"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"
16 SEPTEMBER, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1
Aktiviti berjalan kaki 10 000 langkah anjuran dan kerjasama bersama SK Kubang Kerian 1 dan Klinik Kesihatan Kubang Kerian telah berjalan dengan jayanya pada pagi ini bermula jam 7.30 pagi. Aktiviti berjalan kaki yang diadakan pada pagi ini melibatkan warga SKKK1 sebagai satu usaha menyahut kempen Kementerian Kesihatan Malaysia , KEMPEN CARA HIDUP SIHAT. Aktiviti berjalan kaki ini diketuai oleh Tn Guru Besar SKKK1, Tn Hj. Mohamed b. Che Noh serta semua pentadbir, guru-guru serta kakitangan sekolah. Aktiviti ini bermula dari perkarangan sekolah, melalui jalan kampung sekitar sekolah dalam lingkungan jarak lebih kurang 4 - 5 KM (10 000 langkah).
Objektif utama program ini di adakan adalah :-
- Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah dan juga masyarakat sekitar umumnya tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat dan
- Untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan.
Antara aktiviti menarik sepanjang program ini berjalan ialah pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan dan juga cabutan nombor bertuah. Semua peserta yang terlibat di berikan cenderahati sehelai baju T-Shirt dan juga hamper.
Sedikit Info Tentang Cara Hidup Sihat :-
Setiap
individu patut mengamalkan cara hidup sihat tanpa mengira umur. Cara
hidup sihat adalah satu aset untuk kehidupan seharian samada kita masih
muda atau sudah tua. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang
baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan
yang terbaik mengikut kemampuan kita. Kesihatan
yang baik membantu kita untuk menjadi lebih produktif dan membolehkan kita menikmati hidup pada tahap optima. Kunci untuk kehidupan yang sihat dalam kehidupan adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, tidak merokok, makan secara sihat dan belajar untuk menangani tekanan.

Cara hidup sihat :-
• Meningkatkan status kesihatan
• Meningkatkan status kesihatan
• Mengurangkan risiko mendapat serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.
• Membuat kita kelihatan dan merasa lebih baik pada diri sendiri.
• Membolehkan kita memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati kehidupan.
• Membuat kita kelihatan dan merasa lebih baik pada diri sendiri.
• Membolehkan kita memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati kehidupan.
No comments:
Post a Comment