SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Sep 16, 2013

10 000 LANGKAH JANTUNG SIHAT

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 



16 SEPTEMBER, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1 

Aktiviti berjalan kaki 10 000 langkah anjuran dan kerjasama bersama SK Kubang Kerian 1 dan Klinik Kesihatan Kubang Kerian telah berjalan dengan jayanya pada pagi ini bermula jam 7.30 pagi. Aktiviti berjalan kaki yang diadakan pada pagi  ini melibatkan warga SKKK1 sebagai satu usaha menyahut kempen Kementerian Kesihatan Malaysia , KEMPEN CARA HIDUP SIHAT. Aktiviti berjalan kaki ini diketuai oleh Tn Guru Besar SKKK1, Tn Hj. Mohamed b. Che Noh serta semua pentadbir, guru-guru serta kakitangan sekolah. Aktiviti ini bermula dari perkarangan sekolah, melalui jalan kampung sekitar sekolah dalam lingkungan jarak lebih kurang 4 - 5 KM (10 000 langkah). 

Objektif utama program ini di adakan adalah :-
  • Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah dan juga masyarakat sekitar umumnya tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat dan
  • Untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan.

Antara aktiviti menarik sepanjang program ini berjalan ialah pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan dan juga cabutan nombor bertuah. Semua peserta yang terlibat di berikan cenderahati sehelai baju T-Shirt dan juga hamper. 

Sedikit Info Tentang Cara Hidup Sihat :-

Setiap individu patut mengamalkan cara hidup sihat tanpa mengira umur. Cara hidup sihat adalah satu aset untuk kehidupan seharian samada kita masih muda atau sudah tua. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan kita. Kesihatan
yang baik membantu kita untuk menjadi lebih produktif dan membolehkan kita menikmati hidup pada tahap optima. Kunci untuk kehidupan yang sihat dalam kehidupan adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, tidak merokok, makan secara sihat dan belajar untuk menangani tekanan.


Cara hidup sihat :-
• Meningkatkan status kesihatan 
• Mengurangkan risiko mendapat serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.
• Membuat kita kelihatan dan merasa lebih baik pada diri sendiri.
• Membolehkan kita memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati  kehidupan.


Sep 10, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 


SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH PADA 10 - 12 SEPTEMBER, 2013, BUAT SEMUA ANAK DIDIK SKKK1.

SELURUH WARGA SEKOLAH DAN PARA IBU BAPA SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG UNTUK ANDA SEMUA. INSYALLAH.
 

Sep 9, 2013

TAHNIAH DAN SYABAS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

9 SEPTEMBER 2013 - SK KUBANG KERIAN 1


Seluruh warga SKKK1 mengucapkan tahniah dan syabas buat mantan Penolong Kanan Kokurikulum SKKK1, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail kerana telah dinaikkan pangkat menyandang Penolong Kanan Pentadbiran baru SKKK1 bermula 1 September, 2013, mengantikan PK Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat yang telah menyandang jawatan sebagai Guru Besar di SK Pasir Pekan dua bulan yang lepas.

Sep 8, 2013

AKTIVITI BERSAMA WARGA SKKK1 DI AMBANG PEPERIKSAAN UPSR

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

8 SEPTEMBER, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



Beberapa aktiviti bersama warga SKKK1 telah diadakan di ambang peperiksaan UPSR 2013 bermula petang Khamis, 5 September, 2013 iaitu Solat Hajat Perdana bersama ibu bapa dan warga sekolah SKKK1 memohon keberkatan dan dipermudahkan segala urusan bagi murid-murid yang akan  menduduki peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada Selasa - Khamis(10, 11, 12 September, 2013) minggu ini.

 






Pada pagi ini pula telah diadakan Majlis Restu Ilmu antara murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR dengan semua guru-guru SKKK1. Majlis dimulai dengan Solat Hajat di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Nyanyian lagu pembakar semangat, ucapan oleh wakil pelajar, ucapan oleh wakil murid, ucapan Guru Besar SKKK1 dan kemuncak Majlis Restu Ilmu ini, Guru Besar dan PK pentadbiran menyuap pulut kuning kepada murid lelaki, manakala wakil PIBG SKKK1, Dr. Sarwani menyuap pulut kuning kepada murid perempuan.

Seluruh warga sekolah mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG....buat semua murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2013.

PELANCARAN ALAM PEMBELAJARAN BARU BESTARI VLE FROG PERINGKAT NEGERI KELANTAN

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 


 


 Pelancaran Alam Pembelajaran Baru Bestari VLE Frog Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan dengan jayanya pada 7 September, 2013, bertempat di SMK Dato' Ahmad Maher bermula jam 9.00 pagi - 2.00 petang. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif YTL Communication Sdn. Bhd., Pn. Yasmin bt Mahmod. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang hari bertempat di Dewan Besar SMK Dato Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan. 

Semua barisan pentadbir dan duta Frog Asia SK Kubang Kerian 1 turut hadir dalam majlis tersebut yang di ketuai oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail, wakil PIBG, Dr. Sarwani, Guru ICT SKKK1, Pn Salwa dan 5 orang murid Duta Frog SKKK1.


SEPINTAS LALU: APA ITU VLE FROG
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.