GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Dec 31, 2010

::Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2011::

 Sk.Kubang Kerian1-Tanggal 30 Disember 2010,satu mesyuarat guru telah dadakan di Bilik Gerakan Wawasan.Mesyuarat dimulakan jam 9.00 pagi dan ditangguhkan jam 12.30 tengah hari.
"Menggemilangkan Akademik"

::Sesi persekolahan Bermula 3 januari::

Adalah dimaklumkan bahawa pada hari Ahad 2 januari 2011 merupakan cuti umum bagi negeri Kelantan.Oleh itu sesi persekolahan bagi tahun 2011 akan bermula pada hari Isnin bersamaan 03 januari 2011.Harap maklum.....
"Menggemilangkan Akademik"

Dec 28, 2010

::Penyampaian Sumbangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan::

Kubang Kerian -Tanggal 25 Dec 2010,satu penyampaian sumbangan beg sekolah telah disampaikan kepada seramai 20 orang murid mukim Kenali di rumah Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh,selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JKKK Mukim Kenali).Program ini diadakan sempena musim "Kembali Ke Sekolah" .Program ini menurut Tn.Hj.Mohamed  adalah merupakan salah satu daripada  rangka projek kempen "Kembali Ke Sekolah" khas untuk anak-anak Mukim Kenali.Sumbangan ini adalah merupakan sumbangan khas daripada UMNO Bahgian Kubang Kerian.
      Menurut Tn.Hj.Mohamed,dengan adanya sumbangan sebegini,adalah diharapkan agar dapat membantu  meringankan sedikit bebanan atau tanggungan sekolah yang dihadapi oleh ibubapa sempena musim persekolahan yang bakal tiba bagi sesi 2011 ini.Selain itu,antara lain motif pemberian beg sekolah ini adalah demi untuk membakar semangat anak-anak yang bakal melangkah ke alam persekolahan bagi sesi baru ini.Semoa mereka akan melangkah dengan penuh yakin dengan adanya peralatan sekolah yang baru ini setara dengan apa yang telah dimiliki oleh rakan-rakan mereka.Meskipun penyampaian ini nampak tidaklah seberapa,namun adalah diharapkan semangat mereka yang membara akan dibawa untuk melangkah ke sesi pertama persekolah bagi tahun 2011.Kecaknaan terhadap apa yang mereka hadapi sudah cukup untuk membuktikan kepada mereka,bahawa mereka telah diberi perhatian dan pengharapan oleh pihak pentadbir,khhususnya UMNO Bahagian Kubang Kerian.Semoga sumbangan-sumbangan sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang........
      
"Menggemilangkan Akademik"

Dec 20, 2010

::Penjualan Buku Tulis::

Penjualan buku tulis  bermula
pada: 27 Dec 2010
jam 9.00 pagi di  kedai sekolah...
Guru Bertugas  ;Tg.masrol Hisham
kepada ibubapa yang ingin membeli buku-buku tulis anak-anak,
sila hadir pada hari dan masa yang ditetapkan ini.
Harap Maklum.....
"Menggemilangkan Akademik"

::Pengumuman Cuti Kelas Golden Holiday::

Perhatian kepada para pelajar Skkk1:
Pada  hari Ahad 26/12/10  kelas golden holiday dibatalkan....
Harap Maklum!!
"Menggemilangkan Akademik"

Dec 15, 2010

::Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 1::

 Adalah dimaklumkan bahawa satu perjumpaan ibubapa murid-murid tahun 1akan diadakan pada masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh     : 1 januari 2011
Hari        : Sabtu
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : Anjung Bestari Skkk1

Harap dapat kerjasama daripada pihak ibubapa murid-murid Tahun 1

"Menggemilangkan Akademik"

::Mesyuarat Guru::

Adalah dimaklumkan bahawa: Satu mesyuarat Guru-guru Skkk1 akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh     : 30 December 2010
Hari        : Khamis
Tempat   : Bilik Wawasan
Masa      : 9.00 pagi

Diharap semua guru Skkk1 dijemput hadir.....Kerjasama dari anda semua sangat-sangat diharapkan demi menjayakan mesyuarat pertama bagi sesi 2011


"Menggemilangkan Akademik"

