SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Mar 30, 2010

::Bengkel Membina Eksempler TMK Tahun 2::

"Menggemilangkan Akademik"
Sk.Kubang Kerian 1,29 Mac 2010-Sk.Kubang Kerian 1 telah menghantar seorang  wakil yang telah dipilih oleh JPN Kelantan bagi mewakili negeri Kelantan ke Mesyuarat atau Bengkel Membina Eksemplar TMK Tahun 2 dan Terjemahan EksemplarTeknologi Tahun 1 untuk sekolah SJK(C) dan SJK (T) Bil 2/2010.Bengkel ini berlangsung selama 4 hari,bermula 29 Mac hingga 01 April 2010.Wakil dari Sk.Kubang Kerian 1 adalah Penyelaras Bestari Skkk1,Puan Wan Ramlah Bt.Daud.
     Bengkel ini adalah di bawah kelolaan Bahagian Pembangunan Kurikulum(BPK) Putra Jaya yang diadakan di Hotel Permai Inn Kuala Terengganu.Seramai 5 orang wakil dari negeri Kelantan telah dipilih oleh JPN Kelantan bagi mewakili negeri Kelantan,8 orang mewakili negeri Terengganu dan 5 orang mewakili negeri Pahang.Slot ini telah dikendalikan oleh Penolong Pengarah Unit Pendidikan Maklumat dan Komunikasi,Bahagian Pembanguanan  Kurikulum(BPK),Encik Shamsudin B.Kassan dan Puan Norhaslinda Bt.Ab.Rani.
    Bengkel ini dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana kumpulan pertama terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu,kumpulan ke 2 guru-guru Bahasa Mandrin dan kumpulan ke tiga terdiri dari guru-guru Bahasa Tamil.Kumpulan pertama berfungsi sebagai editor eksempler yang akan membuat semakan atau editing terhadap eksempler yang telah dirangka oleh guru-guru Teknologi Maklumat dan guru-guru matapelajaran bahagian Pantai Barat yang berlangsung pada 12Mac2010 di Bahagian Perkembangan Putra Jaya.Kumpulan ke dua dan ketiga masing-masing akan menterjemah eksempler ini ke dalam Bahasa Mandrin dan Tamil.
     Pemurnian eksempler ini dijangka siap dan akan diterbitkan seawal April 2010 dan dijangka akan diguakan di sepuluh buah sekolah rintis sekitar Putra Jaya,Kuala Lumpur,Selangordan negeri Sembilan, seawal April 2010.Sekolah-sekolah ini akan menggunapakai modul rintis  ini dan melaksanakannya dalam subjek Bahasa Melayu,Bahasa Inggris,Sains dan Matematik,Moral,dan Pen Seni Visual menggantikan Literasi ICT yang sedang dilaksanakan dalam Bahasa Inggris.Sekiranya projek rintis ini berjaya,modul ini akan digunapakai di seluruh Malaysia seawal tahun 2011 nanti.
    Menurut En.Shamsudin,beliau telah memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada para editor yang mewakili Pantai Timur ini untuk sama-sama mencurahkan usaha dan tenaga demi untuk kecemerlangan para pelajar seluruh Malaysia.
 Wakil Bahagian Perkembangan kurikulum-En.Shamsudin B.Kassan sedang memberi input
Sebahagian daripada wakil JPN Kelantan....sedang membuat semakan eksempler TMK Bahasa Melayu
Sebahagian daripada peserta mewakili JPN Terengganu dan Pahang

Mar 27, 2010

:Program Kesiapsiagaan Sekolah MERCY Malaysia::

