GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 24, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2012

"Menggemilangkan Akademik"






24 NOVEMBER, 2011 - Majlis Peyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 untuk semua murid-murid SKKK 1 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Shafie b. Hj. Ismail, Mantan Pengarah JPN Kelantan, merangkap Bendahari UMNO Kubang Kerian. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohdamed b. Che Noh, Tn. Hj. Ariffin b. Osman Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Dun Demit dan YDP PIBG SKKK 1, Tn. Hj. Halim @ Yunus b. Tahir. Semua ibubapa kepada 1 236 orang murid SKKK 1 telah hadir dalam majlis tersebut yang melibatkan sebanyak RM 123 600.00 peruntukan  diagihkan sebanyak RM 100 seorang. Dalam ucapan ringkasnya Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengajak semua ibu bapa bersyukur diatas rezeki yang dikurniakan dan ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak awal tahun 2012. Kesempatan yang ada ini juga Tn. Guru Besar turut menasihatkan  para ibu bapa beberapa perkara mengenai pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini. Beliau meminta ibu bapa supaya sentiasa menambil cakna dengan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah terutama kehadiran kelas KAFA di sebelah petang yang melibatkan murid tahun 2 - 5. Seterusnya  ibu bapa diminta memastikan anak-anak mereka supaya tidak meninggalkan pelajaran semasa di musim cuti sekolah ini, memandangkan buku teks telah diagihkan kepada semua murid tahun 4 - 6 sebelum cuti sekolah bermula baru-baru ini. Beliau turut memaklumkan, murid tahun 1, 2 dan 4 tahun 2012 nanti belajar SN dan MT dalam Bahasa Melayu, manakala murid tahun 3,5 dan 6 masih lagi dalam Bahasa Inggeris. Semua ibu bapa adalah diharapkan agar sentiasa menyemak buku kerja rumah, kerana semua murid wajib ada/diberi kerja rumah setiap hari. Beliau turut mamaklumkan, kehadiran kelas tambahan sepanjang cuti sekolah ini adalah wajib. Jadual pembelajaran telah diedarkan kepada semua murid sebelum cuti baru-baru ini. Seterusnya para ibu bapa yang hadir turut diingatkan agar menggunakan bantuan yang diberikan pada hari ini untuk kegunaan persekolahan anak-anak mereka, bukan untuk tujuan yang tidak  berfaedah. Sehubungan dengan itu kedai sekolah akan dibuka pada 26-29 Disember, 2011. Ibu bapa boleh membeli semua peralatan sekolah di kedai sekolah pada hari tersebut. Majlis tersebut tamat jam 1.00 tengahari.

Nov 17, 2011

KEPUTUSAN UPSR SKKK 1 2011

"Menggemilangkan Akademik"


50 orang murid yang memperolehi keputusan cemerlang 5A bergambar kenangan dengan Guru Besar dan Penolong Kanan SKKK 1


 Pasangan Kembar turut memperolehi keputusan cemerlang 5A


KUBANG KERIAN 17 NOVEMBER, 2011 - Majlis peyampaian slip keputusan peperiksaan UPSR 2011 dan  sijil penghargaan kepada semua murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A telah diadakan di Dewan SKKK 1 dengan dihadiri oleh sebahagian ibu bapa. Slip keputusan dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Pn. Penolong Kanan Pentadbiran. Pada tahun ini SKKK 1 mencatatkan keputusan 50 orang murid mendapat 5A dan 27 orang murid mendapat 4A 1B. Secara keseluruhannya keputusan pada tahun ini boleh dibanggakan kerana semua murid lulus semua matapelajaran. Dalam ucapan ringkasnya, Tn Guru Besar SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya memperolehi keputusan  cemerlang pada tahun ini. Semoga keputusan yang diperolehi pada hari ini menjadi pemangkin untuk memperolehi keputusan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Insyallah. 

SLIDESHOW SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM SKKK 1 2011

Majlis Makan Malam Skkk 1, 2011 Slideshow: SK’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Nov 16, 2011

BIRU KEHIJAUAN TEMA MAJLIS MAKAN MALAM SKKK 1 2011

"Menggemilangkan Akademik"


 