Dec 13, 2010

::Pengumuman Untuk Briged Bestari Skkk1 ::

Perhatian !!!
Kepada semua Briged Bestari/ICT  yang telah mengisi borang "Perlantikan Briged Bestari bagi Sesi 2011",diharap bersiap sedia untuk membeli uniform masing-masing.Semua calon yang telah mengisi borang tersebut telah dipilih.Anda boleh menempah uniform di Kedai Canggih Pasir Tumbuh atau mana-mana tempat,atau kedai,asalkan warna baju,tudung atau tali leher adalah sama seperti yang telah diberitahu di dalam surat perlantikan tersebut.
sekian...Harap Maklum.
"Menggemilangkan Akademik"

Nov 25, 2010

::Surat Tawaran Murid Tahun 1::

Dijemput semua ibubapa murid tahun 1 bagi sesi 2011 datang mengambil surat tawaran dan pemberitahuan mengenai yuran murid Tahun 1 mulai 01 Desember 2010 di pejabat skkk1....Harap maklum.....
"Menggemilangkan Akademik"

Nov 18, 2010

Selamat Bercuti Untuk Semua

"Menggemilangkan Akademik"

Selamat bercuti dan berhari raya.Gunakan masa bercuti anda dengan mengisinya dengan aktiviti yang memberi manfat untuk diri sendiri dan semua.

Nov 17, 2010

::Salam 'Idul Adha::

Salam 'Idul Adha buat seluruh umat Islam amnya dan buat seluruh warga Skkk1 khususnya.....
Dengan iringan doa dan ....Maaf Zahir Batin....Buat semua!!!!!

Nov 15, 2010

::Jamuan Akhir Tahun Brigesd Bestari Skkk1::




Tanggal 14 November 2010-Satu majlis jamuan makan tengah hari Briged bestari Skkk1 sesi 2010 telah diadakan di Restoran su Tom Yam berjalan dengan baik dan seperti yang telah dirancangkan.Meskipun ianya disambut dalam suasana yang sederhana,namun ianya tetap meriah.Dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar,diikuti dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas.majlis ini dihadiri oleh semua Briged Bestari/ICT yang seramai 55 orang.Guru-guru penasihat dan para pentadbir sekolah juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.



"Menggemilangkan Akademik"

Nov 13, 2010

::Annual Dinner Bertemakan Kuning Diraja Meriah::

Tanggal 12 Nov 2010-Satu majlis Annual Dinner telah diadakan sempena mengakhiri sesi persekolahan bagi tahun 2010 telah diadakan di Restoran Syam,kota Bharu,kelantan.majlis ini berjalan seperti yang dirancangkan.majlis dimulakan pada  jam 8.00 malam dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar Skkk1,Tn.Hj.Mohamed B.Che Noh.Semua guru dan kakitangan serta AJK PIBG yang hadir memakai pakaian berwarna kuning sempena tema kuning diraja.Pelbagai acara telah diadakan termasuklah dendengan lagu daripada beberapa orang guru seperti saudara Noor Iman,En.Zuki,En.Mohd Izani,En.Mahmood,En.Wan mahmud,Tn.Hj.Mohamed Che Noh,Tn.Hj.Yunus @Halim dan beberapa orang guru lagi.Acara-acar alain yang turut diadakan adalah anugerah-anugerah khas dan cabutan bertuah.Anugerah yang paling berprestij adalah King dan Queen Skkk1 yang disandang oleh En.Nik Abdul Aziz B.Ismail dan Pn.Wan Arina Bt.Wan Hamat.
Penyandang gelaran king n queen skkk1...En.Nik Abdul Aziz dan Pn.Wan Arina
Jawatankuasa PIBG SKKK 1 sempat merakam kenangan bersama.......
ceria selalu.....menunggu juadah!!!
Makan...jangan tak makan.....
YDP PIBG,AJK PIBG dan PK HEM Skkk1 di depan pintu masuk.....