"Menggemilangkan Akademik"
Sk.Kubang Kerian1,27 Mac- Satu program Kesiapsiagaan Sekolah telah diadakan dengan jayanya oleh MERCY Malaysia.Program ini adalah merupakan salah satu aktiviti MERCY Malaysia dalam usaha meningkatkan kapasiti warga sekolah dalam menghadapi bencana alam dan kecemasan.
        Melalui program ini MERCY Malaysia berhasrat untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap risiko bencana dan usaha-usaha yang diambil semasa terjadinya bencana dan kecemasan.Antara objektif pelaksanaanya adalah:
**Untuk meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan kesiapsiagaan bencana.
**Untuk belajar dan mempraktikkan teknik pemetaan risiko dan bahaya melalui aktiviti pemetaan risiko sekolah.
      Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah aktiviti berbengkel yang meliputi tajuk-tajuk:
Aktiviti 1-Kuasa Alam
Aktiviti 2- Beg Siaga
Aktiviti 3- Pemetaan Risiko Sekolah
Aktiviti 4- Kempen Kesedaran Bencana Di Sekolah.
       Puan Penolong Kanan HEM melahirkan rasa puas hatinya terhadap perjalanan bengkel yang diadakan pada hari ini.Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak MERCY Malaysia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti pada hari ini.Beliau jua turut merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak Guru Besar Skkk1.Kesemua perbelanjaan program telah dibiayai oleh MERCY Malaysia.Semoga MERCY Malaysia akan tetap memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat dan muncul sebagai pertubuhan sukarela yang gah di persada antarabangsa....Terima kasih kepada fasilitator-fasilitator yang hadir dan berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan begitu baik..
Para fasilitator MERCY Malaysia sedang bersiap sedia untuk menjalankan sesi bengkel.
Aktiviti 1-Kuasa Alam oleh salah seorang fasilitator MERCY Malaysia
Seronok mengengar penerangan daripada fasilitator MERCY Malaysia.

::Kem Bestari Solat::

"Menggemilangkan Akademik"
Sk.Kubang Kerian 1,26 Mac 2010-Unit Agama Islam ( Panitia Agama Islam ) telah mengadakan satu Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 4 dan 5.Program ini diadakan selama dua hari.Bermula 26 Mac dan berakhir pada 27 Mac.
       Kem ini padat dengan pengisian amali solat,mengambil wuduk dengan sempurna,melaungkan azan dengan sebutan yang betul,membaca surah-surah lazim yang biasanya digunakan dalam solat harian dan pelbagai pergerakan solat dipraktikkan dan diajari dengan betul oleh guru-guru Agama,JQaf dan guru-guru Fardhu Ain.Semuanya menggembelingkan tenaga ke arah mewujudkan insan yang seimbang jasmani,emosi,rohani dan intelek.
  Murid-murid dilatih mengalunkan azan dan iqama' dengan betul
Penyertaan yang aktif di kalangan murid-murid tahun 4 dan 5

Mar 25, 2010

::Program Kecemerlangan Pelajar Tahun 6::

"Menggemilangkan Akademik"
SK.Kubang Kerian 1,25 mac 2010- Satu majlis perjumpaan antara ibubapa murid target UPSR 2010 telah diadakan di Anjung Bestari seawal  jam 8.00 pagi.Majlis ini telah dihadiri oleh ibubapa murid yang mendapat 5A dan 4A dalam UBB1 baru-baru ini.Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG Tuan Hj.Halim @ Yunus B. Tahir.Tidak ketinggalan juga guru-guru Tahun 6 turut menyertai majlis ini.
         Dalam ucapan Guru Besar,Tuan Hj.Mohamed B. Che Noh berharap agar ibubapa selalu mengambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka.Mereka tidak sepatutnya hanya berharap kepad pihak sekolah sahaja yang menjana kecemerlangan bagi anak-anak mereka.Pihak ibubapa seharusnya berganding bahu dengan pihak sekolah dalam merealisasikan pencapaian cemerlang dalam UPSR nanti.
Tuan Guru Besar  sedang memberi ucapan....Kecemerlangan Pelajar Skkk1
Barisan guru Tahun 6
Antara ibubapa murid Tahun 6 yang hadir

::::Salam Perpisahan::

Kubang Kerian, 25 Mac 2010-Seramai 6 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Kota Bharu dan Kampus Ilmu Khas Cheras telah menamatkan sesi ROS mereka pada hari ini.Mereka akan kembali semula ke IPGM masing-masing untuk meneruskan sesi latihan perguruan.
       Kami,seluruh warga SKKK1 mengucapkan selamat berpisah dan selamat kembali belajar kepada adik-adik guru pelatih ini.Apa-apa yang baik sepanjang anda berada di sini,ambillah sebagai teladan,manakala jika kedapatan apa-apa yang tidak baik,jadikanlah ianya sebagai sempadan."Selamat Belajar dan Jadilah Guru Yang Inovatif dan Proaktif,Dedekasi dan guru yang berjaya memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan......
Adik-adik pelatih sedang berposing di depan Makmal Hotmail.Com

::SKKK1 Kekalkan Kejuaraan::