KOTA BHARU 15 NOVEMBER, 2011 - Biru kehijuan merupakan tema Majlis Makan Malam Warga SKKK 1 pada tahun 2011, telah diadakan dengan meriahnya di Crystal Lodge Jalan Che Su Kota Bharu Kelantan. Semua warga SKKK 1 hadir ke majlis tersebut dengan penuh kegembiraan. Majlis makan malam ini merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan setiap penghujung sesi persekolahan yang dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan SKKK 1. Pelbagai acara menarik serta cabutan bertuah telah diadakan sepanjang majlis berlangsung. Beberapa kategori anugerah juga telah diumumkan pada majlis tersebut. Antaranya anugerah khas guru pilihan pentadbir yang terdiri daripada Anugerah Khas Guru Besar, Anugerah Khas PK Pentadbiran, Anugerah Khas PK HEM, Anugerah Khas PK Kokurikulum dan Anugerah Khas PK Pendidikan Khas. Pada majlis tersebut juga disampaikan hadiah saguhati daripada Kelab Guru dan kakitangan SKKK 1 bagi guru yang menyambut hari kelahirannya pada bulan Oktober, November dan Disember. Majlis berakhir jam 11.00 malam.

MAJLIS GRADUASI MURID PRA SEKOLAH 2011

"Menggemilangkan Akademik"







KUBANG KERIAN 15 NOVEMBER, 2011 - Majlis Graduasi Murid-murid Pra Sekolah SKKK 1 telah diadakan dengan jayanya di Dewan SKKK 1 pada jam 9.30 pagi ini. Semua para ibubapa yang terlibat turut hadir untuk memeriahkan  majlis. Majlis di rasmikan oleh YDP PIBG SKKK 1 iaitu Tn. Hj.Halim @ Yunus b. Tahir.Dalam ucapan perasmiannya, beliau amat berharap agar para ibu bapa dapat memberi tumpuan kepada semua anak-anak dalam proses pembesaran mereka memandangkan dunia sekarang semakin canggih dan menuntut banyak pengorbanan daripada ibu bapa sekalian bagi memastikan kecemerlangan dalam apa jua bidang anak masing-masing di masa hadapan. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang terlibat dalam majlis ini, dan selamat datang ke Tahun 1, 2012.

KEM BESTARI SOLAT PPKI 2011

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"



 

14 NOVEMBER, 2011 - Kem Bestari Solat J-Qaf Pendidikan Khas, Peringkat Kebangsaan Zom Timur telah diadakan di PCB Resort Kelantan bermula 14 November, 2011 hingga 16 November 2011. Dua orang murid Pendidikan Khas Integrasi SKKK 1 turut terlibat dalam kem tersebut iaitu adik Mohd Rushdi dan adik Md Aqil Irfan bersama guru J-Qaf Pendidikan Khas iaitu Ustz Abd. Ab Akhiar b. Ab. Rahim.

Nov 15, 2011

JAMUAN PENGAWAS TAHUN 2011

"MENGGEMILANGKAN  AKADEMIK"





14 NOVEMBER, 2011 - Jamuan Pengawas sekolah - SKKK 1, Pengawas Pusat Sumber SKKK 1, Pengawas ICT SKKK 1 dan Pengawas Buku Teks SKKK 1 telah diadakan dengan meriahnya pada jam 2.00 petang bertempat di Crystal Lodge, Jalan Che Su Kota Bharu Kelantan. Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah Guru Besar SKKK 1, semua Penolong Kanan SKKK 1 serta guru-guru penasihat yang terlibat. Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan sesi bergambar semua pengawas yang terlibat bersama pentadbir sekolah. Pada majlis tersebut juga turut di umumkan pengawas untuk tahun 2012. Tn Guru Besar SKKK 1 turut menyampaikan  pemberian cenderahati kepada semua pengawas yang hadir pada hari ini sebagai penghargaan sumbangan mereka sepanjang persekolahan 2011. Majlis tamat jam 4.00 petang. 

Nov 2, 2011

ASEAN PRIMARY SCHOOL SPORT OLYMPIAD

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

Kejohanan  Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah ASEAN telah berlangsung dengan jayanya di Jogjakarta bermula 8 - 15 Oktober, 2011 yang lalu. Pasukan yang mewakili Malaysia telah diiringi oleh Penolong Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia En. Halim b. Saad dan En. Riduan b. Abd. Rahman. Ketua kontigen untuk pasukan Malaysia ialah Tn. Hj. Zainudin b. Abas.
Pasukan Malaysia bawah 12 tahun telah muncul sebagai Johan setelah mengalahkan Pasukan Indonesia 1-0 di dalam pertandingan akhir. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemain kerana telah menunjukkan tahap permainan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam merealisasikan untuk mengungguli kejohanan tersebut.

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA

"Menggemilangkan Akademik"

Gambar Sekitar Program Pembangunan Bola Sepak Negara di Negeri Kelantan yang telah di adakan pada 19,20, 21 dan 22 Oktober, 2011. Padang SK. Kubang Kerian 1 merupakan tempat program bagi Negeri Kelantan .




PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.