GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 29, 2011

SUKAN TAHUNAN DAN LARIAN MINI 2011

"Menggemilangkan Akademik"






Sukan Tahunan dan Larian Mini SKKK 1 2011 telah diadakan pada 27 dan 28 September, 2011 bertempat di Padang SKKK 1. Semua murid SKKK 1 terlibat dan aktiviti ini.Pada 27 September, 2011 acara sukan dimulakan dengan acara sukaneka bagi murid-murid tahap 1, manakala tahap 2 terlibat dengan acara padang seperti lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Pada 28 September, 2011 larian mini SKKK 1 disertai oleh murid-murid tahap 2 mengikut rumah sukan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan bagi yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan insyallah......

SELAMAT HARI LAHIR...

"Menggemilangkan Akademik"



Majlis penyampaian Cenderahati Ulang Tahun Kelahiran daripada Kelab Guru dan Kakitangan SKKK 1 telah disempurnakan pada hari Ahad 25 September, 2011. Penyampaian cenderahati ini telah disampaikan oleh  Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat khas bagi guru-guru dan kakitangan yang lahir pada bulan Ogos, dan September. Istimewanya kelahiran pada bulan Ogos dan September ini diketuai oleh Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dan diikuti oleh Pn. Kanan HEM Pn. Norani bt. Abdullah .Seluruh warga SKKK 1 mengucapkan Selamat Ulang Tahun dan Semoga Kebahagiaan Berpanjangan........... 

Sep 21, 2011

LAWATAN MGB BATU PAHAT JOHOR

"Menggemilangkan Akademik"


Satu rombongan lawatan 'Benchmark' oleh Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Batu Pahat Johor telah berkunjung ke SKKK 1 pada  20 Sept. 2011 (Selasa). Rombongan ini disertai oleh seramai 30 orang guru besar Daerah Batu Pahat Johor. Sepanjang lawatan mereka ke SKKK 1, rombongan lawatan sempat melawat ke Kelas Pra Sekolah  dan menerima sedikit taklimat ringkas daripada Tn. Guru Besar SKKK 1. Dalam taklimat ringkas yang diberikan, Guru Besar SKKK 1  telah memaklumkan beberapa perkara mengenai SKKK 1 termasuklah usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pencapaian UPSR yang sentiasa meningkat setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan setiap tahun ialah  guru bersama murid tahun 6 menunaikan solat hajat setiap pagi selama 40 hari, mengadakan jadual anjal yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Perjumpaan bersama ibubapa murid tahun enam juga kerap diadakan sepanjang tahun untuk memaklumkan perkembangan prestasi anak-anak mereka. Semua aktiviti yang diadakan oleh  sekolah telah mendapat sokongan dan kerjasama yang baik dari semua ibubapa/penjaga. Ini dapat dilihat semasa sekolah mengadakan perjumpaan guru tahun 6 bersama ibubapa dan sembahyang hajat perdana. Kelihatan hampir 100% ibubapa hadir  memberi sokongan dan dorongan untuk kejayaan anak-anak mereka juga. Dalam taklimat ringkas itu juga Guru Besar ada memaklumkan kejayaan Pra Sekolah SKKK 1 dalam memperolehi Pra Sekolah 5 Bintang,  dipengaruhi oleh usaha para guru serta kerja berpasukan yang diamalkan dalam organisasi sekolah. Usaha para guru amat penting sekali memandangkan setiap hujung tahun Pra Sekolah akan ditengelami air banjir dan banyak peralatan serta bahan bantu mengajar yang terkorban apabila datangnya musim tengkujuh. Namun kerana usaha yang berterusan bahan bantu yang terkorban ditengelami air akan dibuat semula atau dibaikpulih agar kelihatan seperti tidak ada apa yang berlaku.
Diakhir taklimat ringkas tersebut, Guru Besar SKKK 1 mengucapkan terima kasih kepada semua diatas kesudian melawat SKKK 1 pada hari ini. Sesungguhnya apa yang baik itu diharapkan dapat dilaksanakan secara berpanjangan dan mendapat keberkatan dariNYA, insyallah.

