GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 21, 2014

PROGRAM OUTREACH PEMULIHAN KHAS 2014

 21 SEPTEMBER, 2014 : SK KUBANG KERIAN 1

Program Outreach Pemulihan Khas yang dianjurkan  oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan kerjasama  Pejabat Pelajaran Daerah dari 5 buah daerah iaitu PPD KB, PPD Pasir Mas, PPD Pasir Puteh, PPD Bachok dan PPD Tumpat,  guru-guru sekitar Daerah Kota Bharu serta pakar-pakar MDT (audiology, psikologi, pengliharan, cara kerja dan pegawai perubatan) telah bekerjasama menjayakan program tersebut pada hari ini bertempat di Bangunan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKKK1. Tujuan utama program ini diadakan  adalah untuk memeriksa dan membuat ujian dari pelbagai sudut kebolehan terhadap murid-murid pemulihan khas untuk ditempatkan di Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.







Sep 5, 2014

SOLAT HAJAT PERDANA SKKK1 BERSAMA IBU BAPA

5 SEPTEMBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1





Program Solat Hajat Perdana SKKK1 bersama ibu bapa khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2014 telah diadakan dengan meriahnya pada Khamis, 4 September, 2014, bertempat di Masjid Solihin Kubang Kerian. Program telahbermula seawal jam 6.30 petang dan berakhir hingga 9.00 malam. Semua guru dan ibu bapa bagi murid-murid yang akan menduduki UPSR telah terlibat dalam program ini. Program ini merupakan salah satu program wajib setiap tahun menjelang peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Harapan dan doa moga semuanya dipermudahkan olehNYA dan dapat menjawab dengan tenang seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang. Insyallah.

Sep 3, 2014

SOLAT HAJAT DAN KENDURI KESYUKURAN BANGUNAN BARU PPKI

3 SEPTEMBER, 2014 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1









Majlis Solat hajat serta kenduri kesyukuran bangunan baru PPKI telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Majlis dimulakan dengan solat hajat oleh semua guru-guru lelaki SK Kubang Kerian 1 dan seterusnya jamuan kesyukuran sempena bangunan baru PPKI. Pembinaan sebuah bangunan untuk Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SKKK1 telah siap sepenuhnya dan akan mula beroperasi bila-bila dari sekarang. Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar SKKK1 mewakili seluruh warga PPKI SKKK1 mengucapkan terima kasih kepada  KPM, JPN Kelantan, PPD Kota Bharu dan semua yang telah terlibat dalam menjayakan dan merealisasikan pembinaan bangunan baru PPKI sehingga berdiri teguh seperti hari ini. Syukur alhamdulillah ...........

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.