Kubang Kerian,24 Mac 2010-Pasukan Bola Sepak bawah 12 tahun Skkk1 telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak QIT Kota Jembal yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4,Kota Bharu.Sebanyak 12 pasukan yang bertandimg dalam kejohanan ini.Pasukan Bolasepak Skkk1 muncul juara kumpulan setelah menewaskan SK.Banggu 2-0 dan SK.Wakaf Stan,juga 2-0.Skkk1 juga telah menewaskan Sk.Chicha Menyabung 4-0,Sk.Banggu 1-0 pada separuh akhir.Dalam pusingan akhir,Pasukan Skkk1 talah berjaya menewaskan Sk.Mentera dengan jaringan gol sebanyak 2 - 0.Pasukan Skkk1 ini telah dilatih oleh jurulatih yang sudah tidak asing lagi di kalangan kita,Encik Izani B.Mahmood.Selaku juara,Pasukan Skkk1 telah membawa pulang piala pusingan beserta medal dan sijil penyertaan.
       Sehingga kini Skkk1 masih berjaya mengekal kejuaraannya dalam arena bolasepak QIT Kota Jembal.Tuan Guru Besar kami,Tuan Hj.Mohamed B. Che Noh yang tidak ketinggalan menghadiri pertandingan ini melahirkan rasa gembira yang teramat sangat dan  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pasukan Bolasepak SKKK1,di bawah pimpinan En.Izani B.Mahmood ini.
       Para pemenang juga telah dihadiahkan dengan wang tunai oleh Tuan Guru Besar Skkk1.Penyampaian hadiah ini telah disempurnakan di tapak perhimpuanan Skkk1."Semoga kejayaan-kejayaan sebegini akan terus dipertahankan oleh para pemain yang secara langsung telah mengharumkan nama sekolah."." Maju Sukan Untuk Negara"
Pasukan Bolasepak Skkk1 bergambar kenangan selepas tamat perlawanan..

Aksi hebat Pasukan Bolasepak SKKK1...
 Para jurulatih yang diketuai oleh En.Izani Mahmood bersama Tuan Guru Besar....asyik menyaksikan perlawanan...
 Peserta telah menerima sumbangan wang tunai daripada Tuan Guru Besar,Hj.Mohamed B. Che Noh

Mar 24, 2010

::Demam Google Talk::

"Menggemilangkan Akademik".."Membudayakan ICT"
Kubang Kerian 24 Mac 2010-Pejam celik,pejam celik....sudah tiga bulan kita melalui sesi persekolahan bagi tahun 2010.Pelbagai perubahan dan pembaharuan yang kita tempuhi.Menyahut cabaran dunia globallisasi tanpa sempadan ini,memerlukan kita para guru menyahut apa sahaja pembaharuan dalam dunia ledakan teknologi maklumat ini.
    Unit ICT telah mengambil inisiatif untuk menginstallasi aplikasi google talk ke pc-pc dan notebook-notebook para pentadbir dan guru-guru di Skkk1.Untuk siri pertama,installasi dilakukan di pejabat,Bilik Guru Besar,Pk Ko ,Pkp dan Pk HEM.Cubaan-cubaan untuk berhubung melalui google talk ini telah dibuat sejak awal pagi.Suasana menjadi begitu ceria lantaran masing-masing tengah bersemangat untuk berhubung melalui dunia tanpa sempadan ini.Apa yang menarik seluruh bangunan pejabat,bilik guru,kantin,makmal sains,perpustakaan dan bangunan-bangunan akademik telah dilengkapi dengan kemudahan wireless yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Guru Besar kami,Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh berharap agar dengan adanya kemudahan-kemudahan capaian internet jalur lebar ini,para warga pendidik akan mengambil munafaat yang sebaik-baiknya.Siri-siri installasi berikutnya akan dibuat selepas ini."Semoga Skkk1 akan terus mengorak langkah,mengambil langkah yang proaktif ke arah pembudayaan ICT di kalangan warga pendidik dan pelajar di sini....."Sama-sama Budayakan Ict di Skkk1 Tercinta"

Guru Pelatih  tidak ketinggalan cuba berhubung melalui Google Talk
Staf di pejabat....sedang bersedia untuk akses internet...berhubung melaui Google Talk
Internet...di mana-mana......Suasana di Bilik Guru
Tuan Guru Besar sewaktu menandatangani Sijil Akuan Penerimaan ( SAP ) Projek Naiktaraf LAN
 Puan Norani Abdullah ( PK HEM ) sedang berhubung...menggunakan google talk,di makmal Hotmail

Mar 21, 2010

::Hadiah Galakan UBB1::