Sep 20, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

"Menggemilangkan Akademik"
Sambutan Hari Raya bagi kumpulan Tahun 1 dan 2


Sambutan Hari Raya di Anjung MCM bagi murid-murid tahun 6

 Semua murid SKKK 1 kusyuk mendengar taklimat ringkas daripada guru bertugas mingguan sebelum bermulanya acara Sambutan Hari Raya


Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hj. Wan Rosnani bt. Wan Hamat  
dan Penolong Kanan Kokurikulum Tn. Hj. Mohd Helmi b. Ismail 
bergambar kenangan dengan Murid Berpakaian Paling Menepati Tema Hari Raya

Pemberian duit raya kepada murid-murid tahun 6 oleh Tn. Guru Besar SKKK 1

Segak Berbaju Melayu Biru - Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh

Pemberian duit raya kepada murid-murid SKKK 1 oleh 
Penolong Kanan Kokurikulum, Tn. Hj. Mohd Helmi b. Ismail

Sebahagian Guru Lelaki SKKK 1 Bergambar Kenangan 
Bersama Tn. Guru Besar SKKK 1

20 SEPTEMBER, 2011- Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini dengan meriah sekali. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan semua warga sekolah di tapak perhimpunan pagi. Seterusnya Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyampaikan ucapan ringkas tentang kebesaran sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam setelah dapat melaksanakan kewajipan berpuasa selama satu bulan. Pada bulan yang mulia ini umat islam dituntut untuk bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Beliau berharap agar majlis yang diadakan pada pagi ini akan memberi peluang kepada semua warga SKKK 1 untuk merapatkan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung majlis ini juga dapat mewujudkan semangat kekeluargaan, perpaduan, bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Dalam ucapannya, Tn Guru Besar berharap walaupun semangat kekeluargaan ditempat kerja tidak setebal pertalian keluarga sendiri namun ianya tidak kurang penting dalam menentukan keharmonian sesebuah organisasi. Diakhir ucapannya beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SKKK 1 dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada hari ini.
Seterusnya sambutan diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada semua murid SKKK 1,  oleh Tn. Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Pendidikan Khas. 
Sambutan diteruskan lagi dengan jamuan makan pelbagai juadah  yang dibawa oleh murid-murid di kelas masing-masing. Manakala semua murid tahun 6 menjamu selera di Anjung MCN. Pada jam 11.00 pagi acara dewan diadakan di Anjung Bestari SKKK 1, dimulakan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh semua guru yang telah ditetapkan mengikut kumpulan masing-masing.  

Sep 12, 2011

MAJLIS RESTU ILMU 2011

"Menggemilangkan Akademik"





KHAMIS, 8 SEPTEMBR, 2011- Satu majlis yang diberi nama 'Restu Ilmu' telah diadakan di Anjung Bestari SKKK 1, antara guru-guru SKKK 1 dengan murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Md Adnan b. Md Nor, mantan Ketua Sektor Bahagian Akademik JPN Kelantan, juga merupakan bapa angkat kepada murid-murid SKKK 1. Dalam ucapan ringkasnya, beliau menasihati semua murid agar menjaga kesihatan masing-masing sebelum dan sepanjang tempoh peperiksaan berjalan. Kesihatan yang baik akan membantu murid agar dapat menjawab soalan dengan cemerlang lagi. Harapan dan doa semoga semua murid akan dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang hendaknya.

Solat Hajat bersama ibu bapa akan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di Masjid Solihen Kubang Kerian, bermula pada jam 7.00 petang, dimulai dengan Solat Maghrib, bacaan yassin, Solat Isyak, Solat Hajat dan berakhir dengan sedikit jamuan. Semua guru dan kakitangan dialu-alukan untuk menyertainya. Seterusnya sebagai jalan ikhtiar terakhir, Solat Hajat akan diadakan lagi pada hari Ahad yang melibatkan semua guru-guru yang terlibat dan murid-murid tahun 6 di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian. 

Sebagai nasihat terakhir, Tn. Guru Besar SKKK 1,  Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menasihatkan semua murid agar menggunakan ilmu yang diperolehi  sepanjang berada di sekolah ini dengan cara yang baik untuk kebaikan . Juga diingatkan kepada semua murid, bahawa kedatangan ke sekolah selepas UPSR adalah wajib kerana murid-murid masih lagi belajar untuk menduduki peperiksaan akhir tahun. Harapan dan doa semoga semua murid akan dapat menjawab dengan tenang dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang telah diberikan oleh guru sepanjang tempoh pembelajaran sebelum ini. Semoga semuanya berakhir dengan kecemerlangan....insyallah.......

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.