"Menggemilangkan Akademik"

Nov 11, 2010

::Peratus UPSR SKKK1 2010 Meningkat::

Tanggal 11 November- Keputusan peperiksaan UPSR  yang diumumkan di seluruh Malaysia pada hari ini telah menamatkan debaran yang dinantikan oleh seluruh warga Skkk1 dngan mendapat kejayaan yang cemerlangSatu majlis khas penyerahan keputusan UPSR telah disempurnakan denga kehadiran YDP PIBG Skkk1,Tn.Hj.Yunus@Abdul Halim B.Tahir.Suasana berjalan dengan penuh debaran.Lensa kamera kami sempat merakam aksi penyerahan tersebut.keputusan penuh juga akan kami paparkan......Sila lihat keputusan penuh seperti di bawah....
Ucapan Guru Besar dalam majlis penyerahan keputusan UPSR....

Antara barisan pentadbir sekolah yang berada dalam majlis ini...
Murid-murid dan ibubapa menunggu ...penuh debaran!!!


Tahniah......
Tahniah!!!.......
Tahniah!!!

Keputusan penuh UPSR 2010:
Sila klik di atas jadual untuk mendapatkan paparan yg lebih jelas....tq



"Menggemilangkan Akademik"

Nov 9, 2010

::Jamuan Akhir Tahun Murid-murid tahun Enam::

Tanggal 09 November 2010- Satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan sempena tahun akhir muriid-murid Tahun 6 berada di SK.Kubang Kerian 1 bagi sesi 2010 ini.majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar,Tn.Hj.mohamed b.Che Noh.Majlis berjalan dalam suasana yang meriah dan harmoni.dalam majlis ini,wakil gguru tahun 6 telah menyampaikan ucapan yang berupa nasihat agar murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah ini,akan pergi ke mana-mana sekolah menengah dalam keadaan yang baik dan penuh disiplin.Bila mereka menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah,jangan sekali-kali lupakan nasihat dan tunjuk ajar dari guru-guru SKKK1 ini.kami di Skkk1 sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.....Jadilah insan yang terbaik dan berbakti untuk agama,bangsa dan negara....
"Menggemilangkan Akademik"

::Program Cakna Linus Tegar 2010::

 Tanggal 09 November 2010-Satu perjumpaan dengan para ibubapa murid-murid katogeri Linus tegar telah diadakan di Bilik Pemulihan Khas Skkk1.Dalam majlis itu para ibubapa murid terlibat telah diberi taklimat oleh Puan PK 1.Majlis diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada para ibubapa mengenai program LINUS yang diadakan bagi murid-murid tahun 1 ini.
Antara ibubapa yang hadir....
Guru-guru LINUS Skkk1

Puan Pk1 dalam sesi ucapannya kepada para ibubapa LINUS tegar...

Khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan PK1 ,Puan Hjh Wan Rosnani Wan Hamat
"Menggemilangkan Akademik"

::Majlis Perpisahan Pengawas Sekolah::

 Tanggal 07 November 2010 Satu majlis jamuan makan tengah hari telah diadakan di Restoren Kentucky Fried Chicken ( KFC ) kota Bharu..majlis ini diadakan dalam suasana gilang-gemilang dengan dihadiri oleh semua pengawas sekolah dan para pentadbir sekolah serta guru-guru penasihat pengawas sekolah.

Majlis sedang berjalan.....Tuan Guru Besar dan PK Ko sedang menikmati juadah.. 


Guru-guru penasihat Pengawas Sekolah....

Tuan Guru Besar sedng berucap......

Para pengawas sekolah sedang menikmati juadah.....mmmmm best!!!


"Menggemilangkan Akademik"

Nov 1, 2010

::Mesyuarat Guru Skkk1 Kali Ke-3::

Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat guru kali ke-3 akan diadakan di Bilik Wawasan Skkk1 pada 02 Nov 2010,jam 1.15 tgh.Diharapkan agar semua guru Skkk1 akan dapat menghadirinya.....Terima Kasih.
"Menggemilangkan Akademik"

::UBB 5 -Peperiksaan Akhir Tahun::

Selamat menduduki Ujian Akhir Tahun Buat semua murid Skkk1....bermula : 01 Nov - 03 Nov 2010...
Semoga anda akan beroleh kejayaan yang cemerlang......
"Menggemilangkan Akademik"

Oct 26, 2010

::Program Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun Lima::


