GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 25, 2016

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID-MURID PPKI

25 MEI, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Sambutan Hari Lahir Murid-murid PPKI SKKK1 telah diadakan dengan meriah dan jayanya bertempat di Pantai Irama Bachok. Sambutan pada hari ini untuk murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Terima kasih di ucapkan kepada Guru Besar dan semua Pentadbir SKKK1 di atas kerjasama dan sudi meluangkan masa bersama-sama meraikan murid-murid yang dirai sepanjang majlis berlangsung. 












 

May 19, 2016

PROGRAM PENGURANGAN BERAT BADAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH

19 MEI, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang berkumpul di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi berlebihan. 

Program pengurangan berat badan dalam kalangan murid sekolah rendah anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kubang Kerian telah diadakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi - 12.00 tgh. Program ini melibatkan lebih kurang 30 orang murid-murid SKKK1 yang obesiti bersama ibu bapa masing-masing. 

Ceramah 1 tentang keburukan obesiti telah disampaikan oleh Dr Shuhaibah bt. Mohd Yusoff dari Klinik Kesihatan Kubang Kerian manakala ceramah 2 tentang Pemakanan seimbang telah disampaikan oleh Cik Farah Dahlia bt. Ahmad Ghazali, Pegawai Sains Pemakanan.

Objektif utama program ini diadakan ialah :-

Pencegahan awal dan intervensi awal penyakit kronik
Mudah mengesan remaja obes
Pengenalan kepada tingkah laku
Pengambilan pemakanan sihat
Remaja adalah peneraju generasi akan datang.
 
a






May 18, 2016

SAMBUTAN HARI GURU 2016

18 MEI, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2016 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 7.45 pagi - 1.15 tgh. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang sambutan berlangsung. Antaranya aktiviti senamrobik disertai oleh semua warga sekolah, acara sukaneka  untuk guru lelaki dan guru perempuan, persembahan guru perempuan, persembahan guru Fardu Ain, persembahan dikir barat guru lelaki dan persembahan khas oleh murid-murid tahun 6. 

Seterusnya guru besar SKKK1 memotong pulut kuning dan menyuapkan pulut kuning kepada ketua murid mewakili semua murid-murid SKKK1. Dalam majlis yang sama juga turut diraikan guru-guru SKKK1 yang telah bertukar pada awal tahun ini. Penyampain hadiah dan cenderahati kepada semua guru yang diraikan telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh.


 




May 9, 2016

MAJLIS PENUTUP MINGGU PANITIA MATEMATIK 2016

9 MEI, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





'TEROKAILAH DUNIA MATEMATIK'...merupakan tema minggu Panitia Matematik SKKK1 pada tahun ini. Minggu Panitia Matematik SKKK1 telah berlangsung seminggu yang lepas. Beberapa acara dan aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu. Antaranya Kuiz bertulis untuk murid tahun 1 dan 2, Kuiz Terkumpul untuk murid tahun 3, 4, 5 dan 6 dan bengkel bahan bantu PdP tahun 6.

Majlis penutup telah diadakan dengan rasminya pada pagi ini bertempat di Anjung MCM. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh , Guru Besar SKKK1.  Dalam majlis yang diadakan pada hari ini juga turut disampaikan hadiah kepada semua pemenang dan turut disampaikan Anugerah Pelajar Lancar Sifir murid tahap 1 dan Anugerah Pelajar Cemerlang Matematik tahun 4, 5 dan 6.

Objektif Minggu Panitia Matematik ialah :-
  • Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang berlaki di sekeliling mereka.
  • Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda.
  • Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.
  • Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam kelas.
  • Membuka peluang meneroka alam Matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan.

May 8, 2016

Ceramah Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR

SK KUBANG KERIAN 1 , 7 MEI 2016

Ceramah Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6 telah diadakan di Anjung Bestari pada 7 Mei 2016.
Ceramah ini disampaikan oleh Pn Moorni bt Mohd Guru Cemerlang dari sekolah SK Sultan Ismail 1.
Ceramah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada calon UPSR 2016 bagi menghadapi persediaan menjawab soalan bagi subjek Sains. Beliau telah memberi pendedahan cara-cara menjawab soalan mata pelajaran Sains dengan format terkini.Kehadiran guru dan murid amat memuaskan dan diharapkan program sebegini dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam subjek Sains UPSR 2016.




May 7, 2016

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1

7 MEI, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





Kem Bestari Solat Fasa 2 untuk murid-murid tahap 1, tahun 1 hingga tahun 3 telah diadakan pada hari Jumaat 6 Mei 2016. Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan semua murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu.

