SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Jun 28, 2010

::Al fatihah dan Takziah::

Seluruh warga Skkk1 mengucapkan takziah di atas kematian ibu PK KO pada 27 Jun 2010 jam 9.00 malam.Semoga roh ibu PK ko akan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang2 yg solleh....Amin.

Jun 5, 2010

::Kelab Guru Skkk1 Muncul Juara Kejohanan Terbuka Bola Tampar::

03 Jun 2010 - Setelah berentap di gelanggang terbuka MCN,Skkk1 muncul akhirnya muncul juara bagi QIT  Kota Jembal setelah berjaya menewaskan Sk.Kota Jembal pada pusingan akhir.Perlawanan ini bermula sejak03 Mei 2010 lagi di mana pertarungan sengit antara Kelab-kelab Guru QIT Kota Jembal dapat dilihat dengan jelas.Semua peserta bermain dengan penuh semangat di mana disaksikan oleh ramai penyokong daripada sekolah maasing-masing.
Tahniah buat Pasukan Kelab Guru Skkk1 yang selalu menunjukkan prestasi yang cemerlang.Tuan Guru Besar,Hj.Mohamed B. Che Noh melahirkan rasa gembira di atas kemenangan ini dan berharap agar perlawanan-perlawanan persahabatan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.Menang atau kalah adalah adat pertandingan.Apa yang penting adalah nilai persahabatan yang terjalin sewaktu sesi perlawanan itu diadakan.
 Pasukan Kelab Guru Skkk1 bersama hamper dan hadiah yang dimenangi.....Tahniah!!!

Jun 3, 2010

::Penyampaian Sijil-sijil Kecemerlangan::

Jun 2, 2010

::Penyampaian Sijil/Anugerah 5 Star ICT Skkk1::

Sk.Kubang Kerian1 - 01 jun 2010,Guru Besar dan Guru Penyelaras Bestari telah dijemput ke BTPN bersama 11buah sekolah lagi yg mendapat anugerah 5 bintang dan 50 buah sekolah yang mendapat 4 bintang,di mana markah mereka hampir-hampir mencecah 5 bintang dlm pembudayaan dan pengurusan ICT sekolah.Majlis dimulakan dengan taklimat "Amalan Terbaik Sekolah Pemangkin dan Sekolah Kelompok Pembestarian Pendidikan 2010" oleh Penolong Ketua Pengarah BTPN Puan Hjh Mazenah Bt.Mohamad.Beliau menekankan aspek pembudayaan ICT di sekolah di mana Kementerian Pelajaran Malaysia sangat-sangat menekankan aspek output hasil daripada segala bentuk peralatan ICT dan telekomunikasi yang dihantar ke sekolah-sekolah seperti komputer,notebook,CDRI,perisian-perisian kursus,TV Pendidikan,Astro dan sebagainya digunapakai oleh guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Penyelenggaran terhadap bahan-bahan ini adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah di bawah kendalian Unit ICT,Unit Media dan Panitia-panita Matapelajaran.Para guru diminta memaksimakan penggunaan peralatan yang berbentuk telekomunikasi ini memandangkan kerajaan telah membelanjakan jumlah yang besar terhadap penghantaran peralatan tersebut ke sekolah,termasuklah penyelenggaraannya sekali.Slot ke dua diisi oleh ucapan Ketua Unit  Perkhidmatan ICT BPN,En.Kamran B.Mohamad mengenai fasa-fasa pembestarian yang bermula sejak tahun 1999 sehinggalah sekarang.Beliau juga mengumumkan keputusan penarafan bintang  Pembestarian Sekolah.Keputusan sekolah-sekolah di negeri kelantan yang diumumkan  adalah seperti di bawah:

1.Sekolah yang mencapai 5 bintang - 12 buah

2.Sekolah yang mendapat 4 bintang - 222 buah

3.sekolah yang mendapat 3 bintang - 274 buah

4.Sekolah yang mendapat 2 bintang - 25 buah

5.Sekolah yang mendapat 1 bintang - 1 buah

      Slot seterusnya penganugerahan sijil kepada guru besar bagi sekolah-sekolah yang mendapat 5 bintang dan 4 bintang yang mempunyai markah hampir-hampir lima bintang telah dioleh Pn.Hjh.Mazenah Bt.Mohamad,Ketua Penolong pengarah BTPN Kelantan.

       Pada jam 11.30 pagi,para Guru penyelaras Bestari/ICT terus berbengkel dan berkolaborasi mengenai "Amalan Terbaik Bagi Sekolah-sekolh Pemangkin dan Sekolah-sekolah Kelompok".Banyak perkongsian yang dapat kami sama-sama kongsi di situ.bengkel tamat pada jam 5.00 petang.Walaupun agak penat,namun kami para GPB/GPICT merasa gembira kerana dapat bertukar-tukar maklumat bersama sekolah-sekolah kelompok.semoga pembudayaan ICt di sekolah-sekolah seluruh Malaysia akan berkembang dengan lebih rancak lagi sejajar dengan arus pembangunan yang pesat dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini.

 
Puan Hjh.Mazenah Bt.Mohamad sedang menyampaikan taklimatnya kepada Guru-guru Besar,PPD dan Penyelaras Bestari/ICT

Para hadirin sedang mendengar input daripada pihak BTPN
 
 
Guru Besar Skkk1-Tn.Hj.Mohamed Che Noh sedang menerima sijil 5 bintang-Penarafan Pembestarian
 
Sesi bengkel dan kolaborasi GPB?GPICT Kelompok PKG Tapang bagi mengisi slot pembestarian....

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.