GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 24, 2009

**MAJLIS SAMBUTAN MAULIDRRASUL 2009**







Satu majlis sambutan maulidurrasul telah diadakan di SKKK1 pada 23 mac 2009.Tema maulidurrasul pada tahun ini ialah” Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”.
Majlis ini dimulakan pada pukul 7.45 pagi dengan acara perhimpunan dan taklimat perarakan.Selepas itu perarakan bermula,seawal jam pada 8.00 pagi.Perarakan ini disertai oleh semua murid dan warga guru yang terlibat dengan pengawalan murid dan perarakan serta selawat.Acara perarakan ini tamat pada jam10.00 pagi dan diikiuti pula dengan acara tilawah dan hafazan.Kemudian diikuti pula dengan ucapan Guru Besar. Antara intipati ucapannya,beliau beliau menasihati agar semua murid dan warga guru mengikuti akhlak junjungan Nabi kita Muhammad SAW.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana dan ahli jawatankuasa maulidarrasul, murid-murid serta guru –guru yang sanggup bertungkus-lumus dalam menjayakan sambutan maulidarrasul ini.’YDP PIBG tidak sempat berucap tetapi beliau sempat berarak bersama murid dan guru.
Ucapan terima kasih dirakamkan kepada pengurus perhubungan sekolah yakni Kopral Kamaruzaman kerana sanggup meluangkan masa untuk menjaga keselamatan murid-murid dan warga guru sepanjang perarakan yang diadakan sejauh lebih kurang 2.5 KM di sekitar kampung yang dilalui oleh peserta perbarisan tersebut.
Selepas itu acara ceremah disampaikan oleh Ustaz Shakir B.Husain.Dalam ceramah itu beliau menyebut beberapa sifat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang perlu diikuti dan dicontohi oleh warga SKKK1.Para pelajar seharusnya mengambil langkah yang bijak untuk menjadikan Nabi besar kita sebagai ikutan atau “role model” dalam setiap perbuatan dan tingkah laku serta perjuanagan.
Majlis ini diserikan dengan beberapa acara menarik seperti deklamasi sajak “Perjuangan Junjungan Besar Muhammad SAW oleh adik Nur Atikah Bt.Mohd Nasarudin,bacaan Al Quran Nulkarim dan tilawah,pentomin “Perjuangan Baginda Yang Semakin Dilupakan”,nasyid,selawat oleh murid dan warga guru serta penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan maulidurrasul mengikut kelas.Pihak sekolah sekali lagi telah bermurah hati menyediakan juadah makan tengah hari kepada seluruh warga SKKK1.Majlis berakhir lebih kurang jam 1.15 tengah hari.

Mar 9, 2009

**MAJLIS 3 DLM 1 SKKK1**







Satu majlis besar-besaran telah diadakan di SKKK1 pada 07 Mac 2009 bersamaan dengan hari Sabtu..Ianya merupakan Majlis kesyukuran di atas Kecemerlangan Akademik yang dicapai pada tahun 2008,Mesyuarat Agung PIBG dan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam UBB,UPSR 2008,khatam al Quran,Pen.Khas dan kecemerlangan kokurikulum.Majlis ini bermula jam 1.00 tgh hari dengan pendaftaran kehadiran ibubapa dan pelajar cemerlang,makan tengah hari,mesyuarat agung,acara persembahan murid dan seterusnya penyampaian hadiah.Majlis ini berjalan dengan begitu lancar kerana mendapat kerjasama yang padu daripada semua guru dan kakitangan SKKK1 dan juga JK PIBG SKKK1.

Mar 7, 2009

SEKITAR MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS KESYUKURAN

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.