"Menggemilangkan Akademik"
Kubang Kerian, 21 Mac 2010-Satu majlis penyampaian hadiah galakan untuk pelajar-pelajar cemerlang dalam UBB1 bagi tahun 6 telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Skkk1,Tn.Hj.Mohamed B.Che Noh.Penyampaian hadiah galakan ini merupakan acara tradisi sekolah yang telah diadakan saban tahun bagi menghargai pencapaian murid dalam akademik,sekaligus bertindak sebagai galakan kepada para  pelajar untuk terus berusaha ke arah meningkatkan pencapaian dalam setiap ujian yang diadakan.
        Penolong Kanan 1 Skkk1,Puan Hjh Wan Rosnani berharap dengan hadiah yang diberikan dalam bentuk sijil,lencana dan wang tunai,diharapkan murid-murid Skkk1 akan lebih bermotivasi dan saling berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan.Bagi mereka yang berjaya mendapat 5A dalam UBB1 diucapkan tahniah,manakala yang masih belum memperolohinya,diharap akan terus berusaha tanpa mengenal penat dan jemu....".Sama-sama Berusaha ke Arah....Menggemilangkan Akademik Skkk1"
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada mereka yang berjaya mendapat 5A dan 4A
Tahniah....belajar rajin-rajin tau!!Semoga akan terus berjaya!!!

::Selamat Datang-Guru Pelatih::

"Menggemilangkan Akademik"...."Membudayakan ICT"
Kubang Kerian-21 Mac 2010 Sk.Kubang Kerian 1 telah menerima seramai 9 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Malaysia,Kampus Kota Bharu dan Ilmu khas,Cheras.Mereka akan menjalankan sesi praktikum selama lebih kurang sebulan di sini.Semoga para guru pelatih akan menjalan sesi praktikum mere dengan penuh semangat dan timbalah sebanyak mungkin  pengalaman sepanjang anda berada di sini.jika anda memerlukan bantuan atau tunjukajar daripada kami para guru Skkk1,jangan segan-segan,silalah bertanya dan rujuk pada mereka yang berwajib.Juga jangan lupa sentiasalah beri kerjasama yang padu sepanjang anda berada di Skkk1 ini......Sama-sama gemilangkan Akademik Skkk1....
                                    Para guru pelatih.....pos istimewa dari adik-adik pelatih...

Mar 18, 2010

::Pengisian Ke Arah Pembudayaan ICT di Sekolah::

"Menggemilangkan Akademik"..."Membudayakan ICT"...
       Dalam era globalisasi tanpa sempadan ini,warga guru tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut seruan ledakan teknologi maklumat.mengharungi dunia tanpa sempadan memerlukan para guru meningkatkan penguasaan Ict.Di kesempatan cuti ini,kami para Guru Penyelaras Bestari sekitar kota Bharu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu atau lebih kami kenali dengan Kolaborasi GPB.
       Perkongsian Ilmu GPB/GPICT kali ke 2 ini telah diadakan di Makmal Komputer SKKK2 dengan jayanya pada 17 Mac 2010. Setiap peserta yang hadir telah mencurahkan ilmu ICT dengan berkongsi-kongsi ilmu dengan peserta-peserta lainnya. Banyak pengetahuan baru telah diperolehi terutamanya penggunaan aplikasi ZOHO oleh Cikgu Zuhari B.Mohamed dan Adobe Photoshop oleh Cikgu Wan Ramlah Bt.Daud .Tidak ketinggalan juga kami menerima sumbangan ilmu daripada blogger glamour, Muharowang, Sk.Beris Panchor, Shakh Khairi dari Padang Mokan, Cikgu Zaidi Abdullah dari SK Kbg Kerian 3, Cikgu Tengku Norsilawaty dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini.Kami juga turut membincangkan tentang pengisian Projek Naik Taraf LAN yang sedang dilakukan di sekolah-sekolah yang mempunyai Pusat Akses.
      Majlis ilmu ini diadakan secara cukup santai dan peserta mengikutinya pun dengan penuh relaks .Walaupun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dapat menyediakan badget makan minum peserta,namun berkat kerjasama yang padu daripada Guru Penyelaras Bestari,majlis ini terus berjalan dalam suasana yang cukup harmoni dan jelas mambayangkan betapa tingginya komitmen yang ditunjukkan oleh mereka dalam perkongsian ilmu ini.
     Perkongsian Ilmu GPB/GPICT Siri ke 2 yang diadakan ini adalah lanjutan daripada siri perkongsian pertama yang telah berlangsung di Sk.kubang Kerian 1 pada bulan Oktober 2009 lepas. Perkongsian Ilmu GPB/GPICT untuk siri-siri seterusnya akan diadakan pula di sekolah-sekolah lain mengikut permintaan ahli-ahli.Semoga perkongsian ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.harapan kami para GPB semoga dunia pendidikan akan terus diwarnai dengan elemen-elemen ICT yang akan menceriakan dan mempertingkatkan proses P&P dalam merealisasikan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Muharowang sedang menerangkan sesutu berkaitan dengan blog...

