rumah Merah sebagai naib johan,Rumah Biru tempat ketiga manakala Rumah Hijau menduduki tempat keempat.Bagi Tahun 5 pula,Rumah Merah memenangi tempat pertama,Rumah Biru tempat kedua,Rumah Kuning tempat ketiga dan Rumah Biru tempat keempat.
Majlis penyampaian hadiah juga telah disempurnakan oleh En.Zaki B. Majid Penolong Pengarah Unit Sukan JPN.Tuan Guru Besar,Hj.Mohamed B.Che Noh berharap dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini,murid-murid SKKK1 akan lebih berdaya saing dan seimbang daripada segi akademik dan juga kokurikulum,bak kata pepatah "Badan Sihat Otak Cerdas"....Majulah Sukan Untuk Negara"

Jul 7, 2009

**e-CAKNA-PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK**




Tanggal 07 Julai 2009 satu majlis penyampaian Anugerah Galakan telah diadakan di Dewan Mohamed Che Noh ( MCN )Skkk1.Majlis ini dihadiri oleh murid-murid dan para ibubapa murid-murid cemerlang tersebut.Hadiah galakan berbentuk wang tunai dan lencana emas,perak dan gangsa diberikan kepada mereka yang berjaya dalam Ujian pencapaian (UBB) ke tiga bagi tahun 2009.Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Tuan Turu Besar SKKK1 Hj.Mohamed B. Che Noh.Menurut beliau,motif utama penyampaian hadiah ini diadakan dengan dihadiri oleh ibubapa adalah bertujuan untuk membakar semangat juang di kalangan bakal calon UPSR.Tuan Guru besar juga telah mengabadikan gambar kenangan pelajar cemerlang ini di bangunan utama dalam bentuk poster dan banner.
Dalam majlis ini juga ibubapa dijemput khusus untuk menandatangani rekod pencapaian ujian bulanan anak-anak mereka.Menurut Tuan Guru Besar pencapaian Ujian Bulanan ( UBB ) kali pertama,kedua dan ketiga terus meningkat.Peratus kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman adalah 96.08,Bahasa Melayu Penulisan 81.86,Bahasa Inggeris 89.71,Science 81.37 dan Mathematics pula 59.80.Daripada hasil analisa yang dibuat,didapati peratus pencapaian mata pelajaran Mathematics paling rendah.Punca utama yang dapat dikenalpasti oleh guru-guru Mathematics tahun 6 adalah kelemahan murid dalam menghafal sifir.Justeru,Tuan hj.Mohamed berseru dan merayu kepada ibubapa agar sama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan prestasi dan pencapaian anak-anak.Bantu anak-anak dalam menangani masalah lemah dalam penguasaan sifir.Dengan adanya kerjasama yang padu antara pihak sekolah dan ibubapa,kejayaan cemerlang akan dapat dicapai,ujarnya.
Pihak Kecemerlanagan Akademik Skkk1 telah merancang sebanyak 18 program sepanjang tahun ini.16 program telah berjaya dilaksanakan,manakala 2 program lagi masih belum dilaksanakan dan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.Program tersebut adalah Solat Hajat Perdana dan majlis Restu ilmu.Dengan adanya program-program bersepadu yang dirancang sebegini rupa,Tuan Hj.Mohamaed berharap agar pencapaian akademik pada tahun ini akan lebih cemerlang dan bakal memperolehi sasaran 70 peratus kelulusan sebagaimana target kita...."SAMA-SAMA BERUSAHA KE ARAH MENGGEMILANGKAN AKADEMIK SKKK1"

Jul 5, 2009

e CAKNA-KECEMERLANGAN AKADEMIK




Unit Kecemerlangan Akademik Skkk1 yang diketuai oleh Tuan Guru Besar SKKK1 Tn,Hj.Mohamed b.Che Noh telah bermurah hati menyumbangkan sedikit hadiah kepada pelajar cemerlang dalam UBB3 yang diadakan pada bulan Jun lalu.Pelajar ini merupakan bakal calon UPSR bagi tahun 2009.Para pelajar yang berjaya mendapat 5A menerima wang dan sijil penghargaan ( emas ).Mereka yang mendapat 4A pula dihadiahkan dengan wang dan sijil (perak),manakala mereka yang mendapat 3A pula dihadiahkan dengan wang dan sijil gangsa.Tuan Guru Besar dan Puan Pk 1 sama-sama menyampaikan hadiah kecemerlangan ini kepada murid-murid yang cemerlang.Menurut Tuan Guru Besar,hadiah dan sumbangan ini diberikan kepada mereka yang berjaya bertujuan untuk memberi perangsang kepada bakal calon UPSR agar berusah dengan lebih gigih lagi demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan sebenar nanti.Dengan adanya hadiah galakan seperti ini diharapkan juga agar pelajar-pelajar lain akan lebih bersemangat dan berlumba-lumba untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti."Sama-sama gemilangkan akademik Skkk1"

Jul 2, 2009

**SUKAN GURU-Skkk1 Melangkah Dengan Garang**



SKKK 1 mencatat rekod tanpa kalah dalam perlawanan bola sepak guru-guru daerah Kota Bharu yang berlansung pada 30 jun 2009.

Pasukan bola sepak SKKK1 mula ditubuhkan pada awal tahun 2008.Semenjak penubuhan, pasukan bola sepak SKKK1 selalu terlibat dalam setiap aktiviti bola sepak daerah.Semua peringkat pengurusan dan pemain terdiri dari guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.

Dibawah bimbingan Pengurus dan merangkap jurulatih Tuan Mohd Zani serta dibantu oleh En Razani pasukan bola sepak SKKK1 berjaya memenangi beberapa siri perlawanan bola sepak.Antaranya menundukkan SK Pasir Hor 4-0,mengalahkan SK Pauh 5 dengan 5-1 dan berhempas pulas menundukkan Sk Kedai Buluh dengan jaringan 5-4.

Menurut Guru Besar, Tn Hj Mohamed bin Che Noh yang juga selaku penaung pasukan, aktiviti-aktiviti tersebut telah melahirkan guru-guru dan kakitangan yang cergas dari segi fizikal dan minda.Ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru di SKKK1 dengan guru-guru sekolah di sekitar daerah Kota Bharu..

**PERTANDINGAN MULTIMEDIA PERINGKAT NEGERI**



Sekolah Kebangsaan kubang Kerian 1 akan menghantar wakil bagi menyertai pertandingan multimedia dan laman web peringkat negeri Kelantan yang akan diadakan pada pertengahan Julai ini.Pertandingan ini diadakan sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi yang dirancang oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. Program Pembangunan Sains dan Teknologi ini di adakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya sains dan teknologi dalam proses pembangunan negaraSkrip multimedia yang bertema " Islam dan Teknologi" telah diserahkan ke meja urusetia pertandingan multimedia di Unit Teknologi Maklumat Pejabat Pentadbiran Negeri kelantan pada o1 Julai 2009.Seramai tujuh orang murid yang mengambil bahagian pada tahun ini.Guru besar SKKK1 Tn.Hj.Mohamed b.Che Noh berharap agar dengan penyertaan yang sebegini,pembudayaan ict di kalangan pelajar akan lebih menggalakkan.Semoga pasukan multimedia sekolah akan berjaya dalam pertandingan nanti.Seandainya nanti pasukan Skkk1 tidak berjaya,Tuan hj.Mohamed meminta agar para peserta tidak akan patah semangat.Anggaplah pertandingan ini sebagai pertandingan persahabatan dan matlamat sebenar kita adalah membudayakan ict di kalangan pelajar SKKK1.Tahniah juga kepada penyelaras ICT SKKK1 Pn.Wan Ramlah Daud dan AJKnya yang telah bertungkus lumus melatih para peserta ini.Teruskan usaha murni anda ini....Itulah antara luahan Tuan Guru Besar semasa menandatangani surat iringan penghantaran skrip multimedia ke meja urusetia pertandingan."Sama-sama gemilangkan akademik Skkk1 dan Sentiasa budayakan ICT di Skkk1...."

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.