 Tanggal 25 oktober 2010- Satu Majlis Perjumpaan Antara ibubapa dan Guru serta Pentadbit dan Jawatan Kuasa kecemerlangan Akademik Skkk1 telah diadakan di Anjung Bestari Skkk1.Seramai 130 orang ibubapa yang telah dijemput ke majlis ini.Turut hadir adalah YDP PIBG Skkk1,Tuan Hj.Mohd Yunus @ Abdul Halim B.Tahir.Beliau turut berucap bagi merasmikan majlis ini.Tuan Guru Besar Skkk1 juga turut berucap dalam majlis ini.Beliau telah meninta kerjasama daripada ibubapa murid-murid Tahun Lima agar memberi perhatian yang penuh terhadap  pencapaian pembelajaran anak-anak bermula dari sekarang.Murid-murid Tahun Lima inilah yang merupakan bakal calon UPSR bagi tahun hadapan.Oleh itu,bakat mereka perlulah digilap mulai dari sekarang.
.Ucapan tuan Guru Besar .............
Kehadiran ibubapa yang menggalakkan....

Oct 25, 2010

::Taklimat Pengurusan Guru Bestari n Bengkel Juruteknik::

Satu bengkel Asas Komputer dan Taklimat pengurusan Untuk Guru Penyelaras Bestari/ICT telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Tapang pada 20,21 dan 25 Oktober 2010.Pada 20 dan 21 Oktober, bengkel ini khus untuk juruteknik FT  17 di mana mereka telah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran pemasangan komputer secara berkumpulan.semua komponan komputer telah diselerakkan dan para juruteknik diminta untuk memasangnya kembali.mereka jug didedahkan dengan pelbagai trouble shooting,software dan juga hardware.
     Pada 25 oktober 2010 pula Guru Penyelaras  Bestari ( GPB ) telah diberi taklimat mengenai pengurusan ICT bagi tahun 2011 nanti.Mereka juga diberi peluang untuk berbincang mengenai permasalahan
yang dihadapi di sekolah dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan ICT.

Sesi pemasangan komponan komputer bagi juruteknik FT 17...FT 17 Skkk1,Syarkawi Ibrahim
En.Dasuki...Pegawai PKG Tapang sedang memberi input berguna....
Penerangan mengenai .....Antivirus..Karpersky...

Sesi soal jawab GPB mengenai pelupusan hartamodal aset alih kerajaan....

Oct 19, 2010

::Pembudayaan ICT Skkk1 di Dada Akhbar::

Tanggal 18 Oktober 2010-Sinar Harian Versi Kelantan telah menerbitkan cerita mengenai "Kursus Pengurusan Briged Bestari" yang telah diadakan di Skkk1 pada 13 Oktober 2010 ( Rabu ) di bawah kelolaan Unit ICT Skkk1.
Berita Sinar harian yang bertarikh 18 Oktober 2010..
"Menggemilangkan Akademik dan membudayakan ICT Skkk1"

::Penyampaian Hadiah Galakan Bulan Seni::


Tanggal 17 Oktober 2010 - satu majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang yang telah berjaya dalam aktivit yang dijalankan spanjang Bulan Seniyang dianjurkan oleh Panitia Seni telah diadakan.M ajlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Skkk1,Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh.Hadiah diberi mengikut aliran.Semua murid dari aliran perdana telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh Panitia seni ini.
Tuan Guru Besar dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Team Panitia Seni yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.Tahniah kepada ketua Panitia Seni,Puan Wan Arina di atas kejayaan beliau mengepalai program ini.

Tuan Guru Besar dan Puan PKP sedng menyampaikan hadiah kepada para pemenang...
tahniah atas kejayaan anda!!!!

"Menggemilangkan Akademik"

Oct 18, 2010

::Amaran Bahaya Kawasan Pembinaan Bangunan Baru::

Kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung....
Adalah dimaklumkan bahawa pada masa sekarang ini,satu projek pembinaan bangunan tambahan prasekolah sedang dalam proses pembiaan.Oleh itu diminta semua murid Skkk1,jangan menghampiri kawasan atau bermain-main di sekitar kawasan pembinaan ini.Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan.....Sekian...Harap Maklum

Pembinaan sedang rancang dijalankan.....

lubang yang telah dikorek,digenangi air dan berupaya melemaskan murid-murid jika suka bermain di sini....
Kawasan pembinaan yang memungkinkan pelbagai bahaya.....hati-hati....