Sesi perkongsian ilmu antara Guru Penyelaras Bestari sekitar Kota Bharu...
                                                     Para peserta sedang tekun mengemaskini blog masing-masing......

Mar 11, 2010

::Ayuh Cegah Denggi!::

"Menggemilangkan Akademik"
Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1-11 Mac 2010- Satu gotong-royong mencagah denggi telah diadakan.Program ini dianjurkan oleh Badan kesihatan di bawah unit Hal Ehwal Murid ( HEM ) Sk.Kubang Kerian 1.
     Dimulakan dengan perhimpunan seawal jam 7.45 pagi,di bawah pimpinan Puan Norani Bt.Abdullah.Pembahagian kawasan telah dibuat oleh guru yang bertugas pada minggu ini yang jatuh kepada giliran Ustaz Redhuan dan Ustazah Pn.Hanariah. mengikut kawasan tugasan masing-masing.
     Murid-murid mula bergerak ke sekeliling kawasan sekolah.Sama-sama membersihkan kawasan belakang sekolah,depan sekolah,kawasan perhimpunan,padang sekolah,kawasan pelupusan sampah dan juga longkang-longkang di sekitar kawasan Skkk1.Begitu juga dengan kelas masing-masing.Kelas telah dibersihkan dengan baik sehingga boleh dikatakan zero sampah.
      Dalam masa yang singkat sahaja,seluruh kawasan Skkk1 telah berada dalam keadaan yang bersih...Kerana inilah amalan kita....Inilah budaya kita...."Berat Sama Dipikul,Ringan sama Dijinjing" Sama-sama berganding bahu menuju suatu matlamat...."1 kerian 1 Cita,1 Semangat"
Perhimpunan di sebelah pagi...menerima tugasan..
 
membersihkan kawasan padang


Laluan ke kantin...perlu dibersihkan...

Mar 9, 2010

::Program 1 Malaysia Benteras Dadah::

"Menggemilangkan Akademik"
Kubang Kerian- 09 Mac 2010 Kelab Antidadah Sekolah Kebangsaan Kubang kerian 1, di bawah Unit Hal Ehwal Murid ( HEM )telah menganjurkan satu ceramah tentang Penyalahguaan dadah.program ini diadakan sempena Program 1 Malysia Benteras Dadah.Penceramah yang diundang adalah En.Che Abdul Kadir B. Hamat yang merupakan seorang Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan,cawangan Kota Bharu,kelantan.Beliau telah memberi penerangan yang terperinci menganai jenis-jenis dadah,punca yang menyebabkan seseorang terjebak ke kancah dadah.Beliau juga memberi nasihat kepada para pelajar agar tidak mendekati atau cuba-cuba untuk merokok.En.Che Abdul Kadir juga menasihatkan murid-murid Skkk1 agar tidak terpengauh dengan rakan sebaya yang berperangai tidak senonoh ini,sebaliknya cuba menjauhi mereka yang mempunyai kecenderungan melakukan tindakan ke arah penyalahgunaan dadah.Beliau juga menasihatkan pera pelajar agar menggunakan masa dengan melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah.Puan Penolong Kanan 1 sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis pada hari ini.Beliau berharap agar ceramah-ceramah kesedaran sebegini akan terus diadakan dan penyalahgunaan dadah ini akan sentisa diberikan pendedahan kepada murid-murid.
Sama-sama Kita Berusaha Ke arah Membenteras Dadah....".Satu malaysia Benteras Dadah".........

