GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 29, 2014

PERKEMBANGAN PEMBINAAN BANGUNAN PPKI

29 JUN 2014 - SK KUBANG KERIAN 1
Syukur pada yang Maha Berkuasa kerana pembinaan bangunan baru PPKI SKKK1 telah didirikan dengan rasminya lebih kurang sebulan yang lalu. Bersama-sama ini dikongsi perkembangan positif pembinaan bangunan tersebut sehingga hari ini 29 Jun 2014.

Sebahagian guru dan murid PPKI bergambar kenangan 
dihadapan bangunan baru PPKI yang sedang didirikan.


Antara gambar-gambar yang diambil sepanjang pembinaan.





 

AKTIVITI PERHIMPUNAN PAGI INI

29 JUN 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Penyampaian pelbagai hadiah dan cenderahati telah disampaikan pada pagi ini mengikut kategori masing-masing antaranya :-

  • Penyampaian hadiah keceriaan dan kebersihan kelas mengikut kelas
  • Penyampaian hadiah keceriaan dan kebersihan kelas mengikut tahap (kelas terbersih mengikut tahap)
  • Penyampaian sijil penghargaan Kejohanan Silat Seni Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Kelantan 2014. Telah diadakan pada 1 Jun 2014 bertempat di SMK  Tengku Indera Petra, Gua Musang.
  • Penyampaian hadiah dan cenderahati serta sijil pertandingan pidato piala diraja dan bercerita  Bahasa Melayu Peringkat QIT Kota Jembal 2014
  • Pidato Piala Diraja - Adik Hana Humaira bt. Che Rosli dengan tajuk pidatonya "Amalan Membaca Teras Masyarakat Berilmu" - Tempat pertama (Johan)
  • Bercerita Tahap 1 - Adik Nur Syifaa Nadiah bt. Mohd Mazdi dengan tajuk ceritanya "Anak Cicak Yang Putus Ekor " - Tempat pertama (Johan)
  • Bercerita Tahap 2 - Adik Muhammad Azim Hakimi b. Mohd Mazdi dengan tajuk ceritanya " Kera Sepiak Putera Terbuang" - Tempat pertama (Johan)






Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada yang berjaya...moga terus maju dan berjaya pada masa akan datang. Insyallah.

Jun 27, 2014

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN...

27 JUN 2014 - SK KUBANG KERIAN 1




Sekalung ucapan tahniah daripada warga SKKK1 di atas kejayaan 3 orang murid SKKK1 merangkul kejayaan tempat pertama (JOHAN) ketiga-tiga pertandingan yang telah disertai dalam pertandingan bercerita Bahasa Malaysia Tahap 1 dan 2 serta Pidato Piala Di Raja pada 26 Jun 2014 bertempat di SK Gong Dermin, peringkat QIT Kota Jembal. 
  • Bercerita tahap 2: Adik Muhd Azim Hakimi b Mohd Mazdi
  • Bercerita tahap 1: Adik Nur Syifa' Nadiah bt Mohd Mazdi
  • Pidato : Adik Hana Humaira bt Che Rosli
Ucapan tahniah juga kepada semua jurulatih serta semua yang telibat dalam pertandingan ini. Pn. Penolong Kanan Kokurikulum SKKK1, Pn. Rozanita bt. Ismail serta guru-guru jurulatih utama turut hadir semasa pertandingan tersebut memberi sokongan dan semangat kepada yang bertanding. Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap semoga kejayaan yang diraih pada hari ini memberi satu peluang yang cerah untuk berjaya ke peringkat yang seterusnya. Insyallah.

Jun 21, 2014

LARANGAN MENGHAMPIRI KAWASAN PEMBINAAN

21 JUN 2014 - SK KUBANG KERIAN 1



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana penantian murid-murid serta warga PPKI SKKK1 untuk sebuah kelas dan bangunan yang selamat diduduki akan tercapai dalam tahun 2014 ini. Bangunan kelas PPKI sedang didirikan dikawasan sekolah berhampiran dengan padang dan kantin sekolah. Ianya mula didirikan pada pertengahan Jun 2014 baru-baru ini. 

Oleh itu semua murid-murid SKKK1 adalah dilarang sama sekali untuk menghampiri atau bermain-main di kawasan pembinaan tersebut kerana ianya amat berbahaya untuk keselamatan semua murid. Larangan ini meliputi sepanjang masa samada di waktu pagi, semasa menjalankan aktiviti PJ dipadang, waktu rehat,atau waktu kelas fardu ain sebelah petang. Adalah diharapkan agar semua murid dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ini untuk sama-sama menjaga keselamatan diri masing-masing daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Sekian. Terima kasih.

Jun 19, 2014

ABM - PERKATAAN KVK

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bersama-sama ini saya kongsi bahan bantuan mengajar yang telah disediakan...semoga perkongsian yang sedikit ini akan memberi manafaat kepada ramai orang. Kepada rakan yang berminat boleh mendownloadnya...semoga ianya mendapat keberkatan berpanjangan. Insyallah.










SELAMAT DATANG

19 JUN 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Selamat datang diucapkan kepada semua guru-guru yang baru menjadi warga SKKK1. Semoga kita semua warga SKKK1 sama-sama dapat berganding bahu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk anak didik semua. Insyallah.

 Cikgu Yusri b. Mohamed Yusoff dari SK Bihai, Gua Musang

 Ustaz Azman b. Nik Muhammad dari SK Kuala Nal Kuala Krai

Ustazah Ruzaini bt. Mat Ghani dari SK Pemberian, Kuala Krai.

Jun 16, 2014

BIJAK PRA SEKOLAH 2014

16 JUN 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

 

Program Bijak Pra Sekolah QIT Kota Jembal Tahun 2014 telah di adakan pada pagi ini bertempat di SK Kubang Kerian 1. Program ini melibatkan semua Pra Sekolah dan Pra Integrasi Masalah Pembelajaran dalam QIT Kota Jembal.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan ianya membolehkan murid mengembangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Matlamat utama program ini dianjurkan adalah :-
  • Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid pra sekolah.
  • Memupuk minat dan pembudayaan ilmu bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
  • Menggalakkan perkembangan sosialisasi murid pra sekolah
Antara pertandingan yang turut diadakan pada hari ini ialah :-
  • Pertandingan Bijak Prasekolah Bahasa Melayu
  • Pertandingan Bijak Prasekolah Bahasa Inggeris
  • Pertandingan mewarna






Jun 15, 2014

TAHNIAH 6 ORANG MURID TAHUN 6 DAPAT 5A DALAM UBB APRIL

15 Jun 2014 : SK KUBANG KERIAN 1




Tahniah diucapkan kepada 6 orang murid tahun 6 SKKK1 kerana telah berjaya memperolehi 5A dalam UBB April 2014 baru-baru ini. Hadiah serta sumbangan cenderahati dan sijil telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1, Tn. Hj. Abdul Razak b. Adahan. Harapan dan doa  semoga semua murid SKKK1 sentiasa memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Insyallah.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.