GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Dec 28, 2015

PENDAFTARAN MURID-MURID TAHUN 1 SESI 2016

27 DISEMBER, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1



Majlis pendaftaran murid-murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2016 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang sudi meluangkan masa pada pagi ini berada dalam majlis pendaftaran murid-murid tahun 1 2016. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada guru-guru sekolah ini untuk mendidik anak-anak masing-masing. Beliau berharap semua ibu bapa / penjaga dapat sama-sama berganding bahu dan memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk kecemerlangan anak masing-masing. Untuk rekod, seramai 188 orang murid melibatkan 6 kelas telah mendaftar pada hari ini untuk bersekolah di SKKK1 bagi sesi 2016.





Dec 23, 2015

TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA

23 DISEMBER, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

  
Terima Kasih dan Selamat Bersara di ucapkan kepada Pn. Rahmah bt. Jaafar,  Pembantu Tadbir SKKK1 yang telah menamatkan perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam pada hari ini. Majlis persaraan telah diadakan pada hari ini bertempat di kantin SKKK1. Semoga beliau sentiasa diberi kelapangan dan kesihatan yang baik selamanya. Insyallah 







Dec 20, 2015

MESYUARAT GURU SESI 2016

20 DISEMBER, 2015 - KOTA BHARU, KELANTAN

Mesyuarat guru SKKK1 untuk sesi persekolahan 2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut. Semua guru SKKK1 adalah dijemput hadir.

Nov 17, 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SLIP UPSR SKKK1 2015

SK KUBANG KERIAN 1 - 15 NOVEMBER 2015

Majlis Pengumuman dan Penyampaian Slip Peperiksaan UPSR SKKK1 2015 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari.Seramai 183 calon UPSR telah menduduki peperiksaan pada tahun ini.Daripada jumlah itu seramai 26 calon telah memperolehi keputusan A dalam semua matapelajaran.Manakala calon yang mendapat keputusan 4A ialah seramai 28 orang. Gred purata sekolah ialah 1.99.






JAMUAN AKHIR TAHUN TAHUN 6 2015

SK KUBANG KERIAN 1 - 15 NOVEMBER 2015




Nov 10, 2015

PROGRAM KAYUHAN EMAS 2015

SK KUBANG KERIAN 1 - 10 NOVEMBER 2015

SK Kubang Kerian 1 sekali lagi mencatat sejarah apabila dapat melaksanakan Program Kayuhan Emas edisi ke 6 dengan jayanya.Program yang berlansung pada 8  dan 9 November ini telah diserta oleh seramai 50 orang murid dan 21 orang guru.Destinasi Program Kayuhan Emas ini di PCB Resort.Pada hari pertama ,peserta kayuhan emas telah membuat singgahan pertama di SK Panji dan disusuli dengan singgahan yang kedua iaitu di SK Kem.Mereka disambut dengan baik dan meriah, pelbagai acara telah diatur oleh sekolah singgahan untuk menyambut peserta kayuhan.Semua peserta kayuhan telah selamat tiba di destinasi tepat jam 11.30 pagi.Begitu juga pada 9 november,peserta kayuhan juga telah membuat singgahan di dua destinasi iaitu SK Hadi dan SK Islah.Mereka selamat tiba di SK Kubang Kerian pada jam 11.30 pagi seperti yang dijangka.Syabas dan tahniah pada semua peserta Kayuhan Emas 2015 dan Unit Kokurikulum SKKK1.Semoga program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang.

















Nov 6, 2015

MAJLIS JAMUAN GURU SKKK1 2015

SK KUBANG KERIAN 1 - 6 NOVEMBER 2015

SK Kubang Kerian 1 telah mengadakan Majlis Makan Malam di Hotel Grand River View Kota Bharu.Majlis yang dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SKKK1 berlangsung dengan meriah dan penuh warna warni.Konsep majlis pada tahun ini ialah  bertema  Retro . Mengimbau zaman 60- an,guru-guru dan kakitangan sekolah telah menggayakan pakaian berkonsep 60-an.Majlis telah diisi dengan beberapa acara hiburan yang menarik dan diselang selikan dengan acara cabutan bertuah.










Oct 27, 2015

PROGRAM DENGUE PATROL

SK KUBANG KERIAN 1 - 27 OKTOBER 2015

SMK Kubang Kerian 1 telah mengadakan Program Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan di Anjung Bestari SK Kubang Kerian 1 pada hari ini.Program yang bertema Sehati Sejiwa , Hapus Aedes,Tiada Denggi mendapat sambutan yang baik.Program yang berlangsung selama sehari ini melibatkan semua murid tahun 2 SKKK1.

Program ini diisi dengan ceramah dan diselitkan dengan beberapa acara yang menghiburkan.Antara persembahan yang mendapat sambutan ialah Persembahan Dikir Barat dan Nyanyian Lagu Hapus Denggi yang didengdangkan oleh murid-murid SMKK.Diharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.Syabas SMK Kubang Kerian 1.















Oct 25, 2015

GURU BERTUGAS ( 25 OKTOBER - 29 OKTOBER 2015 )


PROGRAM PERKHIDMATAN MENGGUNTING RAMBUT LELAKI SECARA PERCUMA

SK KUBANG KERIAN 1 - 25 OKTOBER 2015

Sk Kubang Kerian 1 hari ini telah menerima rombongan dari pelatih-pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya ( PLKK) di bawah anjuran FELCRA training & Consultancy Sdn.Bhd
( FTC ).

Program ini bertujuan memberi pendedahan secara praktikal kepada para pelatih khususnya dalam bidang gunting rambut lelaki.Di samping itu semua wrga lelaki SKKK1 diberi perkhidmatan percuma menggunting rambut.

Program ini telah diadakan di Dewan MCN SKK1.Acara menggunting rambut bermula pada pukul 9 pagi yang disempurnakan oleh Tuan Hj Mohamed bin Che Noh Guru Besar SKKK1.Beliau merupakan orang pertama yang diberi perkhidmatan menggunting tambut secara percuma.









PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.