Mar 4, 2010

::Sambutan Maulidurrasul 1431 Hijrah Penuh Gilang gemilang::

Kubang Kerian,04 March 2010-Skkk1 telah mengadakan sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah dalam suasan yang penuh bermakna.majlis ini juga diadakan serentak dengan Majlis Kesyukuran  bagi meraikan kejayaan murid-murid Tahun 6 sesi 2009 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
       Majlis dimulakan seawal 7.45 pagi dengan bacaan doa,diikuti dengan perbarisan murid-murid diiringi dengan kalimah suci "Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Perbarisan ini dikepalai oleh "Kumpulan Selawat Skkk1",diikuti barisan pentadbir sekolah,Tuan Guru Besar dan Pk Ko,diikuti oleh "Kumpulan Selawat ,kemudian murid-murid Tahun 5,Tahun 1,tahun 3,Tahun 6,Tahun 2 dan Tahun 4 dengan diiringi oleh guru yang mengawasi perarakan pada hari ini.Perarakan ini bermula dari padang sekolah,melalui jalanraya sekitar sekolah dan kembali semula ke padang sekolah.
      Suasana menjadi begitu meriah dengan penampilan murid-murid yang berbaju Melayu bagi murid-murid lelaki dan berbaju kurung bagi murid-murid perempuan.Walaupun agak keletihan berarak sekitar bumi Kerian,namun tetap terpancar cahaya kegembiraan di wajah anak-anak yang sememangnya tidak pernah mengenal erti dukacita....
      Sebahagian guru lelaki dan wanita yang tidak menyertai perarakan,ditugaskan untuk memotong daging,dan pelbagai kelengkapan untuk juadah yang akan dihidangkan tengah hari nanti....
 
Bos sedang mengepalai perarakan maulidurrasul...


potong daging....

Mar 3, 2010

::Sambutan maulidurrasul Peringkat Sekolah::

Sekolah Kebangsaan kubang Kerian 1 akan mengadakan acara sambutan Maulidurrasul dan Majlis kesyukuran pelajar yang mendapat 5A dalam  UPSR 2009,pada 04 Mac 2010.Semua guru,kakitangan dan murid-murid serta ibubapa murid SKKK1 dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.Majlis dijangka lebih meriah drp tahun-tahun sebelumnya kerana Skkk1 akan menumbangkan dua ekor lembu .Kepada mereka yang menyumbang....Sekalung terima kasih diucapkan.Kepada semua guru dan jawatankuasa yang terlibat,Tuan Guru Besar berharap agar sama-sama berganding bahu untuk menjayakan majlis yang dirancang."Sama-sama Berganding Bahu Menjayakan Segala Program Di SKKK1"...."Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing"

Mar 1, 2010

::Pasukan Bola Sepak Skkk1 Menjuarai Perlawanan::

Kubang Kerian-29 Feb 2010-Satu perlawanan persahabatan bola sepak bawah 12 telah diadakan di padang Skkk1.Perlawanan berlangsung antara pasukan Skkk1 bertemu Sk.Padang Garong.dalam perlawanan tersebut,pasukan Skkk1 berjaya menjaringkan gol sebanyak 7 berbalas 1.Ternyata pasukan Skkk1 sukar untuk ditewaskan.Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih pasukan sekolah yang diketuai oleh En.mohd Izani B.Mahmood

::Jadual Penggunaan Makmal Komputer::

Perhatian kepada guru-guru Kelas Skkk1...
Jadual Makmal Komputer yang berkuatkuasa mulai 29 Februari boleh dimuatturun di sini.Klik mengikut tahap:

Tahap 1 


Tahap 2 

Guru-guru yang terlibat dengan masa Jadual Makmal Komputer,diminta membawa murid-murid masuk ke Makmal Komputer mengikut masa yang tertera pada jadual."Sama-sama berusaha ke arah pembudayaan ICT di Skkk1 sebagaimana yang diwar-warkan oleh Tuan Guru Besar kita....."
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa mengendalikan sesi P&P di makmal komputer,sila rujuk kepada personal di bawah:

1.Puan Wan Ramlah Bt.Daud ( Penyelaras Bestari)
2.En.Sharkawi B. Ibrahim       ( Juruteknik FT 17  )
3.En.Che Hamdan Hamid        ( Penolong Penyelaras Bestari )
4.En.Abdul Razak B.Mohd Dahan. ( Penyelaras Pusat Akses )
5.YM Tengku Masrol Hisham  ( Penyelaras Unit Media ) 

   Guru-guru yang terlibat boleh menggunapakai perisian yang disediakan,capaian  ke laman-laman web yang telah disenaraikan di Makmal Komputer,atau mana-mana perisian dan laman-laman web yang difikirkan sesuai dengan tahap kebolehan murid.
    Mudah-mudahan segala usaha anda ke arah pembudayaan ICT ini akan diberkati oleh Allah Azzawajalla.

"Terokai lautan Ilmu Melalui layar Kaca Anda" 
"Allah akan menilai tiap kebaikan itu walau sebesar zarah" 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.