::Perlawanan Futsal Antara Rumah::

Tanggal 17 Oktober,Khamis-Unit kokurikulum Sk.Kubang Kerian 1 telah menganjurkan satu perlawanan futsal antara pasukan.Menurut Pk Kokurikulum,Tuan Hj.Hilmi B.Ismail,perlawana-perlawanan seumpama ini haruslah sentiasa diadakan demi memastikan anak-anak di Skkk1 sentiasa aktif dalam penglibatan kokurikulum mereka.dengan penglibatan-penglibatan sebegini,mereka bukan sahaja berjaya dalam akademik,malah dalam bidang kokurikulum jua.....

::Penyampaian Wang Ihsan Sekolah-sekolah Parlimen Kubang Kerian 2010::

     Tanggal 14 Oktober 2010-Skkk1 telah menjadi tuan rumah bagi satu Majlis Penyampaian Wang Ihsan Parlimen Kubang Kerian.Majlis ini disempurnakan di Anjung Bestari Skkk1.Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj.Nordin b.Hj.Awang,Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian.Turut hadir di majlis tersebut ialah Tn.Hj.Mohamad b Jusoh,Penolong PPD ( Pegawai Kokurikulum & Sains Sosial ) dan juga Yang Dipertua PIBG Skkk1,Tuan Hj.Mohd Yunus @ Abd Halim b.Tahir.
      Seramai 160 keluarga dari Sk.kubang Kerian 1 dan 117 orang dari Sk.Pasir Hor telah menerima sumbangan ini.Tuan Hj.Nordin dalam ucapan perasmiannya telah menyatan bahawa wang ihsan ini adalah sumbangan daripada kerajaan Pusat dan meminta agar para ibubapa yang terpilih ini menggunakan sebaik-baiknya wang ini.wang ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
      Majlis mengucapkan jutaan terima ksaih kepada Tuan hj.Nordin b.Hj.Awang,Tuan Hj.Mohamad b. Idris,Tuan Hj.Mohd Yunus@Abd Halim b.Tahir di atas kesudian mereka menyempurnakan majlis pada hari ini.
Ucapan daripada Tuan Hj.Nordin b.hj.Awang,Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian
Ucapan daripada YDP PIBG Skkk1,Tn.Hj.Mohd yunus@Abd Halim Tahir...

Tuan Guru Besar dalam majli penyampaian wang ihsan....

Penyampaian wang ihsan kepada ibubapa....
Antara ibubapa yang hadir....

Oct 15, 2010

::Kursus Kepimpinan Briged Bestari Skkk1::

Tanggal 13 Oktober 2010-Satu "Kursus kepimpinan Briged Bestari"telah diadakan di makmal Komputer Skkk1.Antara aspek yang diketengahkan dalam kursus ini adalah Asas ICT,Kolaborasi Atas Talian dan Asas Grafik.Kursus ini adalah bertujuan untuk memantapkan para pengawas ICT atau lebih dikenali dengan Briged Bestari Skkk1 dengan ilmu komputer,paling kurang asas-asas komputer.Kursus ini dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama mengikuti kelas mereka di makmal Hotmai.com di mana bagi kumpulan ke dua pula berlangsung di makmal Yahoo.com.Para penceramah dan fasilitator adalah terdiri dari guru-guru Skkk1 yang terpilih dan mempunyai asas ICT.seramai 58 orang murid terlibat dalam kursus ini.Kursus  ini diadakan sebagai memenuhi Sasaran Kerja Tahunan ( SKT ) Unit ICT SKKK1 di mana akan memperluaskan pembudayaan ICT di kalangan warga Skkk1 hingga ke tahap yang maksimum.Ianya juga selaras dengan  agenda kebengsaan di mana pada tahun 2010 ini,semua sekolah di Malaysia mesti bestari.
      Untuk itu,jawatankuasa ICT Skkk1 telah merangka satu plan strategik ke arah pembudayaan ICT warga Skkk1.....Kursus ini adalah salah satu cabang ke arah pembudayaan ICT di Skkk1.Kursus sebegini dijangka akan diperluaskan kepada pemimpin-pemimpin lain seperti pengawas sekolah,pengawas Pusat Sumber,Pengawas Buku Teks,Ketua-ketua dan Penolong-penolong Ketua Darjah dan mengikut aliran pula.Kursus ini telah mendapat sambutan  yang begitu menggalakkan daripada peserta,guru-guru dan juga ibubapa.Pihak pengurusan sekolah sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan dan juga kelicinan perjalan kursus ini.Semoga dengan latihan-latihan yang diberikan ini akan mempercepatkan proses pembudayaan ICT di skkk1.
Suasana semasa kursus sedang berlangsung.....
sesi soal jawab...

