GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 31, 2015

MAJLIS TILAWAH ALQURAN DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL

SK KOTA JEMBAL - 30 MAC 2015

Majlis Tilawah al Quran dan Festival Nasyid 2015 peringkat QIT Kota Jembal telah berlangsung dengan penuh gemilang dan jayanya.Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai acara yang dipertandingkan.Antara acara tersebut ialah,Pertandingan Bercerita,Tilawah Al Quran,Hafazan dan Pertandingan Nasyid.SK Kubang Kerian 1 telah menggondol johan dalam 2 acara yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Bercerita Lelaki dan Acara Nasyid,SKKK1 juga telah mendapat tempat ketiga dalam 2 acara lain iaitu Tilawah Al Quran Lelaki dan Tilawah Al Quran Perempuan..Pertandingan Peringkat PPD akan berlangsung pada 7 April 2015 akan datang bertempat di BTP Pengkalan Chepa.




Mar 29, 2015

PERHIMPUNAN MINGGUAN

SK KUBANG KERIAN 1- 29 MAC 2015

Perhimpunan mingguan pada pagi diisi dengan majlis penyampaian hadiah kepada murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UBB baru-baru ni.Guru besar juga turut mengumumkan Penulis Tunas Super Mohd Azim Hakimi dari tahun 5 cakna yang telah berjaya menulis sebuah  novel yang bertajuk " Misi Magika "keluaran PTS Publication Sdn.Bhd.Buku ini boleh didapati dikedai-kedai buku berhampiran dan di koperasi sekolah.Majlis juga turut diserikan dengan ucapan dan nyanyian lagu harijadi untuk dua orang guru SKKK1 iaitu Pn Laila Kartini dan Ustazah Azizah Isa.Nyanyian lagu harijadi diketuai oleh Cg Zuki.

 






KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 SIRI 1 2015

SK KUBANG KERIAN 1 - 28 MAC 2015


Kem Bestari Solat Tahap  1 siri 1 telah diadakan selama 2 hari iaitu dari 27 hingga 28 Mac 2015.Seramai 560 orang murid tahun 1,2 dan 3 telah mengikuti kem itu dengan jayanya iaitu selama 2 hari.Kem Bestari Solat  merupakan salah satu aktiviti wajib yang dilaksanakan pada setiap tahun untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Aktiviti di jalankan secara teori dan amali, dikendalikan oleh guru Pendidikan Agama Islam, guru j-Qaf dan guru Fardu Ain (KAFA). Antara objektif utama Kem Bestari Solat ialah :- Murid dapat mengambil wuduk dengan sempurna. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu dengan betul. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat betul dan lancar. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjamaah.






Mar 26, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2014

26 MAC 2015 SK KUBANG KERIAN 1-Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 35 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid 2014 telah diadakan dengan jayanya di Anjung Bestari  pada jam 2.00 petang.Majlis telah berlangsung dengan meriah dan dirasmikan oleh Supt.Azli bin Md Noor Ketua Trafik Negeri Kelantan.Majlis  turut diselitkan dengan cabutan bertuah dan pelancaran tabung surau sekolah.










MAJLIS PERSARAAN PN HJH ZAINAB-GURU PENDIDIKAN KHAS







SK KUBANG KERIAN 1-26 Mac 2015

Satu majlis perpisahan guru pendidikan khas iaitu Pn.HJh Zainab telah berlangsung pada hari ini di Kantin SKKK1. Majlis yang ringkas dan meriah itu telah diraikan dengan penuh  kesayuan.Pn Hjh Zainab  atau lebih mesra dipanggil ibu banyak menyumbang jasa dan bakti pada sekolah terutama pada  unit pendidikan khas. Dalam majlis ini juga setiap panitia telah menyampaikan cenderahati senagai tanda kenang kenangan. PK Hem juga turut menyarungkan sebentuk cincin sebagai tanda ingatan tulus ikhlas warga SKKK1 buat guru yang disayangi itu.

Semoga Pn.Hjh Zainab dapat menikmati alam persaraan dengan penuh kebahagiaan di samping suami tersayang.Selamat Bersara.





Mar 8, 2015

MAJLIS PELANCARAN TABUNG PEMBINAAN MUSOLLA Al-FATEH DAN KEMPEN 10 SEN




Majlis pelancaran tabung pembinaan Musolla Al-Fateh dan kempen 10 untuk warga SKKK1 telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh pada pagi ini bertempat di Anjung MCN.

Ringkasan Projek Musolla Al-Fateh
Tapak Musolla :Antara blok Tahap 2 dan Pendidikan Khas
Keluasan Lantai : 50 x 50 kaki persegi
Jangka Masa Projek : 19 bulan (Mei 2015 - Disember, 2016) 
Kapasiti Jemaah : 300 jemaah dewasa pada satu-satu masa
Kos Pembinaan : RM300 000.00
Tarikh Pecah Tanah : 3 Mei, 2015
Sumber Dana : Sumbangan Individu, syarikat dan lain-lain
Kemudahan : Bilik mandi dan tempat wuduk berbumbung dan mesra wanita, bilik iman, mini maktabah, kelengkapan PA sistem dan ICT.

Kempen 10 sen sehari
Konsep : Kempen 10 sen sehari adalah simbolik kepada kelangsunan Tabung Musolla Al-Fateh. Sasaran kempen ini adalah bagi mengumpul dana awal bagi projek pembinaan musolla sebanyak RM 5000. Meskipun  jumlahnya kecil, tetapi diharapkan membutirkan barakah dalam diri penderma kerana istiqamah dalam membuat kebajikan. Disamping itu juga, kita ingin melihat satu bentuk kerjasama di kalangan warga SKKK1 untuk merealisasikan pembinaan Musolla al-Fateh hasil 'titik peluh'  bersama di peringkat awalnya. Insyallah.

Sasaran : Kutipan harian sebanyak RM 200 sehari. Guru-guru dan kakitangan menyumbang RM1 seorang dan murid-murid 10 sen. Ini bermakna, dalam seminggu, dana terkumpul adalah sebanyak RM 1000, dalam masa lima minggu, sasaran RM 5000 akan tercapai.

Jangka Masa Kempen : Peringkat percubaan selama 5 minggu bermula 8 Mac hingga 11 April, 2015.

Masa Kutipan : Tabung bergerak akan diaktifkan selepas jam 11 pagi bagi memastikan duit yang didermakan murid adalah lebihan perbelanjaan harian mereka.

Lokasi Tabung : Tabung statik akan diletakkan di dinding bersebelahan telefon awam.
Tabung bergerak akan diwujudkan bagi memudahkan proses menderma.

AKTIVITI PERHIMPUNAN PAGI AHAD









Perhimpunan mingguan pada hari ini diserikan dengan penyampaian pebagai hadiah serta cenderamata dan sijil kepada guru dan juga murid yang telah terlibat dalam pelbagai aktiviti sepanjang beberapa minggu lepas. Antaranya penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru SKKK1 yang telah menyertai Program 10 000 Langkah Jantung Sihat anjuran bersama SKKK1 dengan Panel Kesihatan Klinik Kesihatan Kubang Kerian. Seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid SKKK1 yang telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam pertandingan Ping Pong di peringkat QIT dan Ragbi di peringkat MSSD. Penyampaian hadiah dan cenderahati telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Sekalung penghargaan tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan diperingkat sekolah atau kepringkat yang lebih tinggi lagi.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.