 Objektif Kem Bestari Solat  adalah seperti berikut : 

  1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.  

  2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul  (perbuatan dan            bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.      

 3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang  sempurna      sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah. 

 4  Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam kehidupan            seharian. 

 

PENULIS CELIK SKKK1

7 MEI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1













Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik Muhammad Azim Hakimi bin Mohd Mazdi (murid tahun 6 SKKK1) kerana telah berjaya menghasilkan 2 buah novel kanak-kanak. Novel ke 2 beliau yang berjudul Mr. Gamer vs Miss H telah di lancarkan baru-baru ini sempena Majlis Pelancaran Buku Penulis Tunas Super 2016 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

Semoga bakat yang ada ini akan terus berkembang di masa akan datang. Insyallah.

 

May 3, 2016

BERSAMA HORLICKS DI SKKK1


SK KUBANG KERIAN 1 -  3 MEI 2016

Program bersama Horlicks untuk murid tahun 1 dan 2 telah diadakan di Anjung MCN pada hari ini dengan jayanya.Kempen ini menggunakan pendekatan yang unik bagi menarik minat kanak-kanak di semua peringkat umur .Program ini telah menyedikan platfom untuk kanak-kanak belajar mengenai nutrisi dengan cara yang baru. Program yang berlangsung selama 45 minit ini telah disajikan dengan persembahan yang menarik  menerusi permainan NutriQuest. Diakhir program ini murid-murid dapat menikmati hidangan minuman yang bernutrisi tinggi ini secara percuma.








CORETAN PAGI ISNIN DI SK KUBANG KERIAN1

SK KUBANG KERIAN  1 - 2 MEI 2016

Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan Panitia Bahasa Melayu SKKK1 telah diadakan dengan penuh meriah pada pagi ini di tapak perhimpunan pagi. Majlis dimulakan di awal pagi dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Panitia Bahasa Melayu iaitu Cikgu Mohd Suhaimi dan seterusnya di susuli dengan upacara perasmian oleh Tn.Guru Besar Hj Mohamed bin Che Noh.Majlis ini juga turut diserikan dengan  persembahan dari murid-murid SKKK1 .Majlis ini juga telah diselang seli dengan penyampaian hadiah semua pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan Panitia Bahasa Melayu. Antara pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan Bahasa Melayu ini ialah Pertandingan Mewarna Poster Tahun 1,Pertandingan Kuiz Permainan Bahasa Tahun 2,Pertandingan Kuiz Silang Kata Tahun 3,Pertandingan Bercerita tahap 2 iaitu Tahun 4,5 & 6 dan Pertandingan Bercerita Berintonasi Tahap 1 serta Bacaan Cerpen tahap 2.






 Upacara Perasmian dan Penutup telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar SKKK1



Cikgu Suhaimi selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu sedang memberi ucapan


  Wakil murid tahap 1 yang memenangi acara pada Bulan Bahasa Melayu




PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS

Perhimpuanan pagi ini juga telah diselitkan dengan Penyampaian hadian dan Sijil untuk  murid pendidikan khas yang telah menyertai acaran Kejohanan Sukan Pendidikan Khas pada minggu lepas Peringkat PPD Kota Bharu.





PENYAMPAIAN SIJIL UNTUK PEMAIN TENIS SEKOLAH 

Kejohanan Tenis Remaja Kebangsaan 2016 pusingan 4 yang diadakan pada 21-24 April 2016 bertempat di Kota Bharu telah  disertai oleh 4 orang murid  SKKK1.Mereka terdiri dari Peserta Perempuan dan Lelaki bawah 10 tahun iaitu adik Najmatul Tahirah dari 4 Cakna, adik Wildan dari 4 Cakna,adik Nazmi dari 6 Cerdik  dan adik Ahmad Najmi dari Kelas 6 Cakna.Di Kejohanan Anjuran Lawn Tennis Association  of Malaysia & camp dan Persatuan Tenis Kelantan ini telah mencipta sejarah dan kenangan manis buat adik Najma Taahirah apabila beliau berjaya merangkul tempat ketiga untuk acara tenis perempuan bawah 10 tahun.Kini adik Najma Tahirah sedang beraksi di Kejohanan Tenis Remaja di Hadyai Thailand.Syabas dan tahniah untuk guru para pemain tenis SKKK1.



Adik Najmatul Tahirah yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan 
tenis peringkat kebangsaan.




RIANG RIA BERSAMA PAPERMATE DI SKKK1









PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.