Oct 12, 2010

::Kursus kepimpinan Briged Bestari::

 Kursus kepimpinan Briged Bestari akan diadakan pada 13 Oktober 2010 bertempat di Makmal Komputer Skkk1.semua Briged Bestri dikehendaki mendaftar kehadiran bermula jam 7.15 hgga 7.45 pagi.
Anda bolehlah merujuk jadual di bawah:
klik:

"Menggemilangkan Akademik"

Oct 8, 2010

::Sambutan Hari Raya Aidil Pendidikan Khas::

 Tanggal 7 Oktober  2010 -Sambtan hari Raya Aidil Fitri bagi Aliran Pendidikan Khas Skkk1 atau lebih dikenali dengan  Rumah terbuka Aidilfitri Pendidikan Khas Integrasi SKKK 1, telah  diadakan dengan begitu ceria dan meriah,meskipun ianya agak  sederhana .Para hadirin adalah terdiri daripada  ibubapa murid pendidikan khas serta sekolah pendidikan khas yang berhampiran.Mereka dijemput khas demi  memeriahkan majlis yang diraikan pada hari ini.Para tetamu khas adalah terdiri daripada  beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Tn. Hj. Nasharuddin b. Talib hadir merasmikan majlis tersebut dengan diiringi oleh Ketua Unit Pendidikan Khas En. Che Daud b. Harun dan En. Mohd Noor b. Maun salah seorang pegawai dari Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz. Mohd Ridzuan b. Mohamed ,diikuti dengan  bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh tetamu jemputan Adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin, murid Penddikan Khas Penglihatan SK. Kg. Sireh Kota Bharu, nyanyian lagu-lagu nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan dari Kelas Integrasi Pendidikan Khas SMK. Tanjung Mas Kota Bharu, persembahan tarian daripada murid-murid Pendidikan Khas Pendengaran SK. Tengku Indra Petra Kota Bharu dan seterusnya persembahan nyanyian solo oleh adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin. Majlis yang diadakan pada hari ini bukan sahaja melibat warga pendidikan khas malah turut disertai oleh seluruh warga SKKK 1. Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai hidangan yang ditempah dan sebahagiannya disumbangkan oleh para ibubapa serta dermawan orang perseorangan. Kelihatan anak-anak pendidikan khas gembira dan ceria sekali sepanjang majlis berlangsung. Penglibatan yang amat menggalakkan dari pihak ibubapa murid-murid pendidikan khas merealisasikan objektif majlis untuk merapatkan hubungan antara ibubapa, guru-guru dan pihak sekolah. 
       Sehubungan dengan itu sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini terutama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, pentadbir SKKK1, guru-guru SKKK1, para jemputan persembahan SMK. Tanjung Mas, SK Kg. Sireh, Sk. Tengku Indra Petra serta mereka yang hadir pada hari ini yang tidak tersebut namanya. Apa yang kurang sepanjang majlis diadakan adalah diatas kelemahan kami dan apa yang baik itu tentunya datang dari yang maha pencipta. Insyaallah jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia jumpa lagi ditahun hadapan.

"Menggemilangkan Akademik"
Bersedia di hadapan juadah...
Terima kasih...duit raya ni simpan baik-baik tau!!!
Bacaan al quran drp Adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin, murid Penddikan Khas Penglihatan SK. Kg. Sireh Kota Bharu
Persembahan nasyid daripada Kumpulan nasyid Pen.Khas SMK Tanjung Mas,Kota Bharu.
Persembahan tarian drp murid-murid Pen.Khas Masalah pendengaran,Sk.Indra Putra,Kota Bharu.
Terima kasih...datang lagi